Senarai Taska Di Malaysia & Kadar Yuran Terkini (2023)

Senarai Taska Di Malaysia

TASKA atau Taman Asuhan Kanak-Kanak diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan serta perkembangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis TASKA yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?

JKM telah meletakkan pelbagai syarat serta kriteria yang perlu dipatuhi pengusaha TASKA bagi menjamin standard serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Ini juga penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak-anak jagaan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai senarai taska di Malaysia secara lebih lanjut.

Baca Juga : Checklist Barang Ke Taska: 15 Item Wajib Bawa

Jenis Taska di Malaysia

Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Kebajikan Malaysia, terdapat 4 kategori TASKA iaitu :

1.      TASKA Institusi

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

2.       TASKA di Tempat Kerja

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.

3.       TASKA Komuniti

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

4.       TASKA Di Rumah

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri.

Selain itu, TASKA KEMAS juga adalah satu lagi pusat jagaan kanak-kanak yang dipercayai ramai ibu-bapa.

Senarai Taska di Malaysia

Anda boleh semak senarai taska di Malaysia mengikut kategori seperti berikut :

Harga Yuran Taska Terkini

Berdasarkan perkongsian daripada laman web rasmi  KEMAS, harga yuran Taska KEMAS adalah seperti berikut :

Untuk ketahui harga yuran terkini bagi TASKA Institusi,  TASKA Komuniti, Taska di Tempat Kerja dan TASKA di Rumah, sila rujuk atau hubungi pusat TASKA terdekat.  

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai taska yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), sila rujuk pada pusat TASKA berhampiran.

Anda juga boleh layari laman web berkaitan di bawah untuk informasi lanjut :

 Portal Rasmi KEMAS

Jabatan Kebajikan Malaysia (Kanak-Kanak)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!