Skim Insurans Rakyat Sabah menyediakan kemudahan tuntutan kepada rakyat yang layak sekiranya berlaku kemalangan melibatkan kematian atau kehilangan upaya kekal. Namun begitu, masih ramai yang kurang jelas tentang prosedur tuntutan yang betul. Maklumat lanjut boleh anda rujuk di laman web rasmi Progressive Insurance Bhd (PIB).
Artikel ini akan menerangkan langkah demi langkah cara membuat tuntutan pada tahun 2026, termasuk tempoh masa yang ditetapkan, dokumen yang perlu disediakan serta kaedah penghantaran borang supaya proses berjalan lancar tanpa kelewatan.
Apa itu Skim Insurans Rakyat Sabah
Skim Insurans Rakyat Sabah adalah skim insurans kemalangan diri yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk memberikan pampasan kepada rakyat Sabah yang layak sekiranya berlaku:
- Kematian akibat kemalangan
- Hilang upaya kekal akibat kemalangan
- Perbelanjaan pengebumian akibat kematian kemalangan
Namun begitu, skim ini tidak melindungi rawatan perubatan, kemasukan wad hospital atau pembedahan. Ia hanya memberi pampasan kewangan berdasarkan kejadian kemalangan.

Kelayakan Skim Insurans Rakyat Sabah
Individu yang layak dilindungi mestilah memenuhi syarat berikut:
- Berumur 30 hari hingga 80 tahun
- Dilahirkan di Sabah
- Mempunyai nombor kad pengenalan yang mengandungi kod negeri Sabah iaitu:
- 12
- 47
- 48
- 49
Perlindungan adalah automatik, dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Jika memenuhi kriteria di atas, individu tersebut secara automatik dilindungi sepanjang tempoh polisi.
Bayi yang baru lahir juga dilindungi sebaik sahaja mencapai umur 30 hari, selagi memenuhi syarat kod negeri pada kad pengenalan.
Walaupun seseorang itu tidak menetap di Sabah, mereka tetap layak selagi dilahirkan di Sabah berdasarkan kod negeri pada kad pengenalan.


Tempoh Skim Insurans
Skim Insurans Rakyat Sabah berkuat kuasa bermula:
- 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028
Perlindungan adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan meliputi seluruh dunia kecuali negara yang dikenakan sekatan oleh Malaysia.

Tempoh Pembayaran Tuntutan
Setelah semua dokumen lengkap diterima dan disahkan, pembayaran akan diproses dalam tempoh 14 hingga 30 hari.
Cara Membuat Tuntutan
Berikut adalah cara membuat tuntutan di bawah Skim Insurans Rakyat Sabah. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh kemalangan.
1. Dapatkan Borang Tuntutan
Borang boleh diperoleh melalui:
- Muat turun dari laman sesawang Progressive Insurance Bhd (PIB)
- Pejabat cawangan Progressive Insurance Bhd
- Pejabat Daerah
- Pejabat Majlis Daerah
2. Dokumen Sokongan
A) Kematian Akibat Kemalangan
- Borang tuntutan lengkap
- Salinan kad pengenalan si mati
- Salinan kad pengenalan penuntut
- Sijil kematian yang disahkan
- Salinan laporan polis
- Sijil nikah (pasangan) atau surat beranak (anak) sebagai bukti pertalian
B) Kehilangan Upaya Kekal
- Salinan laporan polis (untuk kemalangan kenderaan bermotor sahaja)
- Borang tuntutan lengkap
- Salinan kad pengenalan penuntut
- Laporan perubatan
3. Serahan Borang
Borang dan dokumen lengkap boleh dihantar melalui:
- WhatsApp: 018-211 8239
- Email: [email protected]
- Serahan terus atau kurier ke pejabat cawangan Progressive Insurance Bhd (PIB)
Manfaat Perlindungan
Berikut adalah manfaat yang ditawarkan di bawah skim ini:
1. Kematian Akibat Kemalangan
Jumlah dilindungi: RM10,000
2. Hilang Upaya Kekal (dalam masa 365 hari selepas kemalangan)
Jumlah maksimum dilindungi: RM10,000
Butiran peratusan pampasan adalah seperti berikut:
- Hilang upaya kekal menyeluruh, lumpuh, hilang kewarasan: 100%
- Hilang dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali: 100%
- Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata: 75%
- Kehilangan pendengaran kedua-dua belah telinga: 50%
- Kehilangan pertuturan: 50%
- Kehilangan satu anggota pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali: 50%
- Kehilangan penglihatan sebelah mata: 50%
- Kehilangan pendengaran sebelah telinga: 25%
3. Khairat Kematian / Pengebumian
Akibat kematian kerana kemalangan: RM500
Pekerjaan Yang Tidak Layak
Pekerjaan berikut tidak layak menerima perlindungan ketika bertugas:
- Askar / Polis
- Pramugari, pramugara dan kru penerbangan
- Pakar / pengendali bahan letupan
- Penyelam
- Pembalak
- Pekerja luar pesisir minyak dan gas
- Juruterbang
- Pemandu profesional
- Pelaut
- Buruh kasar / pemunggah barang di pelabuhan
- Wartawan perang
- Pelombong
Walau bagaimanapun, individu dalam kategori pekerjaan ini masih dilindungi apabila bercuti dan tidak bertugas (off-duty).
Pengecualian Polisi
Antara pengecualian yang tidak dilindungi termasuk:
- Aktiviti pengganas / keganasan
- Kecederaan sendiri atau mencederakan diri dengan sengaja
- Bunuh diri dan kurang siuman
- Sengaja mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan pembunuhan atau serangan
- Sukan berisiko tinggi
- Dadah, AIDS, HIV dan penyakit seks berjangkit
- Aktiviti ketenteraan, laut, udara, polis dan bomba
- Jangkitan penyakit berjangkit seperti pandemik
- Kematian akibat penyakit atau masalah kesihatan
Untuk senarai penuh pengecualian, rujuk dokumen polisi rasmi Progressive Insurance Bhd (PIB).
Brochure Skim Insurans Rakyat Sabah


Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan tuntutan, orang ramai boleh menghubungi:
📞 Hotline: 088-355 789
📱 WhatsApp: 018-211 8239
📧 Email: [email protected]
Waktu operasi:
- Isnin – Khamis: 8:15 pagi – 5:15 petang
- Jumaat: 8:15 pagi – 4:45 petang
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
Cawangan:
📍 Head Office
6th, 8th & 10th Floor
Menara Cosway, Plaza Berjaya
No. 12 Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
03-2118 8000
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM
📍Alor Setar
No. 223, Tingkat 2, Jalan Gangsa
Kawasan Perindustrian Ringan Kristal
05150 Alor Setar
Kedah
04-733 9846 / 9691
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM
📍Butterworth
Ground & 1st Floor
2755, Jalan Chain Ferry
Taman Inderawasih
13600 Prai, Seberang Perai Tengah
Penang
04-397 7728
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM
📍Melaka
13A, Jalan Melaka Raya 24
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
06-288 3831
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM
📍Johor Bahru
17-01, Jalan Kebun Teh 1
Pusat Perdagangan Kebun Teh
80250 Johor Bahru
Johor
07-227 0996
Monday – Thursday: 9:00AM–6:00PM
Friday: 9:00AM–5:30PM
📍Kota Kinabalu
Ground & 7th Floor
Wisma Perkasa, Jalan Gaya
88000 Kota Kinabalu
Sabah
088-244 216
Monday – Thursday: 8:15AM–5:15PM
Friday: 8:15AM–4:45PM
📍Sandakan
1st Floor, Lot 1, Block 3
Bandar Indah, Mile 4, North Road
90000 Sandakan
Sabah
089-238 810
Monday – Thursday: 8:15AM–5:15PM
Friday: 8:15AM–4:45PM
📍Kuching
Sub Lot 18, 1st & 2nd Lots 9966 & 9967
1st Floor, Premier 101
Jalan Tun Jugah
93350 Kuching
Sarawak
082-572 013
Monday – Thursday: 8:15AM–5:15PM
Friday: 8:15AM–4:45PM
Soalan Lazim – Skim Insurans Rakyat Sabah
Ini adalah skim insurans yang disediakan oleh kerajaan untuk memberikan manfaat dan perlindungan kepada rakyat Sabah yang layak ke atas kematian atau kehilangan upaya kekal akibat kemalangan.
Kelayakan adalah secara automatik bagi individu yang memenuhi kedua-dua kriteria berikut sepanjang tempoh polisi:
(i) Berumur di antara 30 hari hingga 80 tahun.
(ii) Dilahirkan di Sabah dengan nombor kad pengenalan yang mengandungi kod negeri Sabah 12, 47, 48, atau 49.
Tidak, pendaftaran tidak diperlukan. Perlindungan adalah secara automatik untuk semua rakyat Sabah yang layak. Ini bagi mengelakkan keperluan mengumpul data peribadi dan memastikan tiada individu yang layak terlepas.
Anda tidak perlu menyemak pendaftaran. Jika anda memenuhi kriteria kelayakan (umur 30 hari hingga 80 tahun dan dilahirkan di Sabah dengan kod negeri 12, 47, 48, atau 49 pada kad pengenalan anda), anda secara automatik adalah dilindungi.
Ya, bayi yang dilahirkan di Sabah akan dilindungi sebaik sahaja mereka mencapai umur 30 hari, dengan syarat mereka memenuhi kriteria kad pengenalan.
Progressive Insurance Bhd (PIB) menyediakan TALIAN KHAS 088-335 789 di mana pasukan khidmat pelanggan kami akan membantu dan membimbing pemohon mengenai proses tuntutan.
Ya, selagi anda dilahirkan di Sabah berdasarkan kod negeri yang dinyatakan dalam kad pengenalan.
Jika kesemua dokumen adalah lengkap, Progressive Insurance Bhd (PIB) akan membayar tuntutan dalam tempoh 30 hari.
Tidak, insurans kemalangan diri ini tidak melindungi sebarang rawatan perubatan. Ia tertakluk kepada bayaran pampasan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, dan perbelanjaan pengebumian akibat kematian kemalangan.
Perkara berikut (tetapi tidak terhad kepada) adalah rujuk dokumen polisi bagi senarai penuh pengecualian:
Aktiviti pengganas/keganasan
Kecederaan sendiri/mencederakan diri sendiri dengan sengaja
Bunuh diri dan kurang siuman
Sengaja mendatangkan kecederaan yang mengakibatkan pembunuhan dan sengaja
Sukan berisiko tinggi
Dadah, AIDS, penyakit HIV, penyakit seks berjangkit
Aktiviti ketenteraan, laut, udara, polis dan bomba
Jangkitan penyakit berjangkit semasa pandemik
Kematian kerana penyakit/masalah kesihatan
Sila kemukakan tuntutan anda dalam tempoh 60 hari dari tarikh kemalangan.
Baca juga:




