Skim i-Lestari : Mohon Modal Pembiayaan Hingga RM100,000

KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN: Kemudahan pembiayaan Skim i-Lestari 2022

Untuk memberikan rangsangan kepada usahawan dalam mengembangkan lagi aktiviti perniagaan yang dijalankan, Hijrah Selangor melalui pembiayaan Skim i-Lestari menyediakan modal pembiayaan yang lebih besar dengan syarat mudah, cepat dan tidak membebankan.

Skim i-Lestari

Skim i-Lestari menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan dari RM51,000 sehingga RM100,000 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.

Berikut adalah syarat kelayakan dan syarat-syarat pembiayaan:

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Rakyat Selangor / bermastautin melebihi 5 tahun
  3. Mengundi dalam negeri Selangor
  4. Berumur 18 hingga 65 tahun
  5. Perniagaan sudah beroperasi
  6. Mempunyai premis perniagaan yang khusus
  7. Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan
  8. Mempunyai lesen / permit perniagaan yang sah
  9. Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  10. terlibat secara langsung dalam perniagaan
  11. Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan
skim i-lestari

Syarat Pembiayaan Skim i-Lestari

  1. Had pembiayaan RM51,000 sehingga RM100,000
  2. Tempoh pembiayaan 50 minggu (setahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)
  3. Caj perkhidmatan 8% setahun
  4. Wajib membuat tabungan
  5. Bayar balik secara mingguan / bulanan (tertakluk kepada perubahan semasa)

Cara Permohonan Skim i-Lestari

  1. Layari https://www.hijrahselangor.com/skim-pembiayaan-i-lestari/
  2. Pergi ke menu PERKHIDMATAN
  3. Pilih tab SKIM PEMBIAYAAN i-LESTARI
  4. Sediakan dokumen permohonan seperti berikut:
i-lestari

Latarbelakang Hijrah Selangor

Program Mikro Kredit Bersepadu atau dikenali sebagai SKIM HIJRAH SELANGOR merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015.  Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi HIJRAH SELANGOR memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB.

Dapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:
https://t.me/hijrahselangorofficial

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!