Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2026

Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026 adalah pada 11 Disember 2026 iaitu hari Jumaat. Hari ini merupakan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor, di mana semua rakyat negeri ini akan diberikan cuti. Untuk mengetahui senarai cuti 2026 dan hari kelepasan am negeri, sila rujuk www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cuti umum Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026.

Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026

Hari Keputeraan Sultan Selangor bagi tahun 2026 akan disambut pada hari Jumaat, 11 Disember 2026. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat, rakyat di negeri Selangor bakal menikmati hujung minggu panjang selama tiga hari berturut-turut sehingga hari Ahad.

Cuti ini merupakan hari kelepasan am rasmi bagi seluruh jabatan kerajaan dan kebanyakan sektor swasta di negeri Selangor sebagai tanda penghormatan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Rujuk jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2026 di bawah:

MUAT TURUN KALENDAR CUTI 2026 & HARI KELEPASAN AM DAN NEGERI 2026

Anda boleh muat turun kalendar cuti 2026 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti setiap negeri bagi tahun 2026:

Sejarah Pelantikan Diraja

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang ke-9 pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422 Hijrah.

Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada 8 Mac 2003 bersamaan 4 Muharram 1424 Hijrah.

Baginda diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang dan adalah putera sulung kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Paduka Bonda Raja Selangor, Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur dan St. John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959 dan melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 sebelum meneruskan pendidikan di Langhurst College, England sehingga tahun 1968.

Baginda kemudian kembali ke tanah air dan berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

hari keputeraan selangor

Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur untuk memperolehi pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang pentadbiran.

Pada September 1960 ketika berusia 15 tahun, Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor, dimasyhurkan dengan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli pada tahun 1970 di Istana Alam Shah, Klang.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah, serta seorang Putera, Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.Pada tahun 1995 hingga 1996, Baginda telah mencipta sejarah apabila melakukan pelayaran mengelilingi dunia di atas kapal layar S.Y Jugra selama 22 bulan.

Pada tahun 1997 pula, Baginda menyertai cabaran memandu kereta vintaj dari Peking ke Paris, yang menjangkau jarak 16,000 kilometer selama 43 hari.

Pada tahun 2001, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga kini. Pada tahun 2012, Kerajaan Perancis telah mengurniakan Baginda dengan pingat Commandeur de la Legion d’Honneur.

Baginda telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Public Administration oleh Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) pada tahun 2001 dan dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun 2002 sehingga kini.

Pada tahun 2018, Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Laws oleh University of Nottingham dan Ijazah Kehormat Doctor of the University oleh Heriot-Watt University.

Pada 31 Ogos 2016, Baginda telah melangsungkan pernikahan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026

Memandangkan cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor ini jatuh pada hari Jumaat, maka bolehlah anda membuat perancangan untuk bejalan-jalan dengan keluarga atau rakan-rakan. Yelah, long weekend kan?

Rujuk kalendar kuda di bawah untuk memudahkan anda.

Senarai Cuti Umum Selangor 2026

Berikut adalah senarai penuh cuti umum bagi negeri Selangor untuk tahun 2026 untuk rujukan rakyat Selangor:

TarikhHariCuti Umum
1 JanKhamisTahun Baru 2026
1 FebAhadHari Thaipusam
2 FebIsninCuti Hari Thaipusam
17 & 18 FebSelasa & RabuTahun Baru Cina
7 MacSabtuHari Nuzul Al-Quran
21 & 22 MacSabtu & AhadHari Raya Aidilfitri
23 MacIsninCuti Hari Raya Aidilfitri
1 MeiJumaatHari Pekerja
27 MeiRabuHari Raya Haji
31 MeiAhadHari Wesak
1 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong / Cuti Hari Wesak
17 JunRabuAwal Muharram
25 OgosSelasaMaulidur Rasul
31 OgosIsninHari Kebangsaan
16 SepRabuHari Malaysia
8 NovAhadHari Deepavali
9 NovIsninCuti Hari Deepavali
11 DisJumaatHari Keputeraan Sultan Selangor
25 DisJumaatHari Krismas

BACA JUGA: Cuti Umum Selangor 2026 – Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

Long Weekend 2026

Bagi tahun 2026, cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026 termasuk salah satu cuti hujung minggu yang panjang kerana ia jatuh pada hari Jumaat. Ini bermaksud, rakyat Selangor akan bercuti selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pada tahun 2026, terdapat sekurang-kurangnya 8 hujung minggu panjang (long weekends) yang melibatkan cuti umum pada hari Jumaat atau Isnin.

Berikut adalah senarai cuti panjang hujung minggu untuk tahun 2026 di Malaysia:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cuti umum Selangor dan cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026, sila rujuk:

Soalan Lazim Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026

Bilakah Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026?

Tarikh rasmi adalah pada 11 Disember 2026, iaitu pada hari Jumaat.

Adakah 11 Disember merupakan tarikh lahir sebenar Sultan Selangor?

Tidak. Mengikut sejarah, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diputerakan pada 24 Disember 1945. Walau bagaimanapun, tarikh 11 Disember telah diwartakan sebagai tarikh rasmi sambutan Hari Keputeraan Baginda bagi negeri Selangor.

Adakah cuti ini terpakai di seluruh Malaysia?

Tidak. Ini adalah Hari Kelepasan Am Negeri. Cuti ini hanya terpakai bagi negeri Selangor sahaja. Pejabat kerajaan, sekolah, dan kebanyakan sektor swasta di dalam negeri Selangor akan bercuti, manakala negeri-negeri lain (termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya) akan bekerja seperti biasa.

Adakah pekerja swasta di Selangor layak mendapat cuti ini?

Ya. Hari Keputeraan Sultan Selangor adalah salah satu daripada lima (5) hari kelepasan am yang wajib diberikan oleh majikan di Selangor di bawah Akta Kerja 1955 (Seksyen 60D). Jika anda dikehendaki bekerja, anda layak mendapat bayaran kadar cuti umum atau cuti ganti.

Mengapa cuti ini dianggap “Hujung Minggu Panjang” (Long Weekend)?

Oleh kerana cuti ini jatuh pada hari Jumaat, warga Selangor secara automatik akan menikmati cuti selama 3 hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu, dan Ahad) tanpa perlu memohon cuti tambahan.

Apakah aktiviti utama yang dilakukan pada hari tersebut?

Biasanya, akan diadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran, bintang, dan pingat di Istana Alam Shah, Klang. Selain itu, solat hajat dan doa selamat juga diadakan di masjid-masjid seluruh negeri untuk kesejahteraan Baginda.