Inisiatif Emel Rakyat Negeri Melaka merupakan projek pendigitalan pertama di Malaysia yang menyediakan akaun e-mel rasmi percuma dengan domain @melaka.my untuk setiap isi rumah di Melaka. Pendaftaran emel rakyat Melaka boleh dilakukan melalui https://email.melaka.my/auth/
Inisiatif ini dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada 23 Julai 2026 dengan slogan “1 Rumah, 1 E-mel Rakyat”.
Bukan semua orang berpeluang ada emel istimewa macam ni, khusus untuk orang Melaka je. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk daftar segera.
Rujuk perincian mengenai Emel Rakyat Melaka di bawah.
Apa Itu Emel Rakyat Melaka?
Inisiatif E-Mel Rakyat Negeri Melaka merupakan projek perintis pendigitalan pertama di Malaysia yang menyediakan akaun e-mel rasmi percuma dengan domain @melaka.my khusus untuk setiap isi rumah di negeri tersebut.
Program berimpak tinggi ini diterajui oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan membawa slogan “1 Rumah, 1 E-mel Rakyat” bagi memastikan setiap keluarga mempunyai satu identiti digital yang sah.
Melalui platform ini, rakyat mendapat akses terus kepada makluman rasmi kerajaan seperti bantuan kebajikan, isu pendidikan, dan pengumuman negeri tanpa penglibatan pihak ketiga.
Inisiatif ini juga telah diperluaskan dalam sektor pendidikan, di mana, sehingga kini lebih 193,000 akaun telah didaftarkan di seluruh sekolah dalam Negeri Melaka membabitkan guru, pelajar dan ibu bapa.

Siapa Boleh Daftar Emel Rakyat Melaka?
Pendaftaran E-Mel Rakyat Melaka diberikan keutamaan kepada pemilik MyKad berkod negeri 04 (Melaka), dengan tumpuan fasa awal kepada empat kumpulan sasar utama berikut:
- Ibu bapa dan penjaga pelajar di negeri Melaka (untuk urusan sekolah).
- Guru-guru
- Ketua Isi Rumah yang tersenarai dalam Sistem Kampung Digital (melibatkan 618 kampung)
- Penerima bantuan Asnaf di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Setakat ini (22 Julai 2026), sebanyak 203,000 akaun E-mel Rakyat telah berjaya didaftarkan.
Kegunaan Emel Rakyat Melaka
Berikut ialah antara kegunaan emel rakyat ini:
- Saluran rasmi untuk pengumuman bantuan kebajikan, insentif, dan info bencana setempa
- Menerima maklumat terus mengenai peluang pekerjaan di sektor awam dan industri Melaka
- Medium rasmi komunikasi antara ibu bapa, guru, dan Jabatan Pendidikan Negeri
- Menghapuskan risiko penipuan pautan palsu daripada media sosial seperti WhatsApp
- Menyediakan ruang selamat untuk menyimpan salinan dokumen penting peribadi
- Berfungsi sebagai satu ID tunggal untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian kerajaan negeri pada masa depan.

Cara Daftar Emel Rakyat Melaka
Untuk mendaftar, anda boleh rujuk cara-caranya berikut:
- Layari portal rasmi Emel Rakyat Melaka di https://email.melaka.my/auth/
- Klik “Daftar di sini”
- Isi borang pendaftaran dan klik ‘Daftar’.
- Selepas tekan butang Daftar, pengguna akan menerima mesej kod OTP di nombor telefon yang didaftarkan.
- Masukkan kod OTP tersebut dan tekan butang Sahkan.
Selesai!


Log Masuk Emel Rakyat Melaka
Seteleh selesai membuat pendaftaran, anda boleh log masuk emel rakyat Melaka dengan cara berikut:
- Layari portal rasmi Emel Rakyat Melaka di https://email.melaka.my/auth/
- Masukkan nama pengguna dan kata laluan. Klik daftar masuk.
Setelah berjaya log masuk anda boleh:
- Klik Get started untuk ubah atau customize interface e-mel. Klik pada button No thanks jika menggunakan default setting.
- Klik Tetapan language dan time zone. Pilih language: (ikut pilihan) time zone: Asia/Kuala Lumpur
- Lengkapkan butiran diri.
- Pilih tema yang ada.
- dan sebagainya.
Lupa Kata Laluan
Sekiranya anda lupa kata laluan, rujuk cara reset semula di bawah:
- Pada halaman log masuk, klik “Lupa Kata Laluan”.
- Masukkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Sistem akan menghantar TAC (nombor pengesahan) ke telefon bimbit tersebut.
- Masukkan kod TAC pada ruangan yang disediakan.
- Setelah disahkan, pengguna boleh mencipta kata laluan baharu terus pada laman tersebut. Klik kemas kini kata laluan.
- Setelah berjaya, paparan mesej Password reset successful! You can now login with your new password akan dipaparkan.
Panduan Pengguna Emel Rakyat Melaka (PDF)
Rujuk panduan pengguna di bawah untuk rujukan yang lebih jelas:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk:
- Portal Email Rakyat Melaka
- Facebook Kerajaan Negeri Melaka
- Muat Turun Manual Pengguna Emel Rakyat Melaka
Soalan Lazim Emel Rakyat Melaka
Sebuah inisiatif pendigitalan percuma oleh Kerajaan Negeri Melaka yang menyediakan akaun e-mel rasmi dengan domain @melaka.my untuk setiap isi rumah di Melaka.
Setiap akaun e-mel dilengkapi dengan ruangan storan dokumen sebanyak 1 GB, termasuk fungsi kalendar dan buku alamat.
Tidak. Pendaftaran tidak dibuka secara terbuka kepada umum. Ia dikhaskan untuk penduduk Melaka melalui sistem pradaftar mengikut kumpulan sasar yang ditetapkan.
Anda boleh melayari portal rasmi di Email Rakyat Melaka dan membuat pendaftaran akaun sebelum log masuk.
– Menerima notifikasi bantuan kerajaan, info bencana, dan peluang kerjaya.
– Medium rasmi urusan sekolah (komunikasi ibu bapa dan guru).
– Benteng keselamatan (anti-scam) bagi mengesahkan maklumat sahih kerajaan.
– Identiti digital tunggal untuk mengakses sistem negeri (Melaka Pay, eTanah, dll.) pada masa depan.



