Berikut dikongsikan cara login PTPTN untuk semak nombor pinjaman dan membuat bayaran balik PTPTN secara online.
Tahukah anda setiap peminjam perlu mula membayar balik pinjaman mereka selepas 12 bulan tamat pengajian.
Peminjam tidak perlu menunggu notis (emel / surat) dari PTPTN untuk memulakan proses bayaran balik memandangkan penyata baki pinjaman boleh disemak secara online sahaja.
Kos upah atau lebih dikenali sebagai Ujrah akan dikenakan bermula bulan ke-13.
Tempoh bayaran balik PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman masing-masing.
Jumlah Prinsipal Ujrah | Tempoh Bayaran Balik |
RM10,000 dan ke bawah | 5 tahun |
Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 | 10 tahun |
Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 | 15 tahun |
Melebihi RM50,000 | 20 tahun |
Baca juga: Permohonan Program Dermasiswa B40 Dibuka
Pertukaran Ujrah
Pertukaran Ujrah 1% terbuka kepada semua peminjam kecuali:
Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Wajib join Telegram kami sekarang di https://t.me/ecentral
- Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
- Peminjam yang telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
Namun untuk membolehkan proses pertukaran Ujrah dibuat, pastikan anda sudah menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu.
Bagi anda yang ingin memanjangkan tempoh bayaran balik, sila kemukakan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).
Had umur maksimum bagi bayaran balik PTPTN adalah 60 tahun.
Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat secara online atau di kaunter-kaunter PTPTN berhampiran.
Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Hanya empat (4) jenis kategori peminjam yang layak membuat penangguhan bayaran balik PTPTN iaitu:
- Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu (Diploma) dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa (Ijazah)
- Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara
- Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester)
- Tidak bekerja
Penangguhan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan penangguhan.
Namun perlu diingatkan kos upah masih dikenakan sepanjang tempoh penangguhan yang akan ditetapkan oleh PTPTN.
Peminjam yang ingin membuat penangguhan bayaran juga perlu sediakan beberapa dokumen lain seperti berikut:
- Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
- Surat akuan sumpah tidak bekerja;
- Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.
Penangguhan bayaran balik PTPTN tidak mengecualikan PTPTN daripada menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).
PTPTN berhak membatalkan penangguhan sekiranya peminjam didapati menerima gaji / elaun dalam tempoh penangguhan.
PTPTN Login
Sila ke PTPTN Login untuk semakan penyata pinjaman terkini anda.
