Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan saluran aduan digital berkaitan produk merokok dan vape iaitu MyLapor dan orang ramai boleh mengemukakan aduan di pautan https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai saluran aduan ini.
Apa Itu MyLapor?
MyLapor ialah saluran aduan digital untuk melaporkan sebarang pelanggaran berkaitan produk merokok atau vape, termasuk aktiviti merokok di kawasan larangan, pengiklanan produk merokok, penjualan dalam talian, pelanggaran larangan paparan di tempat jualan, serta pembungkusan produk yang tidak mematuhi peraturan.
Menerusi saluran ini, orang ramai kini boleh melaporkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) secara mudah dan pantas di mana mereka berada.
Menerusi inisiatif ini, ia bagi memperkukuh pengurusan aduan dan tindakan penguatkuasaan oleh anggota kesihatan, selain menjadi sebahagian daripada usaha pendigitalan perkhidmatan KKM.
Setiap aduan akan disalurkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat berdasarkan lokasi kejadian dan tindakan penguatkuasaan diambil dengan lebih cepat, tepat dan berkesan tanpa perlu melalui proses penyaluran aduan yang panjang.

Jenis Aduan
Jenis aduan yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:
- Merokok di kawasan larangan
- Penjualan, pembelian atau penggunaan produk merokok oleh Orang Belum Dewasa (OBD) iaitu individu berumur bawah 18 tahun.
- Penjualan produk merokok secara dalam talian atau melalui mesin layan diri
- Iklan, promosi atau pameran produk yang tidak dibenarkan
- Pembungkusan produk merokok yang tidak mematuhi piawaian dan peraturan sedia ada
Kawalan Penjualan Produk Merokok
Tempat larangan penjualan produk merokok adalah seperti berikut:
- Kawasan institusi pendidikan dan institusi pengajian tinggi
- Pasar jualan yang bersifat sementara (contohnya pasar tani, pasar malam, uptown, downtown)
- Dalam talian (online)
- Mesin layan diri

Larangan Pameran Di Kaunter Jualan
Pameran produk merokok di kaunter jualan adalah dilarang seperti:
- Kedai Serbaneka – Produk merokok hendaklah diletakkan dalam almari tertutup
- Kedai Khas – Produk merokok tidak boleh kelihatan dari luar namun boleh dipamerkan secara terbuka dalam kedai
Tempat Dilarang Merokok
Terdapat 28 tempat dilarang merokok yang telah diwartakan iaitu:
- Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino
- Kedai berhawa dingin
- Kawasan premis kerajaan
- Kawasan hospital atau klinik
- Lif atau tandas awam
- Tempat makan
- Bangunan dobi (Tindakan penguatkuasaan selepas 1 Januari 2025)
- Bangunan hentian pengangkutan awam
- Bangunan Parlimen Malaysia
- Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
- Kawasan lapangan terbang
- Kawasan taman asuhan kanak-kanak
- Kompleks membeli belah
- Kawasan stesen minyak
- Kaunter perkhidmatan
- Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian awam
- Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
- Kompleks sukan
- Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- Kawasan perpustakaan
- Kafe internet
- kawasan tempat latihan khidmat negara
- Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Bangunan tempat kerja (Tindakan penguatkuasaan selepas 1 Januari 2025)
- Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Di dalam kenderaan awam
- Di dalam bas sekolah
- Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri

Cara Membuat Aduan
Untuk membuat aduan berkaitan produk merokok dan vape, sila layari pautan https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public.
Selain itu, aduan juga boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera dengan melengkapkan maklumat berkaitan aduan kesalahan termasuk butiran lokasi, tarikh, masa serta bukti sokongan seperti gambar (jika ada).
Soalan Lazim
MyLapor ialah saluran aduan digital untuk melaporkan sebarang pelanggaran berkaitan produk merokok atau vape, termasuk aktiviti merokok di kawasan larangan, pengiklanan produk merokok, penjualan dalam talian, pelanggaran larangan paparan di tempat jualan, serta pembungkusan produk yang tidak mematuhi peraturan.
Fungsi ini disediakan untuk memudahkan orang awam membuat laporan berhubung sebarang kesalahan berkaitan produk merokok. Ia merangkumi aduan terhadap merokok di kawasan larangan, penggunaan, penjualan, pembelian serta pengedaran produk tembakau (rokok, cerut, tembakau lerai, tembakau tanpa asap), rokok elektronik (vape) dan produk pengganti tembakau yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Fungsi ini boleh digunakan oleh semua pengguna aplikasi MySejahtera yang ingin melaporkan sebarang bentuk kesalahan berkaitan produk merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Laporan boleh dibuat melalui https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public atau aplikasi MySejahtera dengan melengkapkan maklumat berkaitan aduan kesalahan termasuk butiran lokasi, tarikh, masa serta bukti sokongan seperti gambar (jika ada).
Pengguna boleh menyemak semula maklumat aduan yang dihantar dengan mengakses butang “Lihat Sejarah Aduan” untuk semakan status aduan.
Ya, anda boleh membuat aduan berulang sekiranya kesalahan yang sama terus berlaku di lokasi atau situasi yang sama.
Tidak, tiada sebarang bayaran dikenakan. Fungsi MyLapor disediakan sebagai perkhidmatan percuma kepada orang awam.
Ya, aduan masih boleh dibuat tanpa bukti. Walau bagaimanapun, penyertaan bukti seperti gambar amat digalakkan bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan susulan dengan lebih berkesan.
Ya, anda akan menerima notifikasi berhubung status aduan yang dibuat termasuk perkembangan terkini tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, sila layari https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public.
Baca juga: 28 Kawasan Larangan Merokok 2025 – Berkuat Kuasa 1 Januari 2025




