Bantuan Baitulmal Sabah merujuk kepada pelbagai program bantuan kewangan dan kebajikan yang disalurkan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Layai portal rasmi e-Bantuan Baitulmal untuk mengetahui senarai bantuan yang diberikan melalui pautan berikut: https://bantuanpbns.sabah.gov.my/
Baitulmal Sabah memanfaatkan dana zakat, sedekah, wakaf dan kutipan amanah lain untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, pelajar Islam, keluarga terkesan bencana, serta institusi keagamaan seperti masjid, surau dan sekolah tahfiz di Sabah.
Rujuk info penuh mengenai Bantuan Baitulmal Sabah di bawah.
Pengenalan Bantuan Baitulmal Sabah
Bantuan Baitulmal Sabah merangkumi pelbagai program seperti bantuan kewangan am, sokongan pendidikan, perubatan, bencana alam serta pembangunan institusi Islam (masjid, surau, madrasah), bertujuan meringankan beban golongan asnaf, fakir miskin dan masyarakat memerlukan.
Bantuan ini diuruskan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang merupakan agensi utama di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
PBNS bertanggungjawab mengurus dan menyalurkan dana zakat, sedekah, wakaf serta amanah untuk kebajikan umat Islam di Sabah.
Bantuan-bantuan yang ditawarkan boleh diakses melalui portal e-Bantual Baitulmal Sabah untuk memudahkan rakyat Sabah membuat permohonan, menyemak syarat kelayakan dan juga status permohonan bantuan yang dipohon.
Portal e-Bantuan Baitulmal Sabah
Portal e-Bantuan Baitulmal Sabah ialah platform digital rasmi yang disediakan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) untuk memudahkan permohonan bantuan secara atas talian.
Portal ini boleh diakses melalui pautan berikut: Â https://bantuanpbns.sabah.gov.my/
Melalui portal ini, pemohon boleh:
- Daftar akaun dan log masuk dengan mudah
- Pilih kategori bantuan (Am, Pendidikan, Institusi) dan mohon secara dalam talian
- Isi borang digital dan muat naik dokumen sokongan
- Jejaki status permohonan secara langsung
Sistem e-Bantuan ini mengurangkan keperluan lawatan fizikal ke pejabat PBNS, mempercepat proses kelulusan dan memastikan ketelusan pengagihan dana Baitulmal Sabah.
Senarai Bantuan yang Ditawarkan
Berikut ialah antara senarai Bantuan Baitulmal Sabah yang boleh dipohon melalui portal e-Bantuan. Antaranya ialah:
BANTUAN AM
- Bantuan Khas (Kewangan)
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Institusi Tahfiz / Ray / SAR / NGO
- Bantuan Organisasi & Kemasyarakatan
- Bantuan Bencana
- Bantuan Keagamaan & Keraian Islam
BANTUAN PENDIDIKAN
- Bantuan Awal Pendidikan (Sijil / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda)
BANTUAN MASJID
- Bantuan Keperluan Asas Fardhu Kifayah
- Bantuan Keperluan Asas Masjid
- Bantuan Keperluan Asas Surau

Syarat Permohonan Bantuan Baitulmal
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AM
- Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah.
- Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah seperti yang berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2. Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan / Akuan Sumpah Pendapatan (Pemohon DAN Pasangan), Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan (Jika tidak mempunyai Slip Pendapatan)
3. Salinan Penyata Bank Pemohon (Pemohon)
4. Salinan Sijil Memeluk Islam/Kad Mualaf (Jika berkenaan)
5. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (Jika berkenaan)
6. Salinan Surat Pengesahan dari Hospital, Kad Temujanji Hospital, Kad OKU (jika berkenaan), Muat Turun Borang Pengesahan Perubatan
7. Salinan Laporan Polis/Balai Bomba dan Penyelamat/Pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Ketua Kampung (Jika berkenaan)
Semua salinan dokumen hendaklah DISAHKAN BENAR (Pesuruhjaya Sumpah / Pegawai Kumpulan A / JKKK / Ketua Kampung ).
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN
- Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dan beragama islam.
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan.
- Semua salinan dokumen hendaklah DISAHKAN BENAR (Pesuruhjaya Sumpah / Pegawai Kumpulan A / JKK / Ketua Kampung).
- Tarikh permohonan diterima tidak melebihi dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran belajar dikeluarkan.
- Pengajian Sepenuh Masa sahaja.
- Terbuka kepada semua bidang pengajian.
- Terbuka kepada pelajar IPTA dan IPTS peringkat Sijil/Sijil Kemahiran/Asasi/Matrikulasi, Politeknik, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Tradisi.
- Perlu mempunyai perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja.
- Pendapatan kasar isi rumah sebanya di bawah RM3,000.00 sebulan.
- Sekiranya pendapatan kasar isi rumah sebanyak RM3,001.00 hingga RM6,000.00 dan mempunyai tanggungan empat (4) orang dan ke atas, permohonan boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah seperti yang berikut:
- 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- 2. Salinan Kad Pengenalan (Ibu dan Bapa/Penjaga)
- 3. Salinan Sijil Lahir Pemohon
- 4. Salinan Sijil Lahir (Ibu dan Bapa/Penjaga)
- 5. Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan/Akuan Sumpah Pendapatan Ibu, Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan (Jika tidak mempunyai Slip Pendapatan)
- 6. Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan/Akuan Sumpah Pendapatan Bapa, Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan (Jika tidak mempunyai Slip Pendapatan)
- 7. Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan dari Pusat Pengajian
- 8. Salinan Penyata Bank Pemohon (Pemohon)
- 9. Salinan Sijil Memeluk Islam/Kad Mualaf (Jika berkenaan)
- 10. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (Jika berkenaan)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MASJID/SURAU/INSTITUSI
- Masjid/Surau hendaklah BERDAFTAR di bawah MUIS/JHEAINS.
- Masjid/Surau/Institusi hendaklah mempunyai AKAUN BANK.
- Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah seperti yang berikut:
1. Surat Permohonan Bantuan/Kertas Kerja Program & Profil Lengkap Organisasi
2. Salinan Sijil Pendaftaran
3. Salinan Penyata Bank Organisasi
Cara Daftar & Login e-Bantuan Sabah
Pendaftaran Pertama Kali Portal e-Bantuan Baitulmal Sabah
- Layari portal rasmi e-Bantuan Baitulmal Sabah di https://bantuanpbns.sabah.gov.my/
- Klik ‘Daftar Akaun’
- Isi maklumat yang diperlukan seperti:
- Nama Penuh (seperti dalam MyKad).
- Nombor Kad Pengenalan (12 digit tanpa sempang).
- Alamat Emel yang aktif.
- Kata Laluan (cipta kata laluan yang kuat dan mudah diingat).
- klik ‘Daftar Sekarang’.
- Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk ke portal e-Bantuan Baitulmal Sabah dengan menggunakan email dan kata laluan yang sudah didaftarkan.
Cara Login Portal e-Bantuan Baitulmal Sabah
- Buka portal yang sama:Â https://bantuanpbns.sabah.gov.my/
- Masukkan:
- Alamat emel yang didaftarkan
- Kata laluan
- Klik, Log Masuk.
Jika lupa kata laluan, klik “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk tetapan semula melalui emel.​


Rujuk Manual Pengguna di bawah untuk panduan lebih jelas:





Cara Mohon Bantuan Baitulmal Sabah
Untuk memohon mana-mana bantuan, anda perlu log masuk terlebih dahulu. Sekiranya belum mendaftar akaun di portal e-Bantuan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu kemudian log masuk.
Rujuk tatacara permohonan di bawah:
1. Layari https://bantuanpbns.sabah.gov.my/ dan log masuk menggunakan emel serta kata laluan.​
2. Pilih Jenis Bantuan
- Bantuan Am (kesulitan kewangan, kesihatan, bencana)
- Bantuan Pendidikan (yuran, peralatan pelajar)
- Bantuan Masjid/Surau/Institusi (operasi, fardu kifayah)
3. Isi Borang Online. Masukkan maklumat peribadi, keluarga, pendapatan, dan butiran keperluan dengan jujur dan lengkap.
4. Muat Naik Dokumen Sokongan. Pastikan anda telah menyediakan dokumen sokongan dalam bentuk digital (gambar yang jelas atau PDF).
