SMP UPM: Login & Kemaskini Maklumat Pelajar UPM

Sistem Maklumat Pelajar UPM atau singkatannya SMP UPM merupakan sistem dalam talian yang dibangunkan khusus untuk pelajar di Universiti Putra Malaysia.

Bagi yang tidak tahu, UPM mempunyai 2 cawangan iaitu kampus utama di Serdang, Selangor dan sebuah lagi kampus terletak jauh di Bintulu, Sarawak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang UPM dan pengaplikasian Sistem Maklumat Pelajar secara atas talian.

Pengenalan Universiti Putra Malaysia

UPM merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia.

Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang, iaitu bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya.

Sebagai sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani.

Dalam QS World University Ranking 2023 yang terkini, UPM dinobatkan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia dan menduduki tangga ke 123 di dunia.

universiti terbaik malaysia

Baca juga: Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)

Kepentingan Sistem Maklumat Pelajar SMP UPM

Sistem ini merupakan sistem utama universiti yang menyimpan semua maklumat berkaitan dengan pelajar UPM daripada mendaftar hingga bergraduasi.

Sistem ini menyediakan kemudahan aplikasi untuk proses pengambilan pelajar baru, maklumat akademik pelajar dan maklumat peribadi pelajar.

Pengguna utama bagi sistem SMP UPM ini adalah pelajar, pensyarah dan staf UPM.

Cara Daftar SMP UPM

Sekiranya anda pengguna baru dan belum mempunyai akaun di sistemn SMP UPM, ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar:

  1. Layari laman pendaftaran SMP di alamat https://smp.upm.edu.my/
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diminta seperti Nama, Status Kewarganegaraa, Nombor Kad Pengenalan, ID Pengguna, Kata Laluan, Nama Ibu dan Emel
  3. Tulis semula Captcha yang dipaparkan dalam gambar
  4. Klik butang “Daftar Akaun” untuk melengkapkan proses pendaftaran

Anda akan diberikan UPM ID dan juga kata laluan.

Cara Memasuki Sistem?
Untuk pengguna sedia ada:
Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda dalam Daftar Pemohon.

Kemaskini maklumat

SMP UPM

Setelah selesai proses pendaftaran, maka anda boleh log masuk ke akaun anda untuk mengemaskini maklumat terkini anda.

  1. Log masuk akaun SMP UPM anda melalui halaman utama di alamat https://smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpSetup?TX=3451853202325714
  2. Lengkapkan maklumat diri anda seperti nama waris, maklumat akademik, aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

Lupa Kata Laluan

Jika lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan

Anda boleh menetapkan semula kata kunci anda.

Pada halaman utama SMP, perhatikan tulisan di bawah butang “Login”.

Sekiranya anda seorang pelajar, klik pada “UPM Student” dan sekiranya anda seoang Staf UPM, maka klik pada “UPM Staff”.

Pada halaman berikutnya, masukkan UPM-ID anda untuk melengkapkan proses reset password anda.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh digunakan sekiranya pengguna telah memilih set soalan dan jawapan untuk menetapkan semula kata laluan mereka.

Jika anda belum pernah menentukan set soalan dan jawapan, mungkin anda tidak akan dapat meresetkannya kembali.

Untuk Pemohon Baru:
Klik Disini untuk daftar pemohon baru

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Masalah Daftar?
Sila baca semula arahan pada menu “Cara Memasuki Sistem?”.

Sila emel maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan di
[email protected] atau hubungi
03-97697779 (Bacelor Perakaunan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan) 03-97693704 (Bacelor Komunikasi)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!