Diskaun Bayaran Balik PTPTN & Penangguhan (Belanjawan 2023)

INSENTIF DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI BELANJAWAN 2023

Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik sebanyak 20 peratus untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.

Belanjawan 2023: Insentif Kepada Peminjam PTPTN

Pembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2023 (Jumaat) memberikan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PTPTN amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan inisiatif belanjawan tahun 2023 iaitu insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga (3) bulan bermula 1 Mac 2023.

PTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam (6) bulan.

Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023. Inisiatif ini menunjukkan keprihatin Kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan. Justeru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

diskaun ptptn belanjawan madani 2023

Kadar Diskaun PTPTN Yang Diumumkan Dalam Belanjawan Madani 2023

Pemberian insentif yang diumumkan dalam Belanjawan Membangun Malaysia Madani oleh Kerajaan Perpaduan ini adalah mengikut ketentuan seperti berikut:

  • Diskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 15% untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang
  • Diskun 15% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual
  • Diskaun 5% untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN

*Rujuk cara buat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus : Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)

Semoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan dan secara tidak langsung membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.

Jika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk artikel berikut:

Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

Tempoh Diskaun PTPTN 2023

Tempoh diskaun bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Mei 2023.

Manakala permohonan untuk penangguhan bayaran juga boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.

diskaun ptptn belanjawan 2023

Maklumat Lanjut

PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang info terkini Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani, sila rujuk Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani

ATAU

Terus layari laman web PTPTN untuk update terkini:

https://www.ptptn.gov.my/

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: