Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Veteran ATM yang layak adalah dialu-alukan untuk memohon Inisiatif Perumahan Veteran ATM di bawah IHSAN MADANI yang mana permohonan boleh dibuat melalui Borang Permohonan Inisiatif Perumahan
Veteran ATM.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiatif ini.

Mengenai Inisiatif Perumahan Veteran ATM

Inisiatif ini merupakan inisiatif bagi Veteran ATM yang daif, tidak berkemampuan dan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah sedia ada sangat usang dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

Inisiatif ini bertujuan memastikan Veteran ATM mendiami kediaman yang kondusif dan menambahbaik taraf kehidupan mereka serta membantu meningkatkan sosioekonomi Veteran serta keluarga.

Selain itu, inisiatif ini adalah bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membaiki kerosakan rumah sendiri yang didiami secara tetap, yang mana skop pembaikan melibatkan komponen asas rumah rumah sahaja.

Penyediaan inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menghargai pengorbanan mereka serta menjaga kebajikan wira negara selepas menamatkan perkhidmatan.

Jenis Bantuan

Inisiatif ini merangkumi 2 jenis bantuan iaitu:

  • Program Bina Baharu: Khusus untuk Veteran ATM yang daif, tidak berkemampuan dan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah sedia ada sangat sang dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Program Baik Pulih: Penyediaan rumah untuk Veteran ATM yang tidak berkemampuan untuk membaiki kerosakan rumah sendiri yang didiami secara tetap, skop pembaikan libatkan komponen asas rumah sahaja.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diperuntukkan di dalam inisiatif ini mengikut program adalah seperti berikut:

ProgramKadar Bantuan
Program Bina Baharu– RM55,000 Semenanjung
– RM60,000 Sabah
– RM65,000 Sarawak
Program Baik Pulih– Had siling RM17,000 Semenanjung
– RM20,000 sabah/ Sarawak

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon program di bawah inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Veteran ATM
  2. Berpendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
  3. Rumah milik veteran/ mempunyai tanah yang bersesuaian dan diberi kebenaran membina rumah.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

1- Permohonan perlu dibuat melalui Borang Permohonan Inisiatif Perumahan Veteran ATM.

2- Permohonan dikemukakan ke Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri untuk semakan.

3- Permohonan tersebut akan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan JHEV ATM untuk pertimbangan kelulusan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Inisiatif Perumahan Veteran ATM?

Inisiatif ini disediakan bagi Veteran ATM yang daif, tidak berkemampuan dan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah sedia ada sangat usang dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

Apakah 2 program yang ditawarkan dibawah inisiatif ini?

1) Program Bina Baharu: Khusus untuk Veteran ATM yang daif, tidak berkemampuan dan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah sedia ada sangat sang dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
2) Program Baik Pulih: Penyediaan rumah untuk Veteran ATM yang tidak berkemampuan untuk membaiki kerosakan rumah sendiri yang didiami secara tetap, skop pembaikan libatkan komponen asas rumah sahaja.

Berapakah kadar bantuan bagi setiap program yang ditawarkan?

a) Program Bina Baharu
– RM55,000 Semenanjung
– RM60,000 Sabah
– RM65,000 Sarawak

b) Program Baik Pulih
– Had siling RM17,000 Semenanjung
– RM20,000 sabah/ Sarawak

Berapakah isi rumah yang layak memohon bagi setiap program di bawah inisiatif ini?

Pendapatan isi rumah mestilah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat melalui Borang Permohonan Inisiatif Perumahan Veteran ATM.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Inisiatif Perumahan Veteran ATM, https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/perumahan/inisiatif-perumahan-veteran-atm.

Baca juga: PBBR: Program Bina Baharu Rumah Di Bandar KPKT

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS