Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

SMKA atau Sekolah Menengah Agama Kebangsaan adalah salah satu pilihan yang ada bagi pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah rendah.

Setelah menamatkan sekolah rendah, pelajar mempunyai pelbagai alternatif antaranya MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SMK, SMKA dan lain-lain.

Bacaan lanjut: Perbezaan Sekolah SMKA dan SMK

Sekiranya ingin menyambung pengajian di SMKA, terdapat banyak sekolah sebegini yang ditawarkan di seluruh Malaysia.

Jom kami kongsikan apakah itu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Apakah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)?

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. SMKA telah berkembang kepada 61 buah SMKA pada tahun 2022.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baharu.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha Pemodenan Sistem Pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato’ Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain.

Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.

Keistimewaan

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab

Sumber: KPM

Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Di Malaysia

Berikut merupakan senarai penuh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terdapat di seluruh Malaysia:

Selangor / KL

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
Pasir Penambang, 45000
Kuala Selangor
Tel: 03-32895509
Fax: 03-32895518
Website: www.smkakselangor.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Jalan Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang,
Tel: 03-87376300
Fax: 03-87376295
Website: www.smkamh.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima
45300 Sungai Besar
Tel: 03-32242894
Fax: 03-32243423
Website: www.smkasl.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur
Bandar Manjalara, Kepong 52200
Tel: 03-62744754
Fax: 03-62758923
Website: www.smkakl.net

Perlis

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar
02600 Arau
Tel: 04-9760336
Fax: 04-9770834
Website: www.smkapkangar.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
02600 Arau
Tel: 04-9861246
Fax: 04-9861246
Website: www.smkaarau.net

Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan AgamaKedah

Jalan Sultanah 05350 Alor Setar
Tel: 04-7314345
Fax: 04-7353459
Website: www.smkakedah.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
09100 Baling
Tel: 04-4705303
Fax: 04-4705387
Website: www.smkabaling.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan
06900 Yan
Tel: 04-4657366
Fax: 04-4657366
Website: www.smkayan.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
08200 Sik
Tel: 04-4693270
Fax: 04-4693267
Website: www.smkasik.net

Pulau Pinang

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L)
Jalan Air Itam 10460
Tel: 04-2296790
Fax: 04-2296790
Website: www.smkalmashoor.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad
13220, Jalan Pokok Sena, 13220 Kepala Batas
Tel: 04-5731237
Fax: 04-5731237
Website: www.smkasmai.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Jalan Permatang Tok Mahar 14300 Nibong
Tebal Seberang Perai Selatan
Tel: 05-7172403
Fax: 05-7175697
Website: www.smkant.net

Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah
Seri Iskandar 32600 Bota
Tel: 05-3711689
Fax: 05-3712360
Website: www.smkasas.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian
Kg Selamat 34400 Simpang Empat Semanggol
Tel: 05-8904997
Fax: 05-8905490
Website: www.smkakerian.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
35800 Slim River
Tel: 05-4529534
Fax: 05-4529925
Website: www.smkaslimriver.net

Negeri Sembilan

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said
Jalan Tuanku Kurshiah, 70400 Seremban
Tel: 06-7623778
Fax: 06-7627276
Website: www.smkasms.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas
71400 Pedas
Tel: 06-6857162
Fax: 06-6858160
Website: www.smkapedas.net

Melaka

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad
Batu Berendam, 75350
Tel: 06-2325434
Fax: 06-2316275
Website: www.smkasm.net

Johor

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar
Jalan Junid, 84000 Muar
Tel: 06-9521943
Fax: 06-9543145
Website: www.smkamm.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat
85000 Segamat Baru, Segamat
Tel: 07-9432284
Fax: 07-9436332
Website: www.smkasegamat.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bharu
Jalan Anggerik, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bharu
Tel: 07-3517057
Fax: 07-3517054
Website: www.smkajb.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi
Tel: 07-8222071
Fax: 07-8223749
Website: http://smkabpenawar.bpi.edu.my

Pahang

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
27000 Jerantut, Pahang
Tel: 09-2663330
Fax: 09-2667472
Website: www.smkatahap.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah
Telok Mas 75460
Tel: 06-2618944
Fax: 06-2616518
Website: www.smkasr.net

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang
26700 Muadzam Shah Pahang
Tel: 09-4523901
Fax: 09-4525370
Website: www.smkapahang.net

Muat Turun Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (18 KB)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Kementerian Pendidkan Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!