Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP – Cara Beli Rumah Tanpa Slip Gaji

skim jaminan kredit perumahan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan inisiatif kerajaan yang membantu pembeli rumah pertama, khususnya golongan berpandapatan tidak tetap, mendapatkan pembiayaan dengan lebih mudah tanpa slip gaji. Semakan kelayakan boleh dibuat secara online melaluo laman web rasmi SKJP.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

beli rumah tanpa slip gaji sjkp skim jaminan kredit perumahan
@sjkpberhad

Tak mampu beli rumah disebabkan deposit? Yuran guaman, yuran penilaian, MRTA/MRTT & LTHOT? Fikir lagi! Dengan jaminan pembiayaan melebihi 100% daripada SJKP, anda boleh miliki rumah tanpa beban yang banyak! 🏡💡 SJKP SJKPMalaysia RumahIdaman BantuanRumahKerajaan RumahPertamaAnda BeliRumah SJKPExplained JaminanKerajaan

♬ original sound – SJKP – SJKP

Pengenalan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Kerajaan Malaysia yang diwujudkan bagi membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan tidak tetap seperti belia, pekerja gig, petani dan peniaga kecil, memiliki rumah kediaman sendiri.

Keperluan skim ini dikenal pasti sejak pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) pada tahun 2007, apabila kerajaan menyedari kesukaran golongan ini mendapatkan pembiayaan perumahan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap atau slip gaji.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad telah ditubuhkan pada 6 Disember 2007 sebagai syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan untuk menyediakan jaminan kerajaan kepada institusi kewangan.

Inisiatif ini terus diperkasakan melalui pengumuman Belanjawan 2023 dan seterusnya Belanjawan 2025, dengan had pembiayaan sehingga RM500,000, tanpa deposit, tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun serta syarat kelulusan kredit yang lebih fleksibel.

Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bertujuan meningkatkan kadar pemilikan rumah negara.

Dengan adanya SJKP, lebih ramai rakyat yang mempunyai kemampuan membayar ansuran bulanan tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap berpeluang untuk merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.

@sjkpberhad

Tiada slip gaji? Jangan biarkan ia menghalang impian anda? Tonton bagaimana SJKP membantu rakyat Malaysia, seperti anda, memiliki rumah sendiri tanpa kesulitan. 🏠💪 SJKP SJKPMalaysia SJKPPerumahan RumahUntukSemua JaminanSJKP SJKPHomeOwnership RumahPertamaSJKP JaminanKerajaan

♬ original sound – SJKP – SJKP

Jenis-jenis SJKP

Terdapat dua jenis Skim Jaminan Kredit Perumahan yang perlu anda tahu iaitu:

    1. Skim SJKP

    beli rumah tanpa slip gaji
    • Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
    • Had Pinjaman: RM500,000 dan ke bawah(termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
    • Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ pembiayan bertempoh-i
    • Tempoh Pinjaman: 35 tahun atau mana-mana tempoh yang lebih awal  (pinjaman dua generasi dibenarkan
    • Jaminan Pinjaman: *Jaminan pembiayaan melebihi 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, **MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)
    • Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat

    *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
    **MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
    **MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
    **LTHO: Long Term House owner’s Takaful

    2. Skim SJKP – MADANI

    beli rumah tanpa slip gaji apply loan sjkp skim jaminan kredit perumahan
    • Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
    • Had Pembiayaan: Sehingga RM360,000 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
    • Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh Sahaja
    • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
    • Jaminan Pembiayaan: Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi
      1. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
      2. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
    • Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat

    Kriteria Kelayakan

    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
    • Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
    • Kategori berpendapatan tetap
    • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
    • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
    • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
    • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
    • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

    *CCRIS: Central Credit Reference Information System

    @sjkpberhad

    Sebagai pekerja gig, impian memiliki boleh menjadi realiti! 🏠 Dengan jaminan kerajaan SJKP, anda boleh dapatkan pembiayaan perumahan tanpa slip gaji. SJKP SJKPMalaysia SJKPPerumahan RumahUntukSemua JaminanSJKP GigWorkerHome SJKPGigWorker JaminanKerajaan

    ♬ original sound – SJKP – SJKP

    Cara Semak Kelayakan Permohonan

    Untuk menyemak kelayakan permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), anda boleh menilai diri sendiri melalui tiga soalan mudah berikut:

    1. Adakah anda Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas?
    (✅ YA / ❌ TIDAK)

    2. Adakah anda Pembeli kali pertama rumah kediaman baru / rumah sedia ada / rumah lelongan untuk didiami?
    (✅ YA / ❌ TIDAK)

    Sekiranya jawapan anda bagi kebanyakan soalan di atas adalah “YA”, anda berkemungkinan layak untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pertanyaan berkaitan kelayakan dan permohonan, anda boleh melayari puatan ini : Semak Kelayakan SJKP

    Dokumen Diperlukan

    Berikut merupakan dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan oleh pemohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) :

    • Kediaman / Rumah
      • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
    • Pendapatan
      • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
      • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
      • Surat pengesahan pekerjaan
    • Dokumen Sokongan Lain
      • Salinan Kad Pengenalan pemohon
      • Surat pengesahan majikan (jika ada)
      • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
      • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank

    *JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung

    beli rumah tanpa slip gaji apply loan sjkp skim jaminan kredit perumahan

    Tempoh Pembayaran Pembiayaan

    Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

    Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.

