Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) Selangor

Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)

Mulai tahun 2023, insentif khusus kepada golongan kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang menetap di negeri Selangor ditambah baik dan ditingkatkan.

Ini selaras dengan matlamat negeri yang mengutamakan agenda kebajikan dua golongan yang memerlukan ini.

Antara usaha kerajaan negeri Selangor dalam membantu warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dengan memberikan baucar membeli-belah bernilai RM 150 setiap tahun serta khairat kematian bernilai RM 500 menerusi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Satu lagi pembaharuan yang dilakukan pada tahun ini ialah waktu penerimaan baucar. Sebelum ini, mereka menerima baucar beli belah pada bulan kelahiran.

Bermula tahun 2023, baucar boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Baca Juga : Bantuan Back To School MBI Selangor

Skim Mesra Insan Istimewa

Syarat Kelayakan

Insentif ini ditawarkan kepada pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (permohonan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Lahir di negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU** Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun DAN
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
  • Sedang menetap di negeri Selangor; DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS)

  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Tiada had umur; DAN
  • Pemegang kad OKU JKM; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Sedang menetap di negeri Selangor; DAN
  • Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
  • Bagi pemohon berusia di bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah merupakan pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Cara Semak Kelayakan & Buat Permohonan Baharu Skim Mesra Insan Istimewa

Untuk semak kelayakan bagi penerimaan skim ini, anda boleh lakukannya di pautan di bawah dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan dan klik semak :

https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php

Sekiranya nama anda belum didaftarkan dan anda menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di atas, sila buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

MOHON SMIS 2023

Panduan Tuntutan Baucar Beli Belah RM 150 Skim Mesra Insan Istimewa

  • Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  • Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
  • Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak dibenarkan.
  • Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja.
  • Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  • Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti
  • Pemohon diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info.

Panduan Tuntutan Khairat Kematian RM 500

  • Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja.
  • Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
  • Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan dibayar.
  • Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN.
  • Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
  • Tuntutan melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan dilayan.
  • Senarai dokumen yang diperlukan yang tercatat pada borang tuntutan khairat kematian perlu disediakan secara lengkap.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Mesra Insan Istimewa, sila ke laman web Skim Mesra di pautan https://e-mesra.yawas.my/mesra/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!