Smartbox Selangor – Panduan Pengguna Baharu

Smartbox Selangor diwujudkan bagi memudahkan proses permohonan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga serta pembayaran secara atas talian bagi pelanggan.

Melalui sistem ini, urusan penyerahan bagi tujuan semakan dan merekod hakmilik tanah dan strata dapat dilakukan dengan lebih pantas dan cekap. Pelanggan dan pentadbir dapat akses capaian sistem ini di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Sistem Smartbox juga dilengkapi dengan kemudahan pembayaran atas talian bagi pengguna awam yang inigin membayar urusan perserahan, cukai tanah/cukai petak dan tunggakan cukai.

Pelanggan boleh memilih dua kaedah pembayaran atas talian iaitu pembayaran Business to Business (B2B) bagi syarikat / firma dan Business to Customer (B2C) bagi individu/pengguna awam.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai portal Smartbox Selangor dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Cukai Tanah Selangor – Semakan No Akaun & Bayaran Online

Smartbox Selangor

Cara Daftar Pengguna Baharu di Portal Smartbox Selangor

Pengguna baharu boleh mendaftar berpandukan langkah-langkah berikut :

Pergi ke laman web rasmi Smartbox PTGS di https://smartbox.selangor.gov.my/

  1. Di laman utama, pergi ke Pendaftaran Pengguna dan pilih kategori pendaftaran untuk mulakan pendaftaran.
  2. Terdapat tiga jenis kategori pendaftaran pengguna yang boleh dipilih iaitu :
  • Firma
  • Individu
  • Penyerah

3. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

4. Untuk kategori firma atau syarikat, anda perlu lampirkan bersama sijil pendaftaran firma serta sijil annual (practising certificate).

5. Buat kategori individu dan penyerah, anda perlu muat naik gambar muka hadapan MyKad dan gambar pemilik MyKad bersama MyKad buat tujuan pengesahan.

6. Buka e-mel dan klik pada link untuk aktifkan akaun. Log masuk Smartbox untuk mulakan.

Panduan Urusan Hakmilik di Portal Smartbox

Terdapat tiga jenis pilihan urusan Hakmilik Tanah yang disediakan kepada pengguna iaitu :

  • Urusan Tanah
  • Urusan Strata
  • Urusan Tanpa Hakmilik

Sebelum membuat sebarang urusan Hakmilik Tanah, pengguna perlulah terlebih dahulu menambah hakmilik yang terlibat dengan memasukkan butiran urusan hakmilik tanah.

Sekiranya pengguna mempunyai tunggakan cukai, pengguna perlu menjelaskan bayaran di laman eHasil sebelum meneruskan proses pengurusan hakmilik.

Urusan hakmilik tanah yang telah diisi akan dikemaskini pada bahagian Senarai Hakmilik.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan Smartbox Selangor, sila rujuk senarai Soalan Lazim seperti lampiran di bawah :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!