Advertisements

Semakan BMT RISDA (Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2022)

Advertisements

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT RISDA) 2022

Seramai 232,319 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan RM191 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembayaran itu akan dibuat bermula November ini seperti biasa, kerana ia tidak terkesan dengan tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 5 Nov ini.

“Pembayaran akan dilaksanakan bergantung bila wang tersebut dimasukkan ke Risda. Kalau awal mereka terima, maka lebih awal pembayaran dibuat,” jelas beliau.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kadar bantuan sebanyak RM600 seorang akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dalam 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2022 dan RM300 pada bulan Disember 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT 2022) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.

BMT RISDA semakan 2022

Apakah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA?

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Semakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2022

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.

Advertisements
semakan bmt risda 2022

Syarat Kelayakan

  1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Baca juga:

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022

Pengusaha kebun yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara ats talian di pautan  https://pekebunkecilmakmur.com.my/ mengikut kategori berikut:

i) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

Sila rujuk garispanduan melalui lampiran di bawah:

Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4251 0171 atau terus laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.

Kemaskini Maklumat BMT 2022

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan.

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2022

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

semakan bmt risda 2022

Sila isikan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR.

Status anda akan dipaparkan seperti dalam tangkap layar di bawah:

semakan bmt risda 2022

Terdapat 3 status permohonan yang akan dipaparkan iaitu:

  1. Dalam Proses
    • Permohonan telah diterima dan dalam proses kelulusan
  2. Layak
    • Permohonan telah diluluskan, dalam proses untuk bayaran
  3. Tidak Layak
    • Permohonan ditolak, hubungi pejabat RISDA berdekatan untuk semakan terperinci

Jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial seperti dalam tangkap layar di bawah.

Semakan Status Bayaran & Tarikh Pengkreditan BMT 2022

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2022 dan baki RM300 lagi pada Disember 2022.

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.

Soalan Lazim

Apakah Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA?

Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).

Apakah Maksud Penoreh Bukan Pemilik?

Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.

Apakah Maksud Pekebun Kecil Pemilik?

Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.

Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?

Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil / penoreh getah dan seorang penerima hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.

Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :
i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh).
vi) Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Berapakah kadar bantuan BMT 2022 yang dilaksanakan oleh RISDA?

Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022

Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?

RISDA”?
i) Pekebun kecil yang tersenarai di dalam Sistem e-SPeK.
ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah
Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
iv) Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan oleh
RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA.

Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT?

Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?

Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT 2022)?

Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my.

Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT?

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.


Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 4 / 5. Vote count: 9

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment