Senarai Klinik Perubatan Madani: Carian dan Semakan

Bagi yang belum tahu, kerajaan telah mengumumkan bahawa Skim Perubatan MADANI (SPM) dan untuk mendapatkan rawatan di bawah skim ini, hanya klinik-klik yang tersenarai dalam senarai klinik Perubatan MADANI sahaja akan menawarkan skim ini.

Skim Perubatan MADANI kini telah diperluas ke seluruh Malaysia dan program ini dilanjutkan bagi tahun 2024.

Skim perubatan MADANI ini bertujuan untuk membantu rakyat, khususnya kumpulan B40, bagi mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes-kesi akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma.

Skim Perubatan MADANI?

skim perubatan madani

Salah satu inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024 untuk mengurangkan kesesakan di klinik da hospital awam.

Skim ini diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menampung keperluan kesihatan rakyat, terutamanya keluarga golongan B40 disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpenndapatan rendah.

Bagi anda yang berminat ingin tahu mengenai skim perubatan ini, sila klik pautan di bawah.

Baca lagi: Skim Perubatan Madani 2024 : Semakan Baki & Rawatan Percuma

Teruskan bacaan untuk melihat senarai klinik perubatan MADANI yang mengambil bahagian.

Manfaat Skim Perubatan MADANI

Skim perubatan ini diwujudkan untuk memberi manfaat yang berikut:

  • Percuma untuk penerimma Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Kurangkan masa menunggu di klinik dan hospital kerajaan
  • Rawatan dan ubat-ubatan berkualiti
  • Melindungi anda dan seluruh keluarga anda

Manfaat-manfaat diatas hanya diberikan kepada klinik yang mengambil bahagian dan disenaraikan dalam senarai klinik perubatan MADANI sahaja.

Rawatan dibawah Skim Perubatan MADANI

Berikut merupakan rawatan-rawatan yang termasuk diberikan di dalam senarai klinik perubatan MADANI:

  • Ujian X-Ray
  • Ujian Makmal
  • Pembedahan Kecil
  • Sakit Kepala
  • Terseliuh
  • Cirit-Birit dan Munrah
  • Demam dan Selsema
  • Luka/Trauma Ringan

Senarai klinik perubatan MADANI

Terdapat ratusan klinik yang mengambil bahagian dalam Skim Perubatan MADANI.

Untuk membuat semakan senarai klink perubatan MADANI yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Protect health Perubatan Madani di alamat https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics
  2. Pilih Negeri
    • Anda boleh mengecilkan skop carian dengan memilih Daerah dan Bandar
  3. Klik pada butang ” Cari Klinik”

Senarai nama klinik perubatan MADANI dalam halaman tersebut akan dikemaskinikan dari semas ke semasa.

Walau bagaimanapun, pihak ProtectHealth tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan waktu operasi klinik yang tersenarai.

Anda dinasihatkan supaya menghubungi klinik yang dipilih terlebih dahulu untuk kepastian waktu operasi dan lain-lain pertanyaan jika ada.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!