Permohonan HPIPT Selangor 2019: Hadiah Pengajian IPT RM1,000

Nak mohon HPIPT Selangor 2019?

Berikut dikongsikan panduan permohonan hadiah RM1,000 khas untuk anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam / swasta.

Permohonan terbuka kepada semua anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda.

Syarat Kelayakan

Berikut senarai syarat kelayakan terkini untuk memohon HPIPT ini. Antaranya:

  • Mestilah Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun
  • Pemohon mestilah telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
  • Hanya terbuka untuk pelajar tahun pertama sahaja
  • Memiliki sijil SPM
  • Dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan

Namun pelajar Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, wang RM1,000 akan dikreditkan ke akaun yang telah dinyatakan dalam borang permohonan.

Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

Semakan status pembayaran boleh dibuat secara online melalui laman web Sistem Permohonan HPIPT di https://hpipt.selangor.gov.my/

Bagi yang tidak layak, anda boleh pertimbangkan Wang Pendahuluan RM1,500 dari PTPTN.

Baca juga: Permohonan Program Dermasiswa B40 Untuk Program Diploma / Sijil

Proses Permohonan HPIPT Selangor 2019

Permohonan HPIPT Selangor boleh dibuat secara online di laman web rasmi HPIPT.

Setiap permohonan perlu disertakan beberapa lampiran dokumen seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon
  • Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia
  • Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan
  • Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan
  • Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5)
  • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN /   Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok /   Pengerusi KRT; atau
  • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)
  • Salinan Penyata Akaun Bank pemohon

Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dihantar ke alamat:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut berkaitan HPIPT, anda boleh hubungi talian 03- 5544 7385 / 03-5521 2306

Leave a Comment