    Cara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2026

    Proses-Proses Skim Jaminan skim jaminan kredit perumahan sjkp beli rumah tanpa slip gaji

    Secara umumnya, proses permohonan untuk apply loan / beli rumah tanpa slip gaji di bawah SJKP ini adalah seperti berikut:

    1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
    2. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
    3. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
    4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

    Senarai Institusi Kewangan SKJP

    Antara institusi-institusi kewangan utama SKJP yang terlibat adalah seperti berikut:

    1. Affin Bank
    2. Agro Bank
    3. Alliance Bank
    4. Alliance Islamic Bank
    5. AmBank Islamic
    6. Bank Islam
    7. Bank Muamalat
    8. Bank Rakyat
    9. BSN
    10. Hong Leong Bank
    11. Hong Leong Islamic Bank
    12. Maybank
    13. Maybank Islamic
    14. MBSB Bank
    15. RHB Islamic

    Maklumat Lanjut

    Rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan. Anda juga boleh hubungi pada alamat atau nombor berikut:

    Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

    Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
    15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
    50490 Kuala Lumpur.

    Tel: 03-2096 5000
    Faks: 03-2096 5090
    E-mel: [email protected]

    NOTA:

    SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak mereka. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.

    Soalan Lazim Skim Jaminan Kredit Perumahan

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk soalan lazim berikut:

    1. Adakah skim ini untuk Bumiputera sahaja?

    Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

    2. Saya berniaga sendiri dengan pendapatan purata bulanan sebanyak RM1,400 dan tidak mempunyai slip gaji bulanan. Adakah saya boleh memohon pinjaman perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

    Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.

    3. Saya berniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Isteri saya pula bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Adakah kami layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

    Ya. Permohonan bersama (oleh suami dan isteri) boleh dilakukan.

    4. Berapa lamakah tempoh pembayaran pembiayaan?

    Tempoh pembiayaan ialah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).

    5. Usia saya telah mencecah 55 tahun. Oleh itu tempoh pembayaran pembiayaan hanya tinggal 10 tahun. Bolehkah pembiayaan dibuat bersama dengan anak supaya tempoh pembayaran pembiayaan dapat dipanjangkan?

    Pembiayaan 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran. Tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak dan dengan syarat umur anak hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan. Namun, ianya bergantung kepada syarat khusus yang dikeluarkan oleh pihak institusi kewangan.

    6. Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini hanya tertakluk kepada rumah-rumah yang dibina oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri sahaja?

    Tidak. Skim ini juga terbuka kepada pembelian rumah kediaman daripada pemaju swasta.

    7. Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan tertakluk kepada rumah yang baru dibina sahaja?

    Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

    8. Saya telah mempunyai sebuah rumah kos rendah dan berhasrat untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan semula. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

    Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan bagi tujuan pembiayaan semula.

    9. Saya berniaga sendiri dan bercadang membeli sebuah rumah kedai untuk tujuan perniagaan. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

    Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah khusus untuk pembelian rumah kediaman sahaja.

    10. Saya merupakan seorang peniaga dan berhasrat membeli sebuah kondominium. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

    Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk diduduki, tertakluk kepada pembiayaan maksima RM500,000.

    11. Saya mempunyai sebidang tanah dan bercadang untuk mendirikan sebuah rumah di atas tanah tersebut. Adakah saya layak memohon pembiayaan perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi membiayai pembinaan rumah tersebut?

    Tidak. Buat masa ini Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah.

    12. Adakah saya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu untuk menjual rumah yang telah dibeli di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

    Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

    13. Saya berminat untuk memohon pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini. Adakah saya perlu membuat permohonan di pejabat SJKP?

    Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

    14. Di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, berapakah caj / yuran yang harus dibayar oleh peminjam kepada pihak SJKP?

    Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP kepada peminjam.

    15. Boleh ke apply loan rumah tanpa slip gaji?

    Ya, anda boleh beli rumah tanpa slip gaji di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP. SJKP diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd, juga merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

    skim jaminan kredit perumahan sjkp beli rumah tanpa slip gaji
    skim jaminan kredit perumahan sjkp

    Baca juga:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut