Zaman sekarang kalau tak pandai cari cara berjimat, memang poket cepat kering. Lebih-lebih lagi untuk korang yang masih bergelar student atau belia yang baru nak mulakan hidup.
Keperluan harian, buku rujukan, baju kelas, semua nak pakai duit.
Tapi korang tahu tak? Sebenarnya Shopee Malaysia ada satu program keahlian yang berbaloi, khas untuk golongan muda, iaitu Shopee For Youth.
Shopee For Youth ini adalah satu program keahlian percuma yang bakal buat korang tersenyum lebar setiap kali check out barang!
Jom kita tengok apa yang best dan macam mana nak sertai Shopee For Youth ini.
Apa Itu Shopee For Youth?
Shopee For Youth ialah program keahlian yang direka untuk memberi pengguna muda dan pelajar yang layak akses kepada keistimewaan eksklusif, promosi, dan ganjaran khusus ahli di Shopee.
Ia boleh disertai secara 100% percuma ini menyasarkan kelompok belia berumur 18 hingga 24 tahun serta para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang aktif di seluruh negara.
Melalui keahlian ini, para pengguna muda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan gaya hidup yang menarik termasuklah penebusan ganjaran popular seperti kopi ZUS percuma, akses langganan ShopeeVIP pada harga serendah RM1 sebulan, serta pelbagai jenis baucar diskaun harian dan potongan harga eksklusif di Shopee.
Pengguna hanya perlu mengesahkan umur menggunakan MyKad atau emel pelajar rasmi universiti masing-masing terus melalui aplikasi Shopee mereka.
Keistimewaan Shopee For Youth
Kalau korang ingatkan ini sekadar keahlian biasa, korang silap besar. Ini antara perks eksklusif yang korang boleh dapat secara percuma:
1. Kopi ZUS Free!
Siapa kat sini hantu kopi?
Korang boleh tebus baucar ZUS Coffee secara percuma apabila berjaya mendaftar Shopee For Youth. Sambil-sambil study atau buat assignment tu, boleh layan Zus tanpa keluar duit sesen pun!
Cara nak tebus bila dah daftar Shopee For Youth, anda boleh rujuk cara tebus Zus Coffee di bawah:




2. Langgan ShopeeVIP Dengan Harga RM1
Mahu ganjaran berganda?
Pengguna biasa kena bayar harga penuh untuk jadi ShopeeVIP, tapi untuk ahli SFY ini, korang boleh langgan pada harga RM1 sebulan sahaja untuk tahun pertama. Automatik dapat lebih banyak baucar pulangan tunai (coins cashback) dan potongan harga kaw-kaw!

3. Diskaun & Free Delivery Di ShopeeFood
Ini berita paling gembira untuk kaki makan!
Melalui langganan ShopeeVIP RM1 tadi, korang secara automatik akan dapat akses kepada pelbagai baucar, potongan harga makanan dan penghantaran percuma (Free Delivery) di ShopeeFood.

4. Zon Baucar Eksklusif & Rakan Niaga
Korang akan dapat akses kepada zon baucar khas yang hanya boleh dilihat oleh ahli sahaja. Ini termasuklah kupon penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum yang tinggi, diskaun khas dan macam-macam lagi!
Siapa yang Layak?
Shopee For Youth terbuka kepada:
- Pengguna yang layak berumur 18–24 tahun, berdasarkan tarikh lahir; dan
- Pelajar pengajian tinggi yang layak dan berjaya melengkapkan Pengesahan Emel Pelajar.
Kelayakan adalah tertakluk kepada keperluan program dan pengesahan yang berjaya.
Cara Daftar Shopee For Youth (100% Percuma!)
Berikut adalah langkah demi langkah cara mendaftar program Shopee For Youth secara percuma terus melalui telefon pintar anda:
- Layari pautan rasmi Shopee For Youth di https://shopee.com.my/m/Join-ShopeeYouth atau buka aplikasi Shopee anda.
- Klik Verify Now pada banner di halaman tersebut. Anda boleh pilih untuk verify menggunakan emel pelajar atau mykad.
- Pengesahan MyKad – menggunakan MyKad Malaysia anda dan swafoto memegang MyKad; atau
- Pengesahan Emel Pelajar – menggunakan alamat emel pelajar yang sah.
- Tunggu kelulusan pihak Shopee (biasanya mengambil masa beberapa minit hingga 3 hari bekerja).
Anda boleh menyemak status keahlian anda di mikrosite Shopee For Youth. Jika keahlian anda berjaya diaktifkan, bahagian atas akan memaparkan: Keahlian Shopee For Youth anda adalah AKTIF. Nikmati ganjaran eksklusif!”
Bila pendaftaran dah sah, korang boleh mula tebus Zus Coffee percuma dan pelbagai ganjaran lain.

