Senarai Bantuan Laptop Pelajar Setiap Negeri (2026)

senarai bantuan laptop pelajar setiap negeri
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Senarai Bantuan Laptop Pelajar Setiap Negeri bagi tahun 2026 menjadi rujukan penting khususnya untuk pelajar lepasan SPM yang bakal menyambung pengajian ke universiti, kolej atau matrikulasi.

Pelbagai inisiatif telah disediakan bagi membantu mereka memiliki peranti yang diperlukan untuk pembelajaran digital, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

Dalam artikel ini, kami kongsikan senarai bantuan yang boleh anda mohon mengikut negeri.

Apa itu Bantuan Laptop Pelajar?

Bantuan Laptop Pelajar ialah inisiatif daripada kerajaan atau pihak tertentu yang menyediakan komputer riba secara percuma atau subsidi kepada pelajar yang memerlukan.

Tujuannya adalah untuk memastikan semua pelajar mempunyai akses kepada peranti digital bagi menyokong pembelajaran, terutama dalam era pendidikan online dan penggunaan teknologi dalam kelas.

Senarai Bantuan Laptop Pelajar Setiap Negeri

Berikut adalah beberapa senarai Bantuan Laptop Pelajar Setiap Negeri yang sentiasa membuka permohonan setiap tahun.

Senarai bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan bantuan atau maklumat terkini.

Nama Bantuan NegeriPerincian BantuanPautan Rasmi
Bantuan Komputer
Riba Majlis Agama Islam Johor
JohorBantuan untuk anak kelahiran negeri Johor dengan pendapatan perkapita keluarga RM800.00 dan ke bawah. Portal MAIJ
Bantuan Laptop
Siswa Johor
JohorInisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor bagi menyediakan laptop kepada anak Johor yang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS.
Bantuan ini untuk pelajar baharu Tahun 1/Semester 1 sepenuh masa daripada keluarga B40.
Portal Yayasan Pelajaran Johor
Bantuan Peranti MADANI (PERMAI) Setiap NegeriSumbangan peranti ini di bawah Program Sejahtera MADANI, fokus bantu pelajar eKasih (miskin & miskin tegar) yang cemerlang dalam SPM dan STPM.Portal eKasih
Bantuan Komputer
Riba Yayasan Negeri Sembilan
Negeri SembilanBantuan Komputer Riba Anak Negeri Sembilan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutama golongan asnaf dan B40 dalam pembelajaran secara atas talian. Permohonan terbuka kepada pelajar IPTA, POLITEKNIK & ITQAN.Borang Yayasan Negeri Sembilan
Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)SelangorInisiatif kerajaan Selangor melalui PPAS yang menyediakan pinjaman desktop dan laptop percuma kepada warga Selangor, khususnya B40, di perpustakaan terpilih sehingga 180 hari.Portal PPAS
Bantuan Komputer
Riba MAIWP
SelangorBantuan ini untuk membantu mahasiswa asnaf kurang mampu mendapatkan komputer riba untuk kegunaan pengajian di IPT.Portal MAIWP
Bantuan Komputer
Riba MAIDAM
TerengganuBantuan ini tidak melalui sistem permohonan terbuka. Pelajar yang telah memohon bantuan awal ipt, sekiranya ketua isi rumah mereka dalam pangkalan data asnaf fakir/miskin MAIDAM, sistem akan menghantar email permohonan layak kepada pelajar.Portal MAIDAM
Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan Sabah SabahBantuan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran. Ibu dan bapa atau penjaga mestilah dalam golongan e-kasih.Portal Baik Sabah
Bantuan Komputer
Riba Sarawak
SarawakInisiatif Yayasan Sarawak yang menyediakan baucar RM3,000 kepada 10,000 pelajar IPT anak jati Sarawak (B40 & M40). Hanya dibenarkan untuk Pelajar Tahun Pertama di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama.Portal Yayasan Sarawak

Cara Mohon Bantuan

Untuk memohon bantuan laptop pelajar, anda perlu mengikuti beberapa langkah asas yang biasanya hampir sama bagi setiap negeri.

  • Pertama, semak kelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan seperti status pelajar serta kategori pendapatan keluarga.
  • Seterusnya, layari laman web rasmi kerajaan negeri, yayasan negeri atau agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat permohonan.
  • Kemudian, isi borang permohonan secara dalam talian dengan lengkap dan tepat. Anda juga perlu memuat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, surat tawaran kemasukan, slip keputusan SPM dan bukti pendapatan ibu bapa atau penjaga.
  • Selepas itu, hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran sebagai rujukan. Permohonan anda akan diproses dan dinilai oleh pihak berkenaan sebelum keputusan diumumkan.
  • Akhir sekali, sentiasa semak emel atau portal rasmi dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan serta sebarang maklumat tambahan yang diperlukan.

Peringatan untuk Pemohon

Kerajaan tidak pernah menawarkan komputer riba percuma melalui platform Telegram. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang mesej atau pautan yang mendakwa menawarkan bantuan sedemikian.

Sebarang permohonan bantuan kerajaan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi yang sah, iaitu portal dengan pautan yang berakhir dengan “.gov.my”. Elakkan mengisi maklumat peribadi di laman yang tidak disahkan bagi mengelakkan penipuan.

Bagi kes ini, semakan MyCheck mendapati:

  • URL kepada “portal bantuan kerajaan” terlalu panjang dan tidak berakhir dengan domain rasmi kerajaan
  • Sasaran bantuan terlalu umum, menandakan helah untuk memperdaya seramai mungkin mangsa
  • Portal hanya meminta nama penuh dan nombor telefon yang digunakan bagi akaun Telegram
  • Taktik bantuan komputer riba palsu ini pernah digunakan scammer pada tahun 2023 dengan menggunakan modus operandi serupa, dan pernah dilaporkan MyCheck.
senarai bantuan laptop pelajar setiap negeri
Kredit: MyCheck

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai bantuan laptop pelajar, sila rujuk portal-portal rasmi badan kerajaan setiap negeri seperti Majlis Agama Islam, Yayasan Negeri, dan sebagainya.

Anda juga boleh rujuk setiap pautan yang disertakan untuk setiap bantuan bagi menyemak kelayakan, cara permohonan, tarikh permohonan dibuka dan ditutup serta info lain yang berkaitan dengan bantuan tersebut.

Soalan Lazim Bantuan Laptop Pelajar Setiap Negeri

Siapa yang layak memohon bantuan laptop pelajar?

Kebiasaannya, bantuan ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang telah menerima tawaran ke universiti, kolej atau matrikulasi. Keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) atau berdaftar dalam sistem seperti eKasih.

Adakah semua negeri menyediakan bantuan laptop?

Tidak semua negeri menawarkan bantuan yang sama. Setiap negeri mempunyai inisiatif dan syarat kelayakan tersendiri bergantung kepada peruntukan dan program semasa.

Bagaimana cara memohon bantuan ini?

Permohonan biasanya dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi kerajaan negeri, yayasan negeri atau agensi berkaitan. Ada juga program yang memerlukan permohonan melalui institusi pengajian masing-masing.

Dokumen apa yang diperlukan semasa permohonan?

Antara dokumen yang biasa diminta termasuk salinan kad pengenalan, surat tawaran kemasukan, slip keputusan SPM dan bukti pendapatan ibu bapa/penjaga.

Adakah bantuan ini dalam bentuk laptop percuma?

Ia bergantung kepada program. Ada yang menawarkan laptop percuma, manakala ada juga yang memberi pinjaman peranti atau bantuan kewangan untuk pembelian laptop.

Boleh ke mohon lebih daripada satu bantuan?

Secara amnya boleh, tetapi kelulusan bergantung kepada syarat program. Sesetengah bantuan mungkin tidak membenarkan penerima menerima bantuan yang sama dari agensi lain.

Bilakah permohonan dibuka?

Tarikh permohonan berbeza mengikut negeri dan program. Biasanya dibuka selepas keputusan SPM diumumkan atau apabila sesi kemasukan ke IPT bermula.

Di mana boleh semak maklumat terkini bantuan laptop?

Anda boleh menyemak di laman web rasmi kerajaan negeri, portal pendidikan atau media sosial rasmi agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang sah dan terkini.

Baca juga: Senarai Bantuan untuk B40 [2026] – Mengikut Negeri

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut