Skim Kredit Mikro Sarawak ialah skim pinjaman mikro Kerajaan Sarawak yang diwujudkan untuk membantu usahawan golongan B40 mengembangkan perniagaan kecil mereka. Layari portal rasmi SDEC Sarawak untuk permohonan di pautan berikut: https://sedc.com.my/ms/skim-kredit-mikro-sarawak-skms-1/
Skim ini bertujuan menyokong modal kerja dan pembelian peralatan bagi perniagaan kecil seperti peruncitan, makanan, jahitan, IT, dan salun (tidak termasuk pertanian huluan).
Rujuk info penuh cara mohon SKMS, syarat kelayakan, pakej pembiayaan, jenis pernigaan dibenarkan dan sebagainya.
Ringkasan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS 1)
- Pinjaman Mikro B40: RM1,000-RM10,000 (0% faedah, yuran 2%)
- Sasaran: Usahawan Sarawak B40, perniagaan 6+ bulan, ada lesen
- Tujuan: Modal kerja + peralatan (bukan pertanian huluan)
- Mohon di: SEDC Menara Kuching / Agrobank / Service Sarawak online (Portal SDEC)
- Dokumen: MyKad, lesen perniagaan, bank statement 6 bulan
Apa Itu Skim Kredit Mikro Sarawak?
Skim Kredit Mikro Sarawak (SMCS) adalah salah satu bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan kepada pengusaha B40, perusahaan kecil dan mikro.
Skim ini terbuka untuk orang Sarawak (bumiputera dan bukan bumiputera) yang menetap dan mengendalikan perniagaan mereka di Sarawak dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Bantuan kewangan ini hanya boleh tertakluk dalam pembiayaan dari segi modal kerja, pengubahsuaian premis perniagaan dan pembelian mesin dan peralatan.
Program ini diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak dengan kerjasama agensi pelaksana utama seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).
- Objektif: Untuk membantu perniagaan kecil untuk mengembangkan perniagaan
- Skop: Modal kerja dan pembeliaan peralatan
- Kumpulan Sasaran: Usahawan Bumiputera Sarawak sedia ada dan baru yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dalam semua jenis perniagaan seperti peruncitan, makanan dan minuman, jahitan, teknologi maklumat, saloon, perniagaan dalam talian dan lain-lain. Perniagaan tidak termasuk pertanian (upstream).

Syarat Kelayakan
Siapa Layak Memohon?
Permohonan ini terbuka kepada mana-mana individu yang menepati syarat berikut:
- Warga Sarawak (Bumiputera atau Bukan Bumiputera)
- Menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak
- Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan
- Terbuka kepada semua sektor perniagaan kecuali pertanian
Apa Jenis Skim Ditawarkan?
Terdapat dua jenis Skim Kredit Mikro Sarawak iaitu:
Jenis 1: Jumlah Pinjaman / Pembiayaan: RM1,000.00 – RM10,000.00 [SKMS 1]
- Hanya untuk usahawan B40 sahaja
- Tiada Faedah / keuntungan
- Keperluan Minimum: Permit Perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Tempatan atau pihak berkuasa yang berkaitan
- Tempoh Pinjaman / Pembiayaan: 1-3 tahun
- Kadar Faedah: 0% (Nota: Dikenakan 2% yuran pengurusan – sekali bayaran sahaja)
Jenis 2: Jumlah Pinjaman / Pembiayaan: RM5,001.00 – RM50,000.00
- Hanya untuk pengusaha B40, perusahaan mikro dan kecil
- Faedah / keuntungan 4%
- Keperluan Minimum: Pendaftaran Perniagaan dari Pejabat Daerah atau LHDN atau SSM dan lesen yang berkaitan
- Tempoh Pinjaman / Pembiayaan: 1-5 tahun
NOTA: Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS 1) menawarkan skim JENIS 1.
Jenis Perniagaan Yang Dibenarkan SKMS 1
Berikut ialah jenis-jenis perniagaan yang dibenarkan untuk mohon Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS 1):
- Peruncitan
- Makanan & Minuman
- Jahitan
- Teknologi Maklumat (IT)
- Salun
- Perniagaan Dalam Talian (Online)
- Dan lain-lain jenis perniagaan.
NOTA: PENGECUALIAN – Perniagaan tidak termasuk pertanian (upstream).

Cara Mohon Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS 1)
Skim Kredit Mikro Sarawak (SMCS) dapat dipohon melalui saluran berikut:
- Atas talian (https://sedc.com.my/ms/skim-kredit-mikro-sarawak-skms-1/)
- Menerusi kaunter di Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) atau Agrobank
Permohonan Secara Dalam Talian
Untuk membuat permohonan Skim Kredit Mikro Sarawak secara dalam talian, rujuk langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi SEDC Sarawak di: https://sedc.com.my/ms/skim-kredit-mikro-sarawak-skms-1/
- Klik “KLIK DISINI UNTUK MEMOHON!”
- Anda akan dialihkan ke portal Service Sarawak > Klik “Mohon Sekarang”.
- Seterusnya, anda perlu log masuk ke Sarawak Pass untuk meneruskan proses permohonan.
NOTA:
- Sekiranya belum mempunyai akaun Sarawak Pass, anda perlu membuat pendaftaran Sarawak Pass terlebih dahulu dan muat turun aplikasi untuk memudahkan proses permohonan.
- Rujuk: SarawakPass – Daftar, Log Masuk, Semak Bantuan Sarawak


Permohonan Menerusi kaunter / Agrobank
Untuk membuat permohonan SKMS menerusi kaunter SEDC atau Agrobank, rujuk langkah-langkah berikut:
- Isi borang: Muat turun borang permohonan dari SEDC atau MINTRED, isi tujuan pinjaman (modal kerja/peralatan).
- Sertakan dokumen diperlukan seperti:
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah;
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi;
- Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini;
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
- Hantar ke mana-mana kaunter institusi SEDC atau Agrobank.
- Hubungi SEDC (082-551555) atau Agrobank (082-429077) untuk bantuan. Kelulusan bergantung kelengkapan dokumen.
NOTA: Hanya boleh mohon di satu institusi (SEDC atau Agrobank).
Muat Turun Borang Permohonan Skim Kredit Mikro Sarawak di bawah:
Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Skim Kredit Mikro Sarawak
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai SKMS, sila rujuk:
- Portal SEDC
- Facebook Jabatan Penerangan Sarawak
- Hubungi SEDC (082-551555) atau Agrobank (082-429077) untuk sebarang bantuan mengenai permohonan.
Pinjaman mudah RM1,000 hingga RM10,000 untuk modal kerja dan pembelian peralatan (tiada faedah, hanya yuran pengurusan 2%).
Usahawan B40 Sarawak dengan lesen perniagaan sah, perniagaan beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan (bukan pertanian huluan).
Tidak – hanya boleh pilih satu institusi sahaja.
Permohonan boleh dilakukan melalui:
– Atas talian (https://sedc.com.my/ms/skim-kredit-mikro-sarawak-skms-1/)
– Menerusi kaunter di Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) atau Agrobank
– Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah;
– Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi;
– Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini;
– Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
Sebagai modal kerja, pembelian peralatan atau ubah suai premis perniagaan.
Bergantung kelengkapan dokumen pemohon (tiada masa tetap dinyatakan).




