Digital Competency Score (DCS) – Skor Kompetensi Digital KPM

Digital Competency Score (DCS) - Skor Kompetensi Digital KPM
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS), adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenainya.

Pengenalan Digital Competency Score (DCS KPM)

Pada tahun 2022, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali kolej tingkatan enam.

Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).

Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah:

  • Penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  • Peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM
  • penilaian murid berasaskan keberhasilan
Skor Kompetensi Digital Digital Competency Score DCS KPM

BACA JUGA: MyDigital ID Malaysia – Cara Pendaftaran & Kelebihan ID Digital

Tarikh Pelaksanaan 2025

Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score (DCS) di sekolah-sekolah ini akan diuruskan oleh:

  • Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
  • Jabatan Pendidikan Negeri dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan
  • Pejabat Pendidikan Daerah dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT

Bagi tahun 2025, ia akan bermula pada 1 Oktober hingga 15 Disember 2025.

Penyertaan Murid & Sijil PAJSK

Kumpulan sasaran adalah murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 (17 tahun bagi murid Kolej Vokasional) yang berada di sekolah / kolej tersebut.

Semua penyertaan murid kumpulan sasaran ini boleh dimasukkan dalam Sistem Pentaksiran Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sebagai penyertaan di peringkat negeri.

Pendaftaran Guru & Murid

Untuk mendaftar, sila rujuk langkah-langkah yang di bawah:

Digital Competency Score (DCS) - Skor Kompetensi Digital KPM

Cara Pendaftaran Guru Dalam DCS

  1. Layari laman web www.dcs.moe.edu.my.
  2. Log masuk menggunakan KODSEKOLAH sebagai ID dan kata laluan.
  3. Masukkan senarai nama guru pemantau atau guru kumpulan dan ikut arahan pada skrin.
  4. Salin ID sementara guru, kemudian log keluar dari dashboard sekolah.
  5. Log masuk semula menggunakan ID guru yang telah diberi.
  6. Masukkan nombor IC guru.
  7. ID baharu guru selepas ini ialah nombor IC, dan kata laluan ialah 4 digit terakhir nombor IC.
  8. Pergi ke menu Student Management dan buat kelas mengikut panduan KPM.
  9. Wujudkan kelas mengikut tahun (formality sahaja).
  10. Contoh: Nama kelas – Merak, Level – Year 6.
  11. Setelah kelas diwujudkan, klik menu “Students” untuk memasukkan senarai murid sekolah.
  12. Buat ID pelajar secara manual atau muat naik senarai pelajar menggunakan fail Microsoft Excel (MS Excel).

Cara Login Murid Dalam DCS

  1. Layari laman web www.dcs.moe.edu.my.
  2. Pilih menu Login Murid.
  3. Masukkan ID MyKID / IC pelajar pada ruangan Username.
  4. Masukkan 4 digit terakhir nombor MyKID / IC sebagai kata laluan (Password).
  5. Klik butang Login untuk masuk ke akaun pelajar.
    VIDEO TUTORIAL – CARA LOG MASUK UNTUK GURU PENYELARAS
    VIDEO TUTORIAL – CARA LOG MASUK UNTUK MURID

    Tahap Pencapaian

    Terdapat 3 tahap pencapaian DCS iaitu:

    • Intermediate (Stars of Moffious)
    • Advance (Stars of Neo)
    • Innovator (Stars of Grand Neo)

    Selain itu, tahap pencapaian murid juga boleh dikategorikan berdasarkan poin dan kategori seperti yang gambar rajah di bawah ini:

    • Digital Innovator (4.75-5.00)
    • Digital Advance (4.01-4.74)
    • Digital Intermediate (3.01-4.00)
    • Digital Novice (2.00-3.00)
    • Digital Beginner (Below 2.00)

    NOTA:

    1. Sijil pengiktirafan pencapaian DCS dijana sejurus murid selesai menjawab level ke 20.
    2. Murid boleh muat turun sijil serta merta atau pada masa akan datang.
    3. Tiada kemudahan untuk guru muat turun sijil sekali gus.

    Panduan Menjawab Ujian Digital Competency Score DCS

    Bagi murid, anda boleh menonton video ringkas d bawah untuk panduan menjawab soalan ujian DCS yang disediakan oleh Cikgu Rashid melalui laman Youtube beliau.

    Maklumat Lanjut

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score ini, sila ke laman web https://linktr.ee/jomdcs

    Anda juga boleh menghubungi pegawai meja DCS USTP, PPD masing-masing.

    Sila ikuti Facebook rasmi Digital Competency Score untuk maklumat terkini.

    Soalan Lazim

    1. Apa itu Digital Competency Score (DCS)?

    Digital Competency Score (DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.

    2. Bila tarikh pelaksanaan DCS 2025?

    1 Oktober hingga 15 Disember 2025.

    3. Bagaimana cara guru untuk mendaftar dalam sistem DCS?

    Berikut langkah-langkah pendaftaran:

    1. Log masuk menggunakan KODSEKOLAH sebagai ID dan kata laluan.
    2. Tambahkan nama guru pemantau atau guru kumpulan.
    3. Salin ID sementara guru dan log keluar.
    4. Log masuk semula menggunakan ID guru baharu.
    5. Masukkan nombor IC guru — ID baharu ialah nombor IC dan kata laluan ialah 4 digit terakhir IC.
    6. Pergi ke menu Student Management untuk cipta kelas.
    7. Tambah senarai murid ke dalam kelas.
    8. Buat ID pelajar secara manual atau muat naik senarai pelajar menggunakan MS Excel.

    4. Bagaimana cara murid untuk log masuk ke sistem DCS?

    1. Layari laman web www.dcs.moe.edu.my
    2. Masukkan ID MyKID / IC pada ruangan Username.
    3. Masukkan 4 digit terakhir MyKID / IC sebagai Password.
    4. Klik Login untuk mula bermain dan menjawab aktiviti DCS.

    5. Apakah tahap pencapaian dalam DCS?

    Terdapat 3 tahap pencapaian utama berdasarkan markah skor:
    Intermediate: Stars of Moffious
    Advance: Stars of Neo
    Innovator: Stars of Grand Neo

    6. Apakah kategori markah (Digital Level) dalam DCS?

    Berikut julat markah dan kategori digital peserta:

    Digital Innovator (4.75-5.00)
    Digital Advance (4.01-4.74)
    Digital Intermediate (3.01-4.00)
    Digital Novice (2.00-3.00)
    Digital Beginner (Below 2.00)

    7. Siapa yang boleh mengambil bahagian dalam DCS?

    Kumpulan sasaran adalah murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 (17 tahun bagi murid Kolej Vokasional) yang berada di sekolah / kolej tersebut.

    8. Di mana boleh mendapatkan bantuan sekiranya gagal log masuk?

    Sekiranya menghadapi masalah log masuk, guru boleh:
    – Hubungi guru penyelaras ICT sekolah masing-masing, atau
    – Hantar pertanyaan melalui saluran sokongan rasmi DCS KPM di laman utama portal

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut