Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 Akademi Perikanan Malaysia

Berminat untuk menyambung pengajian di Akademi Perikanan Malaysia di Chendering, Kuala Terengganu?

Berita baik. Permohonan program Sijil Perikanan Malaysia 2019 kini dibuka.

Yang menariknya pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

Pelajar tidak perlu memohon sebarang pinjaman seperti PTPTN atau HPIPT memandangkan kos pengajian ditanggung sepenuhnya termasuk makan / minum dan penginapan percuma disediakan sepanjang pengajian.

Permohonan telah pun dibuka pada 1 Ogos lalu sehingga tarikh tutup pada 31 Oktober 2019.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Sijil Perikanan 2019

Sijil Perikanan merupakan program lepasan SPM bertujuan memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu:

  1. Perikanan Tangkapan
  2. Akuakultur
  3. Biosekuriti
  4. Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai

Tempoh pengajian selama 4 semester (2 tahun) dan program ini mendapat kelulusan MQA.

Antara objektif utama Sijil Perikanan ialah:

  • Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenuhi tenaga kerja sektor kerajaan dan swasta
  • Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan

Banyak peluang pekerjaan yang boleh anda ceburi berbekalkan sijil ini, antaranya:

  • Usahawan Produk Perikanan
  • Pengurus Akuakultur
  • Penyelia Dalam Industri Perikanan
  • Usahawan Perikanan Laut Dalam

Syarat Kelayakan

Berikut antara syarat kelayakan bagi mengikuti progam Sijil Perikanan 2019:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau (hingga 45 tahun bagi pegawai kerajaan)
  • Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
    a) Lulus Bahasa Melayu
    b) Lulus Matematik & Sains
  • Berjaya dalam temuduga yang dijalankan
  • Sihat tubuh badan

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, maka anda boleh mengisi borang permohonan online di http://epengambilan.dof.gov.my/

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah:

  1. Asrama penginapan disediakan
  2. Yuran pengajian adalah percuma
  3. Makan – minum ditanggung
  4. Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA
  5. Elaun Bulanan Pelajar RM200 sebulan

Program Pengajian

Seperti dimaklumkan, tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Berikut struktur program pengajian Sijil Perikanan 2019 mengikut semester.

Semester 1

  • Pengenalan Perikanan
  • Teknik Pengembangan
  • Biologi Ikan
  • Pengenalan Akuakultur
  • Pengenalan Pengurusan Sumber Perikanan
  • Pengajian Malaysia 1
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
  • English 1

Semester 2

  • Ekosistem Akuatik
  • Limnologi Dan Oseanografi
  • Teknologi Peralatan Perikanan
  • Teknologi Pengendalian Ikan
  • Teknologi Pemakanan Ikan
  • Pengurusan Kualiti Air Dan Tanah
  • Prinsip Perakaunan
  • English 2

Semester 3

  • Polisi Perikanan
  • Perkapalan Dan Pelayaran
  • Teknologi Pembenihan Ikan
  • Teknologi Ternakan Ikan
  • Kemahiran Berfikir
  • Keselamatan Makanan
  • Ekonomi Malaysia

Semester 4

  • Pemprosesan Dan Kawalan Kualiti Produk Perikanan
  • Pengurusan Kesihatan Ikan
  • Komunikasi Dan Pengucapan Awam
  • Kemahiran Keusahawanan
  • Pengurusan Dan Pemuliharaan Sumber Perikanan
  • Pengawalseliaan Sumber Perikanan
  • Asas Statistik Dan Penyelidikan
  • Latihan Industri

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi talian 03-8870 4601

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!