Senarai PJH 2026 atau Pengelola Jemaah Haji yang diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji menandakan permulaan persediaan rasmi bagi musim haji tahun 1447H/2026M.
Senarai ini merangkumi syarikat-syarikat pelancongan yang diiktiraf untuk menguruskan perjalanan, kebajikan, dan bimbingan jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.
Setiap syarikat yang tersenarai telah melalui proses penilaian ketat oleh Tabung Haji bagi memastikan tahap profesionalisme, kemudahan penginapan, serta perkhidmatan bimbingan ibadah haji memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Pengumuman ini juga memberi panduan penting kepada bakal jemaah haji dalam memilih agensi sah dan berlesen, sekali gus mengelakkan penipuan atau tawaran tidak berdaftar yang sering berlaku menjelang musim haji.
Siaran Media Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan berlesen sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji 1447H/2026M.
Ketua Jabatan Haji, Tuan Haji Mohd Hisham Harun, menjelaskan bahawa Jawantankuasa Urusan Haji telah menilai permohonan daripada 60 syarikat berdasarkan keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah, dan prestasi operasi terdahulu. Hasilnya, 31 syarikat diluluskan berbanding 37 pada musim sebelumnya.
Pelantikan ini menunjukkan komitmen berterusan TH dalam memastikan semua PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan, selaras dengan tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara.
TH turut menasihatkan bakal jemaah agar berhati-hati terhadap tawaran pakej haji daripada pihak tidak berlesen dan mengesyorkan mereka menyemak senarai PJH sah di portal rasmi TH (www.tabunghaji.gov.my).
TH menegaskan bahawa sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen melanggar Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam). Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat.
Siaran Media Tabung Haji [RASMI] adalah seperti berikut:


Apa itu PJH Haji?
Pengelola Jemaah Haji atau PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh Tabung Haji (TH) pada tahun 1420H/2000M bagi memastikan kelancaran urusan jemaah.
Mereka merupakan pihak yang diberi lesen untuk beroperasi memberikan Perkhidmatan Pakej Haji yang mempunyai nilai tambah bagi beberapa aspek perkhidmatan di bawah pemantauan TH mengikut peruntukan-peruntukan dalam Akta 535 Akta Tabung Haji 1995.
Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji ini selalunya digunakan oleh jemaah haji swasta atau jemaah yang memperolehi jemputan daripada pihak Kerajaan Arab Saudi. Jemaah haji swasta di sini, bukanlah bermaksud jemaah ini tidak berdaftar dengan Tabung Haji.
Ia merujuk kepada jemaah yang telah mendaftar, tetapi bukan jemaah haji kali pertama. Mereka ini ialah orang yang ingin menunaikan ibadah ini buat kali kedua atau seterusnya. Oleh itu, Jemaah Haji jenis ini sangat digalakkan untuk mengambil perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji yang berdaftar dengan TH.

Perkhidmatan PJH Haji
Antara perkhidmatan dan nilai tambah yang disediakan PJH bagi memastikan kelancaran proses ibadah para jemaah di bawah mereka adalah:
- Pengurusan Penginapan: Memastikan jemaah mendapat penginapan yang selesa dan strategik berhampiran dengan lokasi ibadah dilakukan.
- Pengurusan Makanan: Makanan halal yang berkhasiat disediakan bagi memastikan kesihatan dan tenaga jemaah terjamin sepanjang ibadah haji.
- Bimbingan Ibadah: Khidmat bimbingan ibadah disediakan sebelum dan semasa berada di tanah suci untuk memastikan jemaah melaksanakan haji dengan sempurna mengikut tuntutan syariah.
- Khidmat Kesihatan: Klinik Tabung Haji menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk jemaah, termasuk rawatan perubatan dan khidmat nasihat kesihatan.
- Pengurusan Logistik: Pengelola Jemaah Haji menguruskan segala aspek logistik seperti pengangkutan, urusan bagasi, dan perjalanan bagi memudahkan pergerakan jemaah haji.


Manfaat Menggunakan Pengelola Jemaah Haji
Menggunakan perkhidmatan PJH memberi pelbagai manfaat kepada jemaah haji, antaranya:
- Keselesaan dan Kemudahan: Jemaah dapat menikmati penginapan dan makanan yang teratur serta kemudahan logistik yang efisien.
- Bimbingan dan Sokongan: Jemaah mendapat bimbingan dan sokongan berterusan sepanjang tempoh ibadah haji.
- Keselamatan dan Kesihatan: Perlindungan dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan membantu jemaah menjaga kesihatan dan keselamatan mereka.

Senarai PJH 2026
Berikut merupakan senarai PJH 2026, 31 syarikat yang telah dipilih oleh Tabung Haji sendiri:
- TH Travel & Services Sdn Bhd
- Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
- Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
- Amani Travel Sdn Bhd
- Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
- Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
- Busyrha Holidays Sdn Bhd
- CS Holidays Sdn Bhd
- Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
- Felda Travel Sdn Bhd
- Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd
- Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
- In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
- Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
- JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
- Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
- Juara Travel & Tours Sdn Bhd
- Kembara Umrah Sdn Bhd
- KRS Travel Sdn Bhd
- KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
- Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
- MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
- Qashwa Travel Sdn Bhd
- Rayhar Travels Sdn Bhd
- Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
- Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd
- TIITIM Travel Sdn Bhd
- Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
- Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
- Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan PJH, jemaah boleh melayari laman web rasmi Tabung Haji.
e-Brosur Pakej Haji 1447H/2026M
Untuk memuat turun dokumen flip book, klik pautan di bawah.
Untuk memuat turun dokumen dalam format pdf, klik pautan di bawah.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Baca juga:




