Permohonan Skim Awal Persekolahan MAINPP 2027

skim awal persekolahan mainpp
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi ibu bapa asnaf yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah pada tahun 2027, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka Skim Awal Persekolahan MAINPP 2027 yang boleh dipohon menerusi borang permohonan di Kaunter Zakat MAINPP yang berhampiran.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim awal persekolahan ini.

Apakah Skim Awal Persekolahan MAINPP?

Skim Awal Persekolahan merupakan salah satu inisiatif tahunan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang disediakan khusus bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang mempunyai anak-anak yang sedang mengikuti persekolahan di peringkat rendah dan menengah.

Objektif utama skim ini adalah untuk memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran, sekali gus membantu meningkatkan taraf sosial keluarga.

Dengan adanya skim ini, ia dapat membantu ibu bapa daripada golongan asnaf untuk melakukan persiapan persekolahan untuk tahun hadapan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan skim ini dibuka mulai 8 Julai 2026 (Rabu) sehingga 7 Ogos 2026 (Jumaat).

Kategori Pelajar Sekolah Layak Memohon

Kategori pelajar sekolah yang layak memohon adalah seperti berikut:

Kategori SekolahKategori PelajarKelahiran
Sekolah RendahPelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 SahajaLahir tahun 2020 – 2015
Sekolah MenengahPelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 SahajaLahir tahun 2014 – 2010

* Pra sekolah / Tadika tidak dipertimbangkan dan pelajar Sekolah KHAS adalah sehingga berumur 17 tahun pada 2027.

    Bilangan Anak & Pendapatan Isi Rumah

    Bilangan anak dan pendapatan isi rumah yang layak memohon adalah seperti berikut:

    Bilangan AnakPendapatan Isi Rumah
    2 orang anak bersekolahRM 1,800.00 dan ke bawah
    3 orang anak bersekolahRM 2,500.00 dan ke bawah
    4 orang anak bersekolahRM 2,750.00 dan ke bawah
    5 orang anak bersekolah dan ke atasRM 3,000.00 dan ke bawah

    * Pelajar IPT tidak dipertimbangkan

    Syarat Kelayakan

    Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia @ Pemastautin Tetap.
    2. Bermastautin di Pulau Pinang 1 tahun dan ke atas.
    3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah (kecuali penerima Skim Bulanan Zakat MAINPP).

    Cara Permohonan

    Tatacara permohonan adalah seperti berikut:

    1. Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran.
    2. Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
    3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
    4. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.

    Dokumen Yang Diperlukan

    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • Salinan kad pengenalan pemohon.
    • Salinan penyata akaun / pengesahan akaun bank.
    • Surat pengesahan belajar bagi setiap anak dari pihak sekolah.
    • Pelajar tahun 1 sesi 2027 – Sila lampirkan surat pendaftaran darjah 1 dari sistem IDME KPM.
    • Slip gaji / pengesahan pendapatan pemohon & isteri.
    • Salinan sijil cerai / sijil kematian / surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal).
    • Surat pengesahan daripada JKM/ PERKESO / Pencen (jika berkenaan).

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Awal Persekolahan MAINPP?

    Skim Awal Persekolahan merupakan salah satu inisiatif tahunan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang disediakan khusus bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang mempunyai anak-anak yang sedang mengikuti persekolahan di peringkat rendah dan menengah.

    Apakah objektif skim awal persekolahan ini diperkenalkan?

    Objektif utama skim ini adalah untuk memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran, sekali gus membantu meningkatkan taraf sosial keluarga.

    Bilakah tarikh permohonan skim awal persekolahan ini dibuka?

    Tarikh permohonan dibuka mulai 8 Julai 2026 (Rabu) sehingga 7 Ogos 2026 (Jumaat).

    Apakah kategori pelajar sekolah yang layak memohon?

    – Pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 : Lahir tahun 2020 – 2015
    – Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 : Lahir tahun 2014 – 2010

    Berapakah jumlah minima bagi anak yang bersekolah untuk memohon skim awal persekolahan ini?

    Ibu bapa mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah kecuali penerima Skim Bulanan Zakat MAINPP.

    Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

    Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat MAINPP yang berhampiran.

    Pertanyaan Lanjut

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Akademik dan Pendidikan, Unit Pendidikan & Dermasiswa, MAINPP

    • Telefon: 04-549 8088 (Samb: 125 / 129 / 155 / 168)
    • WhatsApp: 019-527 2276 / 019-431 9199
    • Emel: [email protected]

    Baca juga: Skim Bantuan Kebajikan & Pendidikan JHEV – Bantuan Persekolahan & Kemasukan IPT

    Follow eCentral di WhatsApp
    Ikut