KOMSAS Tingkatan 4: Sinopsis Leftenan Adnan

Bagi pelajar Tingkatan 4 yang ingin mengetahui mengenai penceritaan kseluruhan novel Leftenan Adnan, berikut merupakan sinopsis keseluruhan Leftenan Adnan.

Novel Leftenan Adnan merupakan novel yang dipelajari oleh pelajar Tingkatan 4 untuk Komponen Sastera (KOMSAS).

Pengenalan

Novel Leftenan Adnan merupakan sebuah novel yang dikarang oleh Abdul Talip Latip, seorang penulis yang berasal daripada Rembau, Negeri Sembilan.

Novel Leftenan Adnan secara keseluruhannya adalah mengisahkan kehidupan watak utama di dalam novel ini iaitu Adnan, yang merupakan seorang anggota tentera dalam berjuang untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh Jepun.

Tema Novel Leftenan Adnan

Tema yang diangkat di dalam novel ini adalah keberanian seorang anggota tentera yang berjuang mempertahankan negaranya daripada dijajah oleh kuasa asing.

Sinopsis Leftenan Adnan

Novel Leftenan Adnan mengisahkan tentang Adnan yang merupakan anak muda yang dilahirkan di Sungai Ramal, Selangor, hidup di dalam suasana kemiskinan kampung. Kehidupan mereka bergantung kepada hasil sawah padi dan kebun getah yang cukup-cukup makan sahaja. Adnan dibesarkan oleh kedua ibu dan bapanya iaitu Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan yang merupakan anak sulung mempunyai dua adik-beradik iaitu Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak yang rajin dan taat kepada perintah orang tuanya. Sejak usia sepuluh tahun, beliau membantu orang tuanya di kebun getah setiap pagi.

Moyang kepada Pak Saidi adalah orang buruan Inggeris, maka beliau sengaja merahsiakan keturunan pahlawannya kerana khuatis diburu. Semangat patriotik itu dilihat diwarisi oleh Adnan. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya di kampung justeru beliau memiliki keazaman untuk memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik. Pak Saidi sedar hanya dengan ilmu pengetahuan anak-anaknya boleh menabur bakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Beliau berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris tetapi mendapat tentangan orang kampung kerana risau akan dipengaruhi anasir yang tidak diinginkan.

Adnan telah dihantar untuk bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris dan menjadi seorang peljar yang disenangi oleh rakan-rakan serta guru kerana sikapnya yang rajin dan pintar. Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya, sebaliknya cita-cita Adnan adalah untuk menjadi seorang Askar. Tersebar berita tentera British ingin menubuhkan askar Melayu yang terdiri daripada anak-anak Melayu. Selepas mendapat restu ayah dan ibunya, Adanan serta beberapa pemuda kampungnya menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson.

Dengan kesungguuhan menjalani latihan ketenteraan, Adnan berjaya direkrut ke dalam pasukan Askar Melayu. Beliau ditugaskan untuk ke Singapura, kemudian menerima kenaikan pangkat sebagai Sarjan seterusnya terpilih untuk menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama selepas itu, Adnan dinaikkan pangkat sebagai seorang Leftenan dan telah berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia. Hasil perkahwinannya melahirkan tiga orang zuriat dan mereka menetap di Pasir Panjang, Singapura di Kern Rejimen Askar Melayu.

Apabila Perang Dunia kedua mula berlaku, terdapat ura-ura bahawa Jepun akan menyerang Singapura. Leftenan Adnan mengambil keputusan menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung mereka demi keselamatan keluarganya. Askar Jepun telah pun berjaya mendarat di Kelantan dan menyebabkan ramai Askar Melayu tumpas dan terkorban. British juga tidak berjaya untuk menghalang pergerakan Askar Jepun untuk mendarat di Tanah Melayu pada ketika itu kerana aset ketenteraan seperti kapal perang telah diserang terlebih dahulu. Pihak British ketika itu yakin kubu pertahanannya di Singapura kebal daripada serangan Askar Jepun. Namun, seramai 42 anggota Rejimen Askar Melayu telah terkorban termasuk Leftenan Adnan yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Jepun berjaya menakluki Singapura tetapi tidak lama setelah Amerika Syarikat mengebom pangkalan tentera Jepun di Hiroshima. British kembali memerintah Tanah Melayu.

Rujuk : Komsas Bitara KSSM | Kupasan & Kajian | Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!