Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak dibuka mulai 05 Oktober 2026 menerusi laman web https://e-smanperak.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Mengenai SMAN Perak

Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak merupakan sekolah berasaskan agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menawarkan pendidikan menengah agama.

Untuk kemasukan ke sekolah ini, setiap tahun lazimnya permohonan dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Bagi kemasukan ke Tingkatan 1, aliran yang boleh menjadi pilihan pemohon iaitu:

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 05 Oktober 2026 hingga 19 Oktober 2026.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang dibuka permohonan mengikut aliran adalah seperti berikut:

i) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)

  • Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
  • Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh (P)
  • Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah (L & P)

ii) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (L)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (L)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (L)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang (P)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (P)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ini adalah seperti berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum 5A dalam UPKK
  • Minimum 4A dalam SRAI

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://e-smanperak.my mulai 05 Oktober 2026 hingga 19 Oktober 2026.

Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

  • Tarikh Permohonan: 05 Oktober – 19 Oktober 2026
  • Semakan Permohonan: 03 November 2026
  • Ujian Akademik: 14 November 2026
  • Semakan Panggilan Ujian Hafazan: 25 November 2026
  • Ujian Hafazan: 05 Disember 2026
  • Semakan Keputusan Tawaran: 23 Dis 2026

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan SMAN Perak?

Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak merupakan sekolah berasaskan agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menawarkan pendidikan menengah agama.

Bilakah tarikh permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke SMAN Perak untuk tahun 2026 dibuka?

Tarikh permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dibuka mulai 05 Oktober 2026 hingga 19 Oktober 2026.

Berapa banyakkah aliran kurikulum bagi sekolah tersebut?

Sebanyak 2 aliran ditawarkan iaitu:
– Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
– Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Apakah senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Perak yang boleh dipohon?

a) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh (P)
Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah (L & P)

b) Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang (P)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (P)

Bagaimanakah saya boleh memohon kemasukan ke sekolah ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://e-smanperak.my.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai permohonan ke SMAN Perak ini, sila hubungi 05-208 4938/4954/4950/4951/4949.

Baca juga: INSIS YP: Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak 2026

Penulis