Senarai Bantuan Masuk IPT Setiap Negeri (2026)

Senarai Bantuan Masuk IPT Setiap Negeri
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Senarai Bantuan Masuk IPT Setiap Negeri menjadi antara maklumat yang sering dicari oleh pelajar dan ibu bapa bagi membantu menampung kos awal pengajian ke universiti atau kolej. Setiap negeri di Malaysia menawarkan pelbagai bentuk bantuan kewangan, dermasiswa dan bantuan one-off untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Berikut dikongsikan senarai bantuan yang tersedia beserta syarat dan cara permohonan terkini.

Apa itu Bantuan Masuk IPT?

Bantuan Masuk IPT ialah inisiatif kewangan yang disediakan oleh kerajaan negeri, zakat, yayasan atau agensi tertentu bagi membantu pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan ini biasanya diberikan kepada pelajar baharu yang berjaya mendapat tawaran ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti atau institusi pengajian tinggi swasta terpilih.

Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga, terutama bagi menampung kos awal pengajian seperti yuran pendaftaran, penginapan, pengangkutan, pembelian laptop dan keperluan belajar. Jumlah bantuan yang diberikan berbeza mengikut negeri dan syarat kelayakan yang ditetapkan.

Senarai Bantuan Masuk IPT (Umum)

Inisiatif ini disediakan oleh Kerajaan Pusat dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria pendapatan B40 di seluruh negara.

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTNPTPTN menyediakan pinjaman pendidikan untuk pelajar IPTA dan IPTS tempatan bagi membantu membiayai yuran pengajian serta kos sara hidup sepanjang belajar.Portal PTPTPN
Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP) Pinjaman pelajaran ini khas untuk lepasan asasi, STPM, STAM dan diploma yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di kursus serta IPT tempatan terpilih.Portal MyEduloan
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASABantuan pembiayaan boleh ubah (PBU) ini ditawarkan kepada anggota koperasi dan anak mereka yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan PhD di universiti awam atau swasta dalam negara.Portal Yayasan ANGKASA
Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat Bantuan kewangan ini diberikan kepada pelajar cemerlang yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam atau swasta yang diiktiraf di Malaysia.Portal Bank Rakyat
Pembiayaan Pendidikan MaybankPinjaman patuh syariah ini membantu pelajar yang layak membiayai yuran pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana di universiti terpilih dalam dan luar negara.Portal Maybank
Pembiayaan Pendidikan Affin BankPinjaman pembelajaran khas ini terbuka untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa berumur 18 hingga 45 tahun, bermula dari peringkat A-Level, Foundation, Diploma, Bachelor, Master hingga PhD.Portal Affin Bank
Pembiayaan Pendidikan MBSB BankPinjaman patuh syariah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian dari peringkat asasi hingga pascasiswazah dan profesional di institusi pendidikan swasta panel bank.Portal MBSB Bank
Biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan AwamProgram penajaan yang ditawarkan adalah ialah:

– Program Penajaan Nasional (PPN)
– Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
– Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
Portal JPA
Biasiswa MARA (Majlis Amanah Rakyat)Bantuan kewangan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menyokong pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.Portal MyEduloan
Biasiswa PetronasProgram tajaan untuk pelajar SPM yang layak melanjutkan pengajian di UTP serta universiti terkemuka dalam dan luar negara.Portal Petronas
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)Penerima biasiswa akan berpeluang melanjutkan pengajian di universiti terbaik dalam bidang terpilih seperti Ekonomi, Kewangan, Sains Data dan Undang-Undang, dengan tajaan meliputi yuran pengajian serta elaun berkaitan.Portal Bank Negara
Biasiswa Khazanah GlobalBiasiswa ini menawarkan peluang kepada pelajar cemerlang Malaysia melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dunia dari peringkat A-Level hingga pascasiswazah.Portal Khazanah Global
Biasiswa Yayasan Sime DarbyPembiayaan biasiswa merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan (sara hidup, sara hidup, penginapan), elaun laptop dan elaun buku.Portal Yayasan Sime Darby
Biasiswa Shell MalaysiaBiasiswa ini ditawarkan kepada pelajar A-Level dan ijazah untuk melanjutkan pengajian di kolej serta universiti terkemuka dalam dan luar negara dalam bidang kejuruteraan, sains dan perniagaan.Portal Shell Malaysia
Biasiswa ASEAN ScholarshipsBiasiswa ASEAN ini ditawarkan kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di sekolah menengah atau kolej prauniversiti terpilih di Singapura.Portal ASEAN Scholarships
Biasiswa Albukhary FoundationProgram tajaan penuh dan separa ini membantu pelajar B40 melanjutkan pengajian tinggi di AIU dan universiti terpilih di Malaysia berdasarkan akademik, sahsiah dan khidmat masyarakat.Portal Albukhary Foundation
Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Biasiswa terbuka kepada pelajar tahun pertama atau kedua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang memperoleh PNGK 3.50 ke atas.Portal Kementerian Pendidikan
Biasiswa Yayasan TNB (Tenaga Nasional Berhad) Biasiswa TNB menawarkan tajaan penuh dari peringkat asasi hingga ijazah, termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup dan peluang kerjaya di TNB.Portal Yayasan TNB
Biasiswa Yayasan UEMBiasiswa Yayasan UEM menyediakan 3 jenis biasiswa bagi pelajar cemerlang yang layak untuk lepasan SPM dan STPM.

– Undergraduate Global Scholarship
– Undergraduate Wira Scholarship
– Graduate Accounting Programme
Portal Yayasan UEM
Biasiswa Top GloveBiasiswa Top Glove Foundation menawarkan bantuan kewangan RM13,000 setahun kepada pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa yang layak di Malaysia.Portal Top Gloves
Biasiswa CIMB GroupTajaan penuh pengajian ijazah bagi menyokong pembangunan bakat generasi muda di rantau ASEAN.Portal CIMB
Biasiswa MaybankBiasiswa penuh ini ditawarkan kepada pelajar berpotensi tinggi untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Malaysia dan United Kingdom.Portal Maybank Foundation
Biasiswa Hong Leong BankBiasiswa Hong Leong Foundation membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah melalui bantuan kewangan, bimbingan dan peluang pembangunan kerjaya.Portal Hong Leong Bank Foundation
Biasiswa OCBC Bank Bantuan kewangan RM15,000 setahun serta peluang latihan industri kepada pelajar tahun pertama universiti yang memperoleh keputusan cemerlang STPM atau matrikulasi.Portal OCBC Bank
Biasiswa RHB BankBiasiswa RHB X-Cel Star membantu pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dengan tajaan penuh, latihan kemahiran, bimbingan dan peluang kerjaya bersama RHB.Portal RHB Bank
Biasiswa Bank RakyatPPBU menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian diploma atau ijazah di IPT awam dan swasta yang diiktiraf.Portal Yayasan Bank Rakyat
Bantuan Peranti MADANI (PERMAI)Sumbangan peranti ini di bawah Program Sejahtera MADANI, fokus bantu pelajar eKasih (miskin & miskin tegar) yang cemerlang dalam SPM dan STPM.Portal eKasih
Young Talent Development Programme YTP MARAKhas untuk pelajar cemerlang SPM bagi mengikuti program persediaan ijazah di dalam atau luar negara, dengan keutamaan kepada golongan B40 dan M40.Portal MyEduloan

Senarai Bantuan Masuk IPT Setiap Negeri

Bagi tahun 2026, pelbagai inisiatif bantuan pendidikan telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk membantu golongan B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Berikut adalah senarai bantuan mengikut negeri-negeri utama:

1. Selangor

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.Portal Dana Pendidikan Selangor
Pinjaman Pelajaran Yayasan SelangorPinjaman Pelajaran Yayasan Selangor untuk pelajar IPTA/IPTS tempatan sepenuh masa yang memenuhi syarat kelahiran/bermastautin di Selangor, pendapatan keluarga bawah RM3,000 dan warganegara Malaysia.Portal Yayasan Selangor
Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor Pelajar asnaf fakir, miskin & mualaf dijemput mohon melalui Portal Pendidikan Zakat Selangor. Penajaan guna konsep dual financing dan terbuka untuk IPTA & ILKA, dan IPTS.Portal Zakat Selangor
Bantuan Komputer
Riba MAIWP
Bantuan ini untuk membantu mahasiswa asnaf kurang mampu mendapatkan komputer riba untuk kegunaan pengajian di IPT.Portal MAIWP
Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)Inisiatif kerajaan Selangor melalui PPAS yang menyediakan pinjaman desktop dan laptop percuma kepada warga Selangor, khususnya B40, di perpustakaan terpilih sehingga 180 hari.Portal PPAS
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak SelangorTerbuka kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT dalam atau luar negara. Bantuan ini diberikan secara one-off bagi setiap peringkat pengajian.Portal Zakat Selangor
Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU)Bantuan yuran asas RM500 setahun khas untuk pelajar UNISEL dan UIS, iaitu IPT milik Kerajaan Negeri Selangor.Rujuk Portal Rasmi universiti yang dinyatakan

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Selangor di: Portal Dana Pendidikan Selangor /  Lembaga Zakat Selangor

2. Johor

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Bantuan Yuran Pendaftaran IPTTerbuka untuk anak Johor beragama Islam berumur 18 tahun ke atas yang mendapat tawaran IPT tempatan dan mempunyai pendapatan per kapita keluarga bawah RM800.Portal MAIJ
Bantuan Pendidikan Yayasan JCORPBantuan pendidikan dan biasiswa kepada pelajar, terutamanya daripada keluarga B40, untuk membantu kos pengajian di IPTPortal JCORP
Pinjaman Pelajaran Negeri Johor Pinjaman pelajaran tanpa faedah kepada pelajar Johor yang melanjutkan pengajian dalam negara dan masih belum menerima penajaan.Portal Yayasan Pelajaran Johor
Bantuan Laptop
Siswa Johor
Inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor bagi menyediakan laptop kepada anak Johor yang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS.
Bantuan ini untuk pelajar baharu Tahun 1/Semester 1 sepenuh masa daripada keluarga B40.
Portal Yayasan Pelajaran Johor
Bantuan Komputer
Riba Majlis Agama Islam Johor
Bantuan untuk anak kelahiran negeri Johor dengan pendapatan perkapita keluarga RM800.00 dan ke bawah.Portal MAIJ
Bantuan One-Off Insentif Mahasiswa Anak JohorBantuan One Off sebanyak RM200 kepada mahasiswa yang layak bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.Portal Yayasan Pelajaran Johor

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Johor di: Portal MAIJ / Yayasan Pelajaran Johor

3. Sabah

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Biasiswa Yayasan SabahBiasiswa/Dermasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).Portal PTPS
Biasiswa Kerajaan Negeri SabahBKNS menawarkan tajaan TYT, Biasiswa Cemerlang dan Biasiswa Perdana bagi pengajian Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.Portal PTPS
Bantuan Pendaftaran IPT One Off (BUDI)Bantuan ini terbuka kepada pelajar sepenuh masa yang pertama kali melanjutkan pengajian ke IPT di Malaysia atau luar negara yang diiktiraf Kerajaan Malaysia.Portal PTPS
Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Sabah (BAIK)Bantuan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran. Ibu dan bapa atau penjaga mestilah dalam golongan e-kasih.Portal Baik Sabah

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Sabah di: Portal Tajaan Pendidikan Sabah

4. Sarawak

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Bantuan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi, Tabung Baitulmal SarawakMembantu meringankan beban kewangan pelajar Islam kurang berkemampuan yang mendapat tawaran ke IPT dalam atau luar negara.Portal Tabung Baitulmal Sarawak
Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)Biasiswa disediakan kepada pelajar cemerlang di IPTA dalam dan luar negara, dengan keutamaan kepada pelajar IPTS milik Kerajaan Sarawak dan kursus STEM.Portal Yayasan Sarawak
Bantuan Komputer
Riba Sarawak
Inisiatif Yayasan Sarawak yang menyediakan baucar RM3,000 kepada 10,000 pelajar IPT anak jati Sarawak (B40 & M40). Hanya dibenarkan untuk Pelajar Tahun Pertama di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama.Portal Yayasan Sarawak

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Sarawak di: Portal Yayasan Sarawak / Baitulmal Sarawak

5. Negeri Sembilan

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Pinjaman Pendidikan Negeri SembilanInisiatif Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan yang menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah mengikut syarat ditetapkan.Portal Yayasan Negeri Sembilan
Bantuan Komputer
Riba Yayasan Negeri Sembilan
Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutama golongan asnaf dan B40 dalam pembelajaran secara atas talian. Permohonan terbuka kepada pelajar IPTA, POLITEKNIK & ITQAN.Borang Yayasan Negeri Sembilan

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Negeri Sembilan di: Portal Yayasan Negeri Sembilan

6. Melaka

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Pinjaman Wang Pengajian Tinggi: Tabung Amanah Pendidikan Negeri MelakaPinjaman TAPEM ditawarkan kepada anak Melaka yang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS terpilih. Pemohon mesti lahir, menetap dan mengundi di Melaka.Portal e-TAPEM
Bantuan Ke Institusi Pengajian TinggiBantuan one-off diberikan mengikut peringkat pengajian iaitu Diploma RM400, manakala Ijazah, Sarjana dan PhD RM600. Portal e-TAPEM

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Melaka di: Portal Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka 

7. Perlis

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Pinjaman Pelajaran Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri PerlisBantuan pinjaman yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perlis melalui Yayasan Islam Perlis untuk membantu anak-anak Perlis melanjutkan pengajian mereka ke IPT.Borang Permohonan
Sumbangan Dana Pendidikan Kerajaan Negeri PerlisSumbangan Dana Pendidikan untuk anak Perlis yang melanjutkan pengajian di IPT. Bantuan ini berbentuk dermasiswa yang tidak perlu dibayar balik.Borang Permohonan
Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri PerlisPendahuluan pinjaman maksimum RM2,000 untuk anak negeri Perlis yang melanjutkan pengajian di Universiti Tempatan.Borang Permohonan
Pinjaman Pelajaran Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri PerlisPinjaman Pelajaran bagai anak negeri Perlis ditawarkan untuk pengajian SEPENUH MASA peringkat Ijazah
Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Borang Permohonan

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Perlis di: Portal Kerajaan Negeri Perlis

8. Kedah

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (IBAKIPT)Bantuan kerajaan RM300 (One-Off) bagi meringankan beban kewangan pelajar yang akan memulakan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Portal iBAKIPT
Skim Agihan Awal IPTBantuan one-off untuk anak Kedah yang bakal melanjutkan pengajian tahun pertama ke IPT dalam atau luar negara mengikut syarat yang ditetapkan.Portal LZNK

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Kedah di: Portal Lembaga Zakat Negeri Kedah / Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah

9. Kelantan

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan (YAKIN)Pinjaman pelajaran untuk calon layak yang melanjutkan pengajian di IPTA tempatan atau luar negara yang diiktiraf Malaysia.Portal Yayasan Kelantan Darul Naim

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Kelantan di: Portal Yayasan Kelantan Darul Naim

10. Terengganu

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
YT-TI Young Talent Scholarship ProgrammeYayasan Terengganu dan Terengganu Inc menawarkan YT-TI Young Talent Scholarship Programme bagi membantu anak Negeri Terengganu yang cemerlang untuk menyambung pengajian dalam negara.Portal Yayasan Terengganu
Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC)Bantuan pendidikan khas untuk pelajar cemerlang yang melanjutkan pengajian ke IPT, khususnya dalam kalangan golongan B40 di Terengganu.Portal Yayasan Terengganu
Biasiswa Yayasan DiRaja Sultan MizanBiasiswa khas untuk pelajar PhD bagi menyokong program pembangunan negeri.Portal Yayasan Diraja Sultan Mizan
Bantuan Komputer
Riba MAIDAM
Bantuan ini tidak melalui sistem permohonan terbuka. Pelajar yang telah memohon bantuan awal ipt, sekiranya ketua isi rumah mereka dalam pangkalan data asnaf fakir/miskin MAIDAM, sistem akan menghantar email permohonan layak kepada pelajar.Portal MAIDAM
Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu 2026Bantuan pembiayaan pengajian kepada pelajar IPT yang layak, dengan peluang penukaran kepada biasiswa berdasarkan prestasi akademik.Portal Yayasan Terengganu
Bantuan Persediaan Yayasan TerengganuSkim bantuan awal pengajian bagi meringankan beban kewangan pelajar serta memberi galakan untuk mencapai kecemerlangan akademik.Portal BPYT

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Terengganu di: Portal Yayasan Terengganu / MAIDAM

11. Pahang

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB)Biasiswa ini membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di IPTA diiktiraf hingga peringkat Sarjana dan Kedoktoran berdasarkan kecemerlangan akademik serta kokurikulum.Portal Yayasan Pahang
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)Biasiswa ditawarkan kepada pelajar anak Pahang cemerlang SPM untuk melanjutkan pengajian Matrikulasi, Asasi atau setaraf di IPTA yang bekerjasama dengan Yayasan Pahang.Portal Yayasan Pahang

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Pahang di: Portal Yayasan Pahang

12. Perak

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Bantuan Mahasiswa Anak PerakBantuan Sara Diri, Bantuan Kecemasan dan Baucar Buku Mahasiswa Anak Perak Tahun 2026Portal Eheyns Perak
Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar NegaraBantuan permulaan secara one-off kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti/IPT di dalam dan luar negara.Portal Yayasan Perak
Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan PerakMenyediakan pinjaman pelajaran kepada rakyat Malaysia khususnya anak Perak yang layak untuk melanjutkan pengajian tinggi.Portal Studyfund Perak

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Perak di: Portal Yayasan Perak / Stay Fund Perak / Eheyns Perak

13. Pulau Pinang

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Pinjaman Penuntut Negeri Pulau PinangPinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.Portal ePPN
Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat MAINPPBantuan kewangan untuk pelajar IPT yang diiktiraf MQA di dalam atau luar negara, meliputi peringkat Diploma hingga PhD dalam pelbagai bidang pengajian.Portal Zakat MAINPP

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat negeri Pulau Pinang di: Portal Zakat Pulau Pinang / Pinjaman Penuntut Pulau Pinang

14. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)

Nama BantuanPerincian RingkasPautan Rasmi
Dermasiswa Yayasan Wilayah PersekutuanBantuan kewangan dalam bentuk one-off ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.Portal Yayasan Wilayah Persekutuan
Anugerah Pelajar CemerlangPengiktirafan kepada pencapaian tinggi dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPMPortal Yayasan Wilayah Persekutuan
Skim Bantuan Awal Institusi Pengajian Tinggi (SBA)​Bantuan kewangan dalam bentuk one-off ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.Portal Yayasan Wilayah Persekutuan

Rujuk lebih banyak info bantuan untuk rakyat Wilayah Persekutuan di: Portal Yayasan Wilayah Persekutuan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai bantuan laptop pelajar, sila rujuk portal-portal rasmi badan kerajaan setiap negeri seperti Majlis Agama Islam, Yayasan Negeri, dan sebagainya.

Anda juga boleh rujuk setiap pautan yang disertakan untuk setiap bantuan bagi menyemak kelayakan, cara permohonan, tarikh permohonan dibuka dan ditutup serta info lain yang berkaitan dengan bantuan tersebut.

Soalan Lazim Bantuan Masuk IPT

Apa itu Bantuan Masuk IPT?

Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri atau agensi tertentu kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Siapa yang layak memohon?

Kebiasaannya terbuka kepada anak negeri, pelajar tahun pertama dan keluarga berpendapatan rendah (B40/M40).

Adakah semua negeri menawarkan bantuan ini?

Ya, kebanyakan negeri di Malaysia mempunyai bantuan masuk IPT dengan syarat dan jumlah bantuan berbeza.

Berapa jumlah bantuan yang diberikan?

Jumlah bantuan bergantung pada negeri dan jenis pengajian. Ada yang memberi RM300 hingga lebih RM1,000.

Pelajar diploma dan ijazah boleh mohon?

Ya, kebanyakan bantuan terbuka untuk peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

Adakah IPT swasta layak menerima bantuan?

Sesetengah negeri membenarkan IPT swasta yang diiktiraf, namun bergantung pada syarat permohonan.

Bagaimana cara memohon Bantuan Masuk IPT?

Permohonan biasanya dibuat secara online melalui portal rasmi kerajaan negeri atau yayasan negeri.

Dokumen apa yang diperlukan?

Antara dokumen biasa diperlukan ialah salinan IC, surat tawaran IPT, penyata pendapatan ibu bapa dan slip akaun bank.

Bilakah permohonan dibuka?

Tarikh permohonan berbeza mengikut negeri dan biasanya dibuka selepas keputusan kemasukan IPT diumumkan.

Boleh mohon jika sudah menerima biasiswa lain?

Ada negeri yang membenarkan, ada juga yang tidak. Semak syarat bantuan negeri masing-masing.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut