Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) 2026: Syarat & Cara Mohon

skim pembiayaan huffaz
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) JAKIM tahun 2026 yang boleh dipohon menerusi http://sph.islam.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim pembiayaan ini.

Mengenai Skim Pembiayaan Huffaz (SPH)

Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) ialah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Biasiswa ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mengiktiraf dan menghargai usaha para pelajar dalam menghafaz Al-Quran.

Pelajar hafiz 30 juzuk Al-Quran yang berjaya dalam sesi temuduga adalah layak untuk diberikan pembiayaan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah dalam pelbagai bidang di universiti awam dalam negara dan peringkat Ijazah Pertama di universiti luar negara (Mesir, Jordan dan Indonesia).

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar hafiz Al-Quran 30 juzuk yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti awam dalam pelbagai bidang dan tertakluk kepada syarat yang dipersetujui dan pelajar yang melanjutkan pengajian di PPT di bawah JAKIM. 

Selain itu, Elaun Wang Saku Pelajar (EWS) diberikan kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah JAKIM iaitu Darul Quran, IPDAS dan IKMAS. 

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 April hingga 14 April 2026.

Syarat Permohonan & Kelayakan

Syarat permohonan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
  2. Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
  3. Warganegara Malaysia
    Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat lazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 35 tahun bag peringkat ljazah Lanjutan.
  4. Penerima pinjaman (PTPTN/agensi lain) layak memohon, tetapi mesti menamatkan pinjaman jika ditawarkan SPH.
  5. Telah menerima surat tawaran kemasukan pengaian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi;
  6. Baki pengajian pelajar tidak kurang daripada dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
  7. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak memohon.
  8. Memenuhi sarat akademik seperti yang diperuntukkan.

KELAYAKAN AKADEMIK

Peringkat PengajianKelayakan Akademik
ljazah Sarjana MudaDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 dan ke atas/
Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 dan ke atas
+
SPM 5 Kepujian
ATAU
sijil Tahiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/
STM Pangkat Jayyid/ siil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid
+
SPM 5 Kepujian /
STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) /
STAM Pangkat Jayyid
ljazah Sarjana Muda (tahun 2 dan ke
atas
PNG PNGK tahun pertama 3.0 ke atas
+
Diploma Tahfiz al-Quran PNGK 2.75 ke atas /
Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas /
STM Pangkat Jayyid
ljazah Lanjutan Sariana Ph.D (Pengajian di dalam negara sahaja)ljazah Sariana Muda (Kepujian)
+
Diploma Tahfiz al-Quran PNGK 2.75 ke atas /
Diploma Tahfiz yang diktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas /
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas /
STM Pangkat Jayyid

Tempat Pengajian

Tempat pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

DALAM NEGARA

  • 20 Universiti Awam (UA) yang diktiraf oleh kerajaan

LUAR NEGARA

Jordan

  • Universiti Mu’tah
  • Universiti Al-Balqa
  • Universiti Al-Hashemite
  • Universiti Jordan, Amman
  • Universiti Amman
  • Universiti Al-Bayt
  • Universiti Yarmouk
  • Universiti WISE

Mesir

  • Maahad Qiraat Al-Azhar
  • Universiti Al-Azhar
  • Maahad Oiraat Mansoura
  • Universiti Thanta

Indonesia

  • Universitas Islam Negeri Alaudin, Makassar
  • Institut Agama Islam Negeri Antasari, Banjarmasin
  • Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang
  • Universitas Islam Negeri Raden Fatah, Palembang
  • Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta
  • Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta
  • Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya
  • Universitas Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin, Jambi
  • Institut Agama Islam Negeri Walisongo, Semarang
  • Universitas Islam Negeri Raden Intan, Lampung
  • Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh
  • Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau
  • Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan

Tidak Layak Memohon

Mereka dalam kategori berikut tidak layak memohon:

  • Pelajar yang sedang mengikuti kursus di peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensiilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa.
  • Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.
  • Penjawat Awam.
  • Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja.
  • Penerima yang pernah mendapat SPH dan ditamatkan tajaan.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan skim ini adalah seperti berikut:

LUAR NEGARA

liazah Sariana Muda:

  • Qiraat
  • Pengajian Islam

DALAM NEGARA

liazah Sariana Muda:

  • Kejuruteraan Seni Bina
  • Pengajian Islam/ Qiraat
  • Perubatan / Pergigian / Farmasi / Optometri
  • Sastera / Psikologi / Kaunseling
  • Undang-undang
  • Sains / Teknologi
  • Ekonomi / Perakaunan

ljazah Lanjutan (Sariana / Doktor Falsafah) :

  • Pengajian Islam

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal i-Hafiz JAKIM di pautan http://sph.islam.gov.my.

Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pembiayaan Huffaz (SPH)?

SPH merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Apakah syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon?

1- Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
2- Warganegara Malaysia
3- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat lazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 35 tahun bag peringkat ljazah Lanjutan.
4- Penerima pinjaman (PTPTN/agensi lain) layak memohon, tetapi mesti menamatkan pinjaman jika ditawarkan SPH.
5- Telah menerima surat tawaran kemasukan pengaian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi;
6- Baki pengajian pelajar tidak kurang daripada dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
7- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak memohon.
8- Memenuhi sarat akademik seperti yang diperuntukkan.

Apakah kategori pemohon yang tidak layak memohon?

1- Pelajar yang sedang mengikuti kursus di peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensiilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa.
2- Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.
3- Penjawat Awam.
4- Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja.
5- Penerima yang pernah mendapat SPH dan ditamatkan tajaan.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Permohonan dibuka mulai 1 April hingga 14 April 2026.

Bagaimanakah permohonan skim ini boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat menerusi portal i-Hafiz JAKIM di pautan http://sph.islam.gov.my.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 6, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya.

No Tel: +603 8870 7132 7145 / 7146 / 7148 / 7157
Email: [email protected]

Baca juga: Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut