Advertisements

Skim Permata Sejahtera 2023 : Permohonan & Kadar Sumbangan

Advertisements

Skim Permata Sejahtera 2023 Untuk Anak Kelahiran Terengganu ~ Anak kelahiran Terengganu berpeluang untuk menerima sumbangan khas Simpanan SSPN-i daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerusi Skim Permata Sejahtera.

Tawaran ini terbuka kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kelahiran Terengganu.

Sumbangan ini boleh dimanfaatkan oleh penerima untuk tujuan pendidikan ketika mereka berumur 18 tahun.

Apakah Skim Permata Sejahtera?

Kepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini.

Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Pengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah dibuat permohonan oleh pihak ibu bapa dan mendapat pengesahan daripada JKKK pemimpin masyarakat.

Jumlah Sumbangan

Kadar baharu sumbangan tabung pendidikan menerusi Skim Permata Sejahtera dinaikkan iaitu RM200 bagi anak pertama dan kedua, RM300 bagi anak ketiga hingga kelima manakala RM500 bagi anak keenam hingga ke-10.

  • Anak pertama hingga ke-2: RM200.00
  • Anak ke-3 hingga ke-5: RM300.00
  • Anak ke-6 hingga ke-10: RM500.00

Manfaat SSPN-i

Ibu bapa yang memohon bakal menikmati 6 keistimewaan utama daripada sumbangan SSPN-i ini iaitu :

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.
  2. Pelindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.
  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Syarat-Syarat Permohonan

Ibu bapa yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Bayi dilahirkan di Negeri Terengganu bermula Januari 2022 hingga Disember 2022.
  2. Ibu atau Bapa bayi mestilah Rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  3. Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Kelahiran Bayi.

Cara Memohon

Pemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan permohonan berikut iaitu https://bit.ly/SSPN-iYPKT.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Next’ bagi setiap paparan.
  3. Muat naik salinan dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon diminta untuk muat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan salinan MyKid bayi.
  • Salinan MyKad ibu dan bapa.
  • Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.
  • Salinan Sijil Kelahiran atau MyKid/MyKad kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai skim Permata Sejahtera, sila layari laman web YPKT iaitu https://www.ypkt.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan.

Jemput baca tentang Belanjawan 2023 Terengganu di pautan berikut :

bit.ly/3h18A39

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment