Sijil Darjah Enam Agama SDEA 2024/2025: Jadual Peperiksaan
Tahukah anda, selain UPKK, terdapat penilaian yang dilaksanakan di peringkat negeri yang berbeza dengan amalan kebangsaan.
Misalnya di Selangor, pelajar aliran sekolah agama menduduki peperiksaan dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang diduduki murid Tahun Enam. PSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).
Di Johor, peperiksaan untuk sekolah agamanya dikenali sebagai Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), di Perak ia dinamakan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) dan di Wilayah Persekutuan pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).
Secara keseluruhannya, walaupun mempunyai kepelbagaian bentuk nama penilaian namun objektif masih menuju ke matlamat yang sama iaitu menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SDEA dan jadual peperiksaan SDEA untuk sesi 2024/2025.
Tarikh Peperiksaan
Untuk makluman, peperiksaan bertulis Sijil Darjah Enam Agama Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 berlangsung pada tarikh berikut:
30 DISEMBER 2024 SEHINGGA 2 JANUARI 2025
Sila rujuk jadual peperiksaan dalam lampiran di bawah.
Jadual Peperiksaan SDEA Sesi 2024/2025
Berikut dilampirkan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Darjah Enam Agama untuk murid-murid sesi persekolahan 2024/2025.
Semakan Keputusan
Keputusan SDKA biasanya diumumkan sekitar bulan April – Jun. Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila layari Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
BACA JUGA: