Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta di Malaysia sebenarnya sangat banyak dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis permohonan kerja.

Kebanyakan platform carian kerja menggunakan sistem ATS (Applicant Tracking System – ATS), AI Job Matching Engines, Bot Saringan Awal dan pelbagai kaedah terkini untuk menyaring calon yang sesuai dengan kerja kosong yang ditawarkan serta benar-benar berkelayakan.

Sebagai pencari kerja, pemilihan platform pencarian kerja yang betul amat penting untuk memastikan permohonan anda boleh sampai ke penilaian akhir dan membuka peluang untuk diterima bekerja.

Senarai Website Cari Kerja di Malaysia (2026)

Berikut dikongsikan senarai lengkap laman web cari kerja kosong terbaik di Malaysia yang merangkumi sektor kerajaan, swasta, jawatan profesional, kerja sambilan (part-time), sehinggalah ke bidang freelance untuk rujukan anda.

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah portal tunggal rasmi yang menguruskan urusan pelantikan jawatan tetap dan kontrak bagi seluruh perkhidmatan awam persekutuan.

Log masuk perlu menggunakan MyDigital ID.

  • Sesuai Untuk: Warganegara Malaysia (lepasan SPM, Diploma, Ijazah) yang ingin berkhidmat sebagai penjawat awam di kementerian atau jabatan kerajaan.
  • Pautan Rasmi: Sistem SPA9
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) adalah agensi pusat dan pihak berkuasa melantik yang menguruskan pengambilan, pengesahan, dan perkhidmatan anggota sektor pendidikan negara di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

  • Sesuai Untuk:
    • Graduan Pendidikan (Ikhtisas): Mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan diutamakan dan mempunyai laluan lantikan tetap untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
    • Graduan Bukan Pendidikan: SPP turut membuka pengambilan khas bagi graduan bukan pendidikan untuk menjadi guru menerusi lantikan kontrak atau Contract of Service (COS) apabila diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
    • Jawatan Bukan Guru: SPP turut menguruskan pelantikan bagi anggota perkhidmatan sokongan dalam sektor pendidikan seperti Pembantu Tadbir dan jawatan sokongan lain.
  • Pautan Rasmi: SPP Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

3. Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN / SUK)

Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ialah portal rasmi yang menguruskan pengambilan kakitangan awam di peringkat kerajaan negeri masing-masing.

Berbeza dengan portal SPA9 Persekutuan yang menawarkan kerja di kementerian dan jabatan persekutuan (seperti LHDN atau PDRM), portal SPN/SUK ini khusus untuk mereka yang mahu bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pejabat daerah, majlis perbandaran (PBT), atau badan berkanun negeri.

  • Sesuai Untuk: Calon yang ingin bekerja sebagai penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri tertentu.
  • Pautan Rasmi Contoh Negeri: Carian boleh dibuat mengikut nama SUK negeri masing-masing
  1. Selangor: Portal Sistem eSPNS
  2. Johor: Portal Sistem eSPAJ (atau dahulunya SPAN Johor)
  3. Kedah: Portal Sistem SPA Kedah
  4. Perak: Portal Sistem SPA Perak
  5. Pahang: Portal Sistem e-SPANP 2.0
  6. Terengganu: Portal Sistem SPNTRe (melalui portal utama SPN Terengganu)
  7. Kelantan: Portal Sistem eSPN Kelantan
  8. Sabah: Portal SPANS
  9. Sarawak: Portal Sistem e-Recruitment Sarawak

4. MYFutureJobs

MYFutureJobs adalah portal pekerjaan yang ditadbir oleh PERKESO di bawah Kementerian Sumber Manusia. Portal ini menjadi nadi utama pemadanan pasaran buruh negara dan penempatan skim kontrak pendek kerajaan (seperti MySTEP).

  • Sesuai Untuk: Semua pencari kerja tempatan (daripada graduan baharu sehinggalah pekerja berpengalaman) yang mencari peluang dalam sektor korporat, GLC, dan agensi awam.
  • Pautan Rasmi: MYFutureJobs PERKESO

5. JobStreet by SEEK

Jobstret ialah platform pekerjaan swasta dengan pangkalan data majikan korporat dan profil calon terbesar di Malaysia. Platform ini menggunakan algoritma canggih berasaskan teknologi SEEK untuk memadankan jangkaan gaji, lokasi, dan kemahiran teknikal.

  • Sesuai Untuk:
    • Graduan Baharu (Fresh Graduates): Banyak syarikat korporat besar mengiklankan program latihan pengurusan (Management Trainee) atau jawatan peringkat kemasukan (entry-level) di sini.
    • Golongan Profesional & Eksekutif: Ada pelbagai jenis tawaran untuk jawatan pengurusan, eksekutif junior/senior, jurutera, akauntan, bidang IT, pemasaran, sumber manusia (HR) dan sebagainya.
    • Pekerja Berpengalaman (Experienced Hires): Jika anda mahu melompat kerjaya (career jump) demi kenaikan pangkat atau ganjaran gaji yang lebih baik, algoritma SEEK AI boleh membantu memadankan kemahiran anda dengan permintaan majikan.
  • Pautan Rasmi: JobStreet Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!
Sumber: Jobstreet

6. LinkedIn

Ramai yang masih belum tahu, sebenarnya LinkedIn juga salah satu platform cari kerja yang berguna untuk mendapatkan kerja.

Platform ini membolehkan anda membina resume digital interaktif, berkongsi pencapaian kerjaya, dan membina hubungan (networking) terus dengan pengurus sumber manusia (HR) syarikat antarabangsa.

  • Sesuai Untuk:
    • Pencari kerja yang ingin menarik perhatian agensi perekrut atau berinteraksi terus dengan HR/bahagian pengambilan pekerja
    • Individu yang mencari kerja sebagai freelancer
    • Graduan baharu dan sebagainya.
  • Pautan Rasmi: LinkedIn Jobs
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

7. Indeed Malaysia

Indeed Malaysia ialah enjin carian agregat (job aggregator) yang berfungsi mengumpulkan (scraping) dan memaparkan semula iklan jawatan kosong daripada ribuan laman web korporat lain di internet dalam satu paparan ringkas.

  • Sesuai Untuk:
    • Pencari Kerja Swasta & Multinasional (MNC): Platform ini sangat popular digunakan oleh syarikat gergasi luar negara atau jenama antarabangsa yang mempunyai cawangan operasi di Malaysia untuk memburu bakat tempatan.
    • Calon yang Mahu Menjimatkan Masa: Sesuai untuk sesiapa sahaja yang tidak mahu membuka terlalu banyak laman web berasingan kerana pangkalan data Indeed merangkumi hampir sebahagian besar pasaran luar.
  • Pautan Rasmi: Indeed Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta

8. Glassdoor Malaysia

Glassdoor Malaysia adalah platform yang memaparkan ulasan jujur (anonymous reviews) daripada pekerja sedia ada atau bekas pekerja mengenai budaya syarikat dan data anggaran tangga gaji sebenar.

Selain itu, ia juga mempunyai ruangan carian kerja kosong yang diintegrasikan terus dengan profil syarikat terbabit.

  • Sesuai Untuk:
    • Pencari Kerja Sektor Swasta & Korporat: Sesuai untuk calon yang menyasarkan syarikat multinasional (MNC), syarikat tersenarai awam (Bursa Malaysia), syarikat IT, dan PKS (SME) berskala besar.
    • Calon yang Mahu Mengetahui Anggaran Gaji: Sesuai untuk pencari kerja yang tak pasti untuk meletakkan “expected salary” di dalam resume mereka supaya nilai yang diminta sepadan dengan kadar pasaran sebenar syarikat tersebut.
    • Calon yang Mendapat Tawaran Kerja: Sesuai untuk individu yang baru menerima tawaran kerja (job offer) dan mahu membuat pertimbangan sama ada syarikat tersebut mempunyai persekitaran yang sihat atau toksik.
    • Individu yang Bakal Menghadiri Temuduga: Sangat berguna kepada calon yang mahu membuat persediaan awal dengan membaca pengalaman temuduga orang lain di syarikat yang sama untuk mengurangkan rasa gemuruh.
  • Pautan Rasmi: Glassdoor
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

9. Maukerja Malaysia

Maukerja Malaysia juga salah satu website cari kerja yang popular di Malaysia. Anda hanya perlu muat naik resume untuk memohon.

  • Sesuai Untuk:
    • Lepasan Sekolah & Graduan: Sesuai untuk lepasan SPM, STPM, Sijil, dan Diploma yang mahu mencari pengalaman kerja awal.
    • Pencari Kerja Sektor Operasi (Non-Executive): Pilihan terbaik bagi individu yang mencari jawatan seperti pembantu tadbir, kerani, khidmat pelanggan (customer service), promoter, krew restoran, dan juruwang.
    • Pencari Kerja Mengikut Lokasi Setempat: Sesuai untuk calon yang mahu menapis iklan kerja yang dekat dengan kawasan perumahan atau bandar tempat tinggal mereka.
  • Pautan Rasmi: Maukerja
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

10. Hiredly

Hiredly dahulunya dikenali sebagai WOBB memfokuskan kepada ketelusan budaya tempat kerja. Majikan diwajibkan memaparkan visual dan foto dalaman pejabat syarikat agar calon mendapat gambaran suasana kerja sebenar.

  • Sesuai Untuk: Pencari kerja yang terdiri daripada golongan pemula kerja (entry-level), lepasan SPM, Diploma, serta pemegang Ijazah Sarjana Muda.
  • Pautan Rasmi: Hiredly Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

11. FastJobs Malaysia

Platform carian kerja yang direka untuk pasaran kerja bukan eksekutif di Malaysia. Sistem ini memfokuskan kepada konsep pengambilan segera (urgent hiring) untuk mengisi kekosongan jawatan harian, mingguan, atau bulanan.

  • Sesuai Untuk:
    • Pencari Kerja Sambilan (Part-Time): Sesuai untuk pelajar universiti atau individu yang ingin mencari pendapatan tambahan mengikut keselesaan masa mereka.
    • Lepasan SPM, STPM & Diploma: Sesuai untuk golongan muda yang tidak mempunyai pengalaman kerja yang luas tetapi mahu penempatan kerja yang pantas.
    • Sangat sesuai untuk calon yang mencari jawatan seperti krew restoran (F&B), promoter acara, operator kilang, juruwang, penunggang pusingan penghantaran, dan pengawal keselamatan.
  • Pautan Rasmi: FastJobs Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

12. GRADUAN

Platform kerjaya pasaran premium terkemuka di Malaysia yang memfokuskan kepada transisi pasca-universiti. Terkenal sebagai penganjur ekspo kerjaya terbesar (GRADUAN ASPIRE) serta portal penempatan program elit korporat (Management Trainee).

  • Sesuai Untuk: Graduan baharu (fresh graduates), mahasiswa yang mencari tempat latihan industri (internship), dan profesional muda.
  • Pautan Rasmi: GRADUAN
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

13. Ricebowl (Ricebowl.my)

Platform carian kerja yang menggunakan sistem penapis berteknologi AI untuk menyemak resume calon, serta menyemak trend pasaran gaji semasa di Malaysia.

  • Sesuai Untuk:
    • Pencari kerja yang terdiri daripada golongan pemula kerja (entry-level), lepasan SPM, Diploma, serta pemegang Ijazah Sarjana Muda.
  • Pautan Rasmi: Ricebowl Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

14. eCariKerja.my

Portal yang mengumpulkan dan menapis ribuan iklan peluang pekerjaan harian daripada agensi kerajaan, badan berkanun, GLC, dan program latihan siswazah.

  • Sesuai Untuk:
    • Sangat sesuai untuk individu yang mahu mencari jawatan kosong daripada kementerian/jabatan kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan sektor swasta secara serentak dalam satu hub.
    • Menyediakan pilihan jawatan yang meluas dari peringkat kelayakan paling asas (seperti SPM dan Diploma) hinggalah ke peringkat profesional
  • Pautan Rasmi: eCariKerja.my
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

15. Careerjet Malaysia

Portal carian kerja yang mengimbas, mengumpul, dan menyatukan jutaan iklan jawatan kosong daripada beribu-ribu laman web syarikat, agensi rekrutmen, dan papan kerja (job boards) di seluruh internet Malaysia ke dalam satu platform.

  • Sesuai Untuk:
    • Sesuai untuk individu yang mahu melihat pasaran kerja secara menyeluruh tanpa perlu melawat puluhan laman web syarikat satu demi satu.
    • Sesuai untuk pencari kerja yang terdiri daripada golongan pemula kerja (entry-level), lepasan SPM, Diploma, pemegang Ijazah Sarjana Muda serta individu berpengalaman.
  • Pautan Rasmi: Careerjet Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

16. Foundit

Foundit Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Monster) ialah sebuah portal pekerjaan global dan pangkalan data resume yang menghubungkan pencari kerja dengan agensi rekrutmen serta syarikat multinasional.

  • Sesuai Untuk:
    • Sesuai untuk pencari kerja yang terdiri daripada golongan pemula kerja (entry-level), lepasan SPM, Diploma, pemegang Ijazah Sarjana Muda serta individu berpengalaman.
    • Individu yang mahu mencari kerja luar negara secara remote/freelancer dan sebagainya
  • Pautan Rasmi: Foundit Malaysia
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

17.Upwork & Fiverr (Freelance & Remote Job)

Upwork dan Fiverr adalah dua platform pasaran kerja bebas (freelance) dan kerja jarak jauh (remote job) terbesar di dunia.

Pencari kerja perlu membina portfolio digital yang kukuh untuk menjana pendapatan dalam mata wang asing (USD) secara fleksibel dari rumah.

  • Sesuai Untuk:
    • Sesuai untuk lulusan universiti atau pekerja mahir yang mempunyai sijil/portfolio dalam bidang tertentu
    • Sesuai untuk individu yang ingin menjadi freelancer atau mencari kerja secara remote
  • Pautan Rasmi: Upwork dan Fiverr
Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta - Pencari Kerja Wajib Tahu!

18. Laman Web Rasmi Syarikat

Memohon terus (Direct Application) melalui portal kerjaya rasmi syarikat-syarikat ternama adalah salah satu cara terbaik untuk mengelakkan persaingan sengit lambakan resume di platform kerja umum seperti JobStreet atau Indeed.

Soalan Lazim Senarai Website Cari Kerja Kerajaan dan Swasta

Adakah semua platform cari kerja ini percuma untuk digunakan?

Ya, pendaftaran akaun dan penghantaran resume untuk pencari kerja adalah percuma sepenuhnya. Platform hanya mengenakan bayaran kepada syarikat yang mahu menyiarkan iklan atau akses pangkalan data calon.

Apakah fungsi utama sistem ATS (Applicant Tracking System)?

Saringan automatik. Sistem komputer ini digunakan oleh syarikat besar untuk membaca kata kunci (keywords) pada resume anda secara automatik sebelum meluluskannya kepada pegawai HR.

Mana lebih baik, mohon di portal cari kerja atau terus di laman web rasmi syarikat?

Memohon terus di laman web rasmi syarikat adalah lebih baik kerana resume anda masuk terus ke dalam pangkalan data mereka tanpa melalui pihak ketiga.

Apakah beza utama antara portal SPA9 dengan portal SPN/SUK Negeri?

SPA9 adalah untuk jawatan kerajaan pusat (Persekutuan) di seluruh Malaysia. Portal SPN/SUK pula khusus untuk perjawatan di bawah kerajaan negeri dan majlis perbandaran tempatan sahaja.

Apakah tanda-tanda utama iklan kerja penipuan (scam)?

Syarikat meminta anda membayar sejumlah wang wang pendahuluan untuk latihan/pendaftaran, atau mereka menggunakan emel domain percuma (seperti Gmail/Yahoo) bagi pihak syarikat rasmi.

Penulis