Advertisements

Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022

Advertisements

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2021 LHDN (e-Filing 2022) – KEMASKINI 15 FEBRUARI 2022

LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2021 untuk makluman semua pembayar cukai.

Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tahun 2022 nanti.

Senarai Pelepasan Cukai 2021 (Untuk e-Filing 2022)

1. Pelepasan Individu

  • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / ister / alimoni kepada bekas ister : RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7000

2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6000
  • Gaya hidup : RM2500
    • pembelian bahan bacaan
    • pembelian komputer peribadi
    • telefon pintar / internet
    • pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
    • Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
  • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
    • Pembelian peralatan sukan
    • Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
    • Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
    • Penginapan di premis yang berdaftar
    • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
    • Pembayar cukai wanita sahaja
    • Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
    • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)

3. Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadiakn berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000
    • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)

4. Caruman / Sumbangan

  • Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau
  • Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • PERKESO : RM250
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000

Rujuk jadual penuh Pelepasan Cukai LHDN 2021 :

Tahun Taksiran 2021

Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
1Individu dan saudara tanggungan9,000
2Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)8,000 (Terhad)
3Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)
4Individu kurang upaya6,000
5Yuran pengajian (Sendiri) :Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajianKursus up-skilling atau self-enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 – berkuatkuasa mulai TT 2021 hingga TT 2022. (Terhad 1,000)7,000 (Terhad)
6Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)8,000 (Terhad)
7Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)
8Perbelanjaan suntikan vaksin bagi diri sendiri, pasangan atau anak. Jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah seperti berikut:Pneumococcal;Human papillomavirus (HPV);Influenza;Rotavirus;Varicella;Meningococcal;Kombinasi TDAP (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis); danCoronavirus Disease 2019 (Covid-19)(Terhad 1,000)
9(i) Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak).
(ii) Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak.
(Terhad 1,000)
10Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar (termasuk langganan secara elektronik) dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; danBayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)2,500
(Terhad)
11Gaya hidup khusus – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaanPelepasan ini adalah tambahan kepada pelepasan yang diberikan di bawah item 10.2,500
(Terhad)
12Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)
13Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)
14Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2021 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2021)8,000 (Terhad)
15Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
16Suami / Isteri kurang upaya5,000
17Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,000
18Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
19Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atauberkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.8,000
20Anak Kurang upaya6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.8,000
21Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK yang tidak melalui potongan gajiKategori penjawat awam berpencenPremium insurans nyawaKategori SELAIN penjawat awam berpencenPremium insurans nyawa (Terhad RM3,000)Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)7,000 (Terhad)
22Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2025.3,000 (Terhad)
23Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK yang tidak melalui potongan gaji3,000 (Terhad)
24Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)250 (Terhad)
25Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong(Perbelanjaan yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021)Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan : http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar1,000 (Terhad)
26Pelepasan cukai tambahan gaya hidup khusus berkaitan dengan aktiviti sukan yang dibelanjakan oleh individu bagi:pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak termasuk basikal roda dua bermotor);bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan; danbayaran fi pendaftaran bagi penyertaan apa-apa pertandingan sukan yang mana penganjur tersebut diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.500 (Terhad)

Sumber: https://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=3&bt_unit=1&bt_sequ=1

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Advertisements

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Sila rujuk infografik Ambang Jumlah Pendapatan Individu Yang Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2021 di bawah:

Baca juga: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama

Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
  • Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Tidak Menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan

Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :

  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.

Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan.

Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2021 / 2022

Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2021 / 2022 e-Filing.

Leave a Comment