Permohonan Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022

Permohonan Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa insentif bantuan Tanaman Lada Baru dan Tanaman Lada Matang kini dibuka.

Permohonan dialu-alukan bagi dua kategori pekebun lada yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di atas.

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi bantuan ini adalah pada atau sebelum 30 Jun 2022.

Syarat-Syarat Permohonan Skim Tanaman Lada

Syarat-syarat kelayakan bagi permohonan bantuan adalah mengikut kategori seperti berikut :

  1. Syarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Baharu
  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Mengusahakan tanaman lada baharu yang berusia di bawah tiga (3) tahun;
  • Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Matang;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); dan
  • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.
  • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.

2. Syarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Matang

  • Warganegara Malaysia;  
  • Mengusahakan tanaman lada matang berusia tiga (3) tahun dan ke atas;  
  • Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Baharu;  
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); dan  
  • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.  
  • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.
Skim Tanaman Lada

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Salinan muka hadapan kad pengenalan pemohon
  • Salinan belakang kad pengenalan pemohon
  • Salinan muka hadapan kad pengenalan pasangan
  • Salinan belakang kad pengenalan pasangan

Cara Memohon

Pekebun yang berminat boleh lakukan permohonan melalui dua cara iaitu :

  1. Permohonan atas talian dengan melayari pautan berikut :

Sistem Permohonan Skim Bantuan Lada

2. Dapatkan borang secara percuma dari semua Pejabat Wilayah atau Cawangan Lembaga Lada Malaysia.

3. Borang permohonan serta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dimuatnaik secara atas talian atau dikemukakan ke Pejabat Wilayah atau Lembaga Lada Malaysia yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan skim yang ditawarkan, sila layari laman media sosial rasmi Lembaga Lada Malaysia melalui pautan di bawah :

Malaysian Pepper Board

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!