Program Affliate ‘Refer & Earn RM5’
Bukan takat boleh berjimat ja, korang pun boleh buat duit poket tepi dengan Shopee For Youth ni!
Melalui kolaborasi bersama Shopee Affiliates, ahli yang berumur 18 hingga 24 tahun boleh buat duit dengan cara ajak kawan-kawan join sekali.
Macam mana cara nak buat duit RM5 ni?
- Dapatkan Kod: Ambil kod rujukan (referral code) unik korang dekat bahagian Shopee Affiliates.
- Ajak Kawan & Adik-Beradik: Share kod tu dekat kawan-kawan universiti atau adik-beradik korang yang juga berumur 18-24 tahun.
- Untuk setiap orang yang korang berjaya ajak daftar bawah kod korang, korang akan dapat RM5 tunai bagi setiap rujukan yang berjaya!
*Sila semak terma & syarat.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Shopee For Youth
Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee For Youth, sila rujuk:
- Portal rasmi Shopee
- FAQ Shopee For Youth
Soalan Lazim
Bergantung pada kelayakan anda, anda mungkin diminta untuk melengkapkan:
– Pengesahan MyKad – menggunakan MyKad Malaysia anda dan swafoto memegang MyKad; atau
– Pengesahan Emel Pelajar – menggunakan alamat emel pelajar yang sah.
Ikuti kaedah pengesahan yang dipaparkan kepada anda semasa pendaftaran.
Untuk Pengesahan MyKad, sila sediakan:
– MyKad Malaysia yang sah
– Foto MyKad anda yang jelas
– Swafoto memegang MyKad anda
Buat masa ini tiada fungsi khas untuk memaparkan status pengesahan MyKad anda. Walau bagaimanapun, jika anda menyerahkan pengesahan melalui laluan Pengesahan MyKad, anda boleh menyemak status anda melalui halaman pengesahan umur. Halaman ini juga boleh diakses melalui laman akses Shopee For Youth yang sama.
Domain emel universiti anda mungkin belum dimasukkan ke dalam senarai yang diluluskan. Sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee dan berikan:
– Nama universiti
– Domain emel pelajar
– Tangkapan skrin (screenshot) ralat, jika ada
Ya. Jika penyerahan anda sebelum ini tidak berjaya dan penyerahan semula dibenarkan, anda boleh mencuba semula dalam akaun Shopee yang sama.
Untuk Pengesahan MyKad, anda boleh mencuba semula sehingga 5 kali sehari. Jika anda mencapai had harian, sila cuba lagi pada hari berikutnya.
Setelah maklumat peribadi anda berjaya disahkan dan didaftarkan untuk Shopee For Youth, maklumat yang sama tidak boleh digunakan untuk mendaftar Shopee For Youth pada akaun Shopee yang lain.
Tidak. Maklumat yang diserahkan untuk pengesahan mestilah milik pemegang akaun Shopee tersebut. Menggunakan identiti atau maklumat pelajar orang lain boleh menyebabkan kegagalan pengesahan atau pembatalan kelayakan daripada program.
Ya. Tiada yuran keahlian dikenakan untuk menyertai Shopee For Youth. Hanya lengkapkan pendaftaran dan pengesahan yang diperlukan untuk menikmati manfaat yang tersedia bagi ahli yang layak.
Ahli Shopee For Youth boleh menikmati promosi eksklusif, baucar, dan ganjaran khas ahli. Manfaat boleh berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada Terma & Syarat masing-masing.
Sebaik sahaja kod anda sedia, anda akan menerima pemberitahuan Shopee dan emel. Anda juga boleh mengakses halaman Shopee For Youth untuk melihat semula baucar/kod ganjaran anda.
Pelajar yang layak boleh mendaftar melalui aliran Pengesahan Emel Pelajar, tertakluk kepada kriteria kelayakan pelajar program dan pengesahan yang berjaya.




