Solat Sunat Istikharah & Doa Memohon Pilihan Yang Baik – JAKIM

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Pernah tak kita berada dalam dilema untuk memilih antara beberapa pilihan – walaupun sudah bertanyakan pendapat orang lain, membuat perbandingan dan mengkaji latarbelakang kesemua pilhan itu, namun kita masih berbolak-balik dan keliru.

Kita risau, takut, sangsi dan asyik terfikir yang mana satukah pilihan yang terbaik untuk kita.

Antara tanda kebergantungan kita kepada Allah adalah dengan memohon petunjuk daripadaNya dalam melakukan apa-apa perkara, terutamanya apabila melibatkan keputusan yang berat dan besar untuk diputuskan.

Jika anda berada dalam situasi ini, lakukanlah solat istikharah – walaupun ia melibatkan perkara yang kecil. Solat sunat 2 rakaat ini amat mudah dikerjakan.

Menurut laman web Mufti WP, tidak harus bagi seseorang memperkecilkan apa-apa perkara walaupun ianya nampak remeh. Lalu dia meninggalkan istikharah. Berkemungkinan, perkara yang diremehkannya itu nanti pada masa akan datang menjadi mudarat baginya.

Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang ibadah ini.

Pengenalan

Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.

Ia adalah di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw. Ini berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ القُرْآنِ ، يَقُولُ : إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفَرِيضَةِ ، ثُمَّ لِيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي ، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ ، قَالَ : وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya :” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”

Riwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383) .Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih ghorib

Hukum

Hukum solat isktikharah adalah sunat.

Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.

solat istikharah doa

Cara Solat Istikharah

Cara melakukan solat ini amat mudah iaitu:

  1. Niat : Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala (أصلي سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى)
  2. Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, anda boleh membaca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan
  3. Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan
  4. Setelah selesai solat, berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai seperti doa di bawah :

Doa Istikharah

Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah! Jika jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.

Berkatilah ditiku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (SEBUT SEPERTI SEBELUM INI).

Jika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.

Kemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!