Berikut ialah dokumen yang diperlukan mengikut kategori bantuan:
| Bantuan Am | Bantuan Pendidikan | Bantuan Masjid/Surau/Institusi |
|---|---|---|
| Salinan Kad Pengenalan Pemohon | Salinan Kad Pengenalan Pemohon | Surat Permohonan Bantuan/Kertas Kerja Program & Profil Lengkap Organisasi |
| Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan / Akuan Sumpah Pendapatan (Pemohon DAN Pasangan) –Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan (Jika tidak mempunyai Slip Pendapatan) | Salinan Kad Pengenalan (Ibu dan Bapa/Penjaga) | Salinan Sijil Pendaftaran |
| Salinan Penyata Bank Pemohon (Pemohon) | Sijil nikah/cerai (jika berkenaan) ​ | Salinan Penyata Bank Organisasi |
| Salinan Sijil Memeluk Islam/Kad Mualaf (Jika berkenaan) | Salinan Sijil Lahir Pemohon | |
| Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (Jika berkenaan) | Salinan Sijil Lahir (Ibu dan Bapa/Penjaga) | |
| Salinan Surat Pengesahan dari Hospital, Kad Temujanji Hospital, Kad OKU (jika berkenaan), Muat Turun Borang Pengesahan Perubatan | Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan/Akuan Sumpah Pendapatan Ibu, Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan (Jika tidak mempunyai Slip Pendapatan) | |
| Salinan Laporan Polis/Balai Bomba dan Penyelamat/Pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Ketua Kampung (Jika berkenaan) | Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan/Akuan Sumpah Pendapatan Bapa, Muat Turun Borang Pengesahan Pendapatan (Jika tidak mempunyai Slip Pendapatan) | |
| Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan dari Pusat Pengajian | ||
| Salinan Penyata Bank Pemohon (Pemohon) | ||
| Salinan Sijil Memeluk Islam/Kad Mualaf (Jika berkenaan) & Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (Jika berkenaan) |
5. Klik “Hantar Permohonan”.
6. Anda boleh semak status permohonan bantuan di portal yang sama atau hubungi 088-218 200 (Baitulmal Sabah).

Semakan Status Permohonan Bantuan
Untuk menyemak status permohonan bantuan yang anda pohon, anda boleh log masuk portal e-Bantuan dan klik menu ‘Status Permohonan’ > klik kategori bantuan yang dipohon.
Status permohonan anda akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Baitulmal Sabah, sila rujuk:
- Portal rasmi e-Bantuan Baitulmal Sabah
- Facebook Baitulmal Sabah
- Talian: 088-342 800
- Emel: [email protected]
Soalan Lazim Bantuan Baitulmal Sabah
Bantuan ini dikhaskan untuk warga beragama Islam yang menetap di Sabah dan tergolong dalam kategori Asnaf. Keutamaan diberikan kepada golongan fakir, miskin, mualaf, dan pelajar yang kurang berkemampuan.
Secara amnya, proses semakan dan kelulusan mengambil masa antara 1-3 bulan, bergantung kepada kelengkapan dokumen dan kerumitan kes (seperti keperluan lawatan siasatan ke rumah).
Boleh, asalkan anda memenuhi kriteria bagi setiap skim tersebut. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada budi bicara jawatankuasa dan keutamaan diberikan kepada mereka yang belum pernah menerima bantuan dalam tahun semasa.
Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
– Dokumen sokongan tidak lengkap atau kabur.
– Pendapatan isi rumah melebihi Had Kifayah yang ditetapkan.
– Pemohon tidak termasuk dalam kategori asnaf yang layak.
– Maklumat yang diberikan tidak benar semasa proses siasatan.
Tidak perlu. Portal e-Bantuan bertujuan untuk memudahkan urusan tanpa kertas. Walau bagaimanapun, anda disarankan menyimpan dokumen asal sekiranya pegawai meminta untuk melihatnya semasa sesi temu bual atau lawatan lapangan.
Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk. Sistem akan menghantar pautan penetapan semula ke alamat emel yang anda gunakan semasa pendaftaran.
Ia bergantung kepada jenis bantuan yang dipohon.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui https://bantuanpbns.sabah.gov.my/ atau datang ke Tingkat 2, Blok B, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Muat turun borang di laman PBNS.




