Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (4 Mei 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 4 Mei 2026.

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Elaun Pasca Cuti Bersalin, Bantuan Kasih Johor Fasa 4, SKAS Fasa 2, dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Elaun Pasca Cuti Bersalin

Wanita yang baru melahirkan anak bakal menerima sokongan tambahan menerusi cadangan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) bagi membantu mereka kekal dalam pasaran kerja selepas tamat tempoh cuti bersalin.

Apa itu Elaun Pasca Cuti Bersalin?

  • Dicadangkan melalui pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
  • Elaun bagi cuti tambahan sehingga 30 hari selepas tamat cuti bersalin, dibayar sekali.
  • Faedah dicadangkan pada kadar 80% daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans Wanita.
  • Dianggarkan memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita dan membantu meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, sila rujuk : Inisiatif PERKESO 2026 Sempena Hari Pekerja

2. Bantuan Kasih Johor Fasa 4

Bantuan Kasih Johor 2026 (BKJ 2026) ialah inisiatif kebajikan rasmi Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026. Antara bantuan yang diumumkan ialah :

  • Bantuan one-off RM200 kepada kira-kira 307,000 warga emas berusia 60 tahun ke atas
  • Bantuan One-off RM 200 kepada 136,000 suri rumah yang tidak bekerja
Sumber: Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4

Berikut adalah 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4 yang diumumkan:

  1. Bantuan Tunai One-Off kepada Warga Emas yang berusia 60 tahun ke atas
  2. Bantuan Tunai One-Off kepada Suri Rumah Tidak Bekerja
  3. Bantuan Tunai One-Off kepada Pasangan yang Baru Berkahwin Buat Kali Pertama Pada Tahun 2024 dan 2025
  4. Bantuan Tunai One-Off kepada Penjaja serta Peniaga Kecil Berdaftar dan Berlesen dengan PBT
  5. Bantuan Tunai One-Off kepada Murid OKU sama ada bersekolah atau tidak bersekolah
  6. Bantuan Tunai One-Off kepada Anak Yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor
  7. Bantuan Tunai One-Off kepada Ketua Isi Rumah Miskin berdaftar di sistem eKasih
  8. Bantuan Tunai One-Off kepada Pemandu Bas dan Van Sekolah
  9. Bantuan Tunai One-Off kepada Penerima Bantuan Am Kerjaan Negeri Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
  10. Bantuan Tunai One-Off kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau
  11. Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun
  12. Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Hospital serta di fasiliti Jabatan Agama Islam
  13. Bantuan Tunai One-Off kepada Pengusaha Homestay Berdaftar di Negeri Johor
  14. Bantuan Tunai One-Off kepada Sukarelawan Penggali Kubur Islam Negeri Johor
  15. Bantuan Tunai One-Off kepada Persatuan Belia Negeri yang berdaftar dengan ROY
  16. Bantuan Tunai Subsidi Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Johor
  17. Bantuan Tunai One-Off kepada Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urusetia SUKMA 2026
  18. Bantuan Tunai One-Off kepada Atlet SUKMA Johor yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS
  19. Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap RELA
  20. Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  21. Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Bomba Bantuan
  22. Bantuan Tunai One-Off kepada Setiausaha JPKK Negeri Johor dan Setiausaha Kampung Baru Cina

3. Tarikh Akhir Tuntutan MySalam Untuk Kelayakan 2025 – 30 Jun 2026

Sila ambil maklum bahawa pihak mySalam akan memuktamadkan semua tuntutan untuk Manfaat Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal bagi tahun kelayakan 2025.

Sehubungan itu, anda digesa untuk memuat naik dokumen tuntutan ke portal mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2026.

Jika tuntutan anda telah diluluskan tetapi masih belum menerima wang tuntutan, sila semak butiran perbankan anda untuk memastikan butiran adalah lengkap dan tepat. 

Sila kemas kini butiran perbankan di portal mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2026.

Sebarang kemas kini, rayuan atau dokumen yang dikemukakan selepas 30 Jun 2026 tidak akan dilayan. 

4. Bantuan Sara Hidup Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan kini menawarkan Bantuan Sara Hidup 2026 khas untuk meringankan beban kewangan pelajar.

Jom semak syarat-syarat di bawah:

  • Bermastautin ATAU bersekolah rendah di Negeri Sembilan selama 6 tahun.
  • Pelajar sepenuh masa di IPTA & Politeknik.
  • Ibu bapa merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Pendapatan isi rumah kurang dari RM5,000 (Golongan B40).

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ni. Muat turun borang permohonan sekarang di laman web rasmi Yayasan Negeri Sembilan : https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pembangunan-insan/bantuan-sara-hidup

5. MyJPJ Wajib Guna MyDigital ID

Bermula 1 Mei 2026, aplikasi MyJPJ wajib menggunakan MyDigital ID untuk log masuk.

Kalau ada yang belum mendaftar, pastikan anda telah mengaktifkan MyDigital ID sekarang untuk mengelakkan sebarang kesulitan akses perkhidmatan JPJ.

Berikut dikongsikan cara daftar MyDigital ID:

Berikut pula adalah panduan penyelesaian masalah jika anda masih tidak dapat login ke MyJPJ menggunakan MyJPJ.

6. Daftar SSM Percuma – Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP 2026)

Mulai 1 Jun 2026, Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh DUA TAHUN kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

Permohonan boleh dibuat melalui Laman web rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia termasuk salah satu inisiatif utama SSM yang ditambahbaik bagi tahun ini.

inisiatif SSM 2026

Melalui skim ini, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:

​Bil​Perkara​Pengecualian Fi
​1.​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau​RM60
​2.​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan​RM120
​3.​Cetakan maklumat​RM10

Mereka yang layak boleh membuat permohonan boleh dibuat secara online menerusi Portal rasmi ezbiz.ssm.com.my

Jangan lepaskan peluang untuk menerima manfaat pendaftaran syarikat secara percuma ini! Untuk lihat syarat dan panduan pendaftaran, sila rujuk : Cara Daftar SSM Percuma – Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP 2026)

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut