Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan: 8 Manfaat Untuk Rakyat

Bersempena dengan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan yang telah dibentangkan, rakyat dari Negeri Sembilan yang memenuhi kriteria tertentu layak mendapat manfaat melalui Skim Sejahtera Rakyat.

Antara intipati dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang akan dilaksanakan adalah Skim Sejahtera Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM29.75 juta.

Bantuan ini bertepatan dengan janji kerajaan PH-BN dalam PRN terdahulu iaitu Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, skim berkenaan mencakupi kehidupan rakyat sejak awal kelahiran sehingga menjejak usia warga emas.

Baca lagi: Biodata Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan & Exco

Kumpulan Sasar

Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini bakal memberi manfaat kepada 8 kumpulan bersasar iaitu:

  1. Bayi/Kanak-Kanak
  2. Pelajar Sekolah
  3. Siswazah
  4. Siswa
  5. Belia
  6. Ibu Tunggal
  7. Warga Emas (umur 70 tahun ke atas)
  8. Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih)

> Dapatkan jersi bola sepak pasukan Negeri Sembilan (Away)

Jumlah peruntukan

Berikut merupakan pecahan jumlah peruntukan untuk setiap kategori yang layak bagi bantuan Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini:

  1. Bayi/Kanak-Kanak – RM1.60 juta
  2. Pelajar Sekolah – RM0.15 juta
  3. Siswazah – RM2.50 juta
  4. Siswa – RM4.50 juta
  5. Belia – RM5.00 juta
  6. Ibu Tunggal – RM1.00 juta
  7. Warga Emas (umur 70 tahun ke atas) – RM14.80 juta
  8. Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih) – RM0.20 juta

Kriteria kelayakan umum

Berikut merupakan kriteria kelayakan umum bagi Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini:

  1. Permohonan perlu dilakukan kecuali penerima yang layak dalam senarai e-Kasih
  2. Dikhaskan untuk pengudni berdasftar di Negeri Sembilan
  3. Menyertakan dokumen pembuktian dan pengesahan yang berkaitan

8 Manfaat Ditawarkan

Skim Sejahtera Rakyat
  1. Bayi/Kanak-Kanak – Caruman (one-off) Skim Simpanan Pendidikan Nasional RM100 seorang kelahiran baru anak-anak Negeri Sembilan
  2. Pelajar Sekolah – Bantuan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, RM300 x 500 Pelajar
  3. Siswazah – RM5,000 Anugerah Khas menamatkan pengajian dengan keputusan Ijazah Kelas Pertama di Insitusi Pengajian Tinggi Awam
  4. Siswa – Bantuan khas kemasukan ke IPTA sebanyak – RM1000 (Ijazah Sarjana Muda), RM750 (Diploma) dan RM500 (Sijil)
  5. Belia – Bantuan perkahwinan RM500 anak negeri yang mendirikan rumah tangga kali pertama
  6. Ibu Tunggal – Sumbangan Keceriaan tahunan (one-off) RM200 kepada ibu tunggal senarai e-Kasih
  7. Warga Emas (umur 70 tahun ke atas) – Sumbangan Keceriaan tahunan (one-off) RM200 kepada pemoon yang merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000
  8. Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih) – Bantuan “Food Bank” untuk keluarga termiskin dalam e-Kasih
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!