Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (7 April 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 7 April 2026.

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya permohonan baharu STR Fasa 3, Bantuan Pelajar IPT Sarawak, Bantuan Ihsan Komputer Sabah, Dermasiswa Selangor, Biasiswa Orang Johor, pengumuman Bekerja Dari Rumah (BDR), pengumuman keputusan STPM, dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam mempelawa pelajar-pelajar lepasan STAM 2025 yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Selangor (UIS) memohon Tajaan pendidikan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor dalam bidang seperti berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Al-Quran + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah Dan Undang Undang

TARIKH PERMOHONAN

  • 04 APRIL 2026 – 22 MEI 2026 (PENGAMBILAN PERTAMA)
  • 03 OGOS 2026 – 05 OKTOBER 2026 (PENGAMBILAN KEDUA)

Syarat kelayakan dan permohonan melalui laman sesawang https://epengajiantinggi.jais.gov.my/

2. Biasiswa Orang Johor 2026 (BOMJ)

TAWARAN BIASISWA ORANG MUDA JOHOR (BOMJ) 2026

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) membuka permohonan Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) kepada anak-anak Johor yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025/2026 dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di 20 universiti terbaik dunia.

Biasiswa ini menawarkan pembiayaan penuh termasuk program persediaan A-Level di dalam negara sebelum pelajar menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang-bidang keutamaan negeri Johor.

Tempoh Permohonan: 6 – 19 April 2026

Bidang Pengajian Tumpuan:

  • Kejuruteraan & Teknikal
  • Sains & Teknologi
  • Sains Sosial

Syarat Permohonan:

  • Lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Mendapat minimum 9A dalam SPM 2025/2026
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Tiada syarat pendapatan dikenakan

Sila rujuk link panduan ini ketika mengisi borang permohonan secara atas talian : https://drive.google.com/…/1PQOrni…/view…

Imbas kod QR pada poster untuk permohonan dan maklumat lanjut.

Yayasan Pelajaran Johor amat menggalakkan agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada semua pelajar Johor yang berkelayakan. Bersama kita membina barisan generasi Johor yang berdaya saing di persada global.

3. Bantuan Ihsan Komputer Sabah (BAIK)

BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.

Program ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Syarat Permohonan BAIK :

  • Berstatus Bumiputera Sabah
  • Pemohon ialah golongan B40 (RM4,850 ke bawah) atau e-Kasih
  • 1 komputer untuk 1 Ketua Isi Rumah sahaja.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat beranak (Pemohon & ibu bapa)Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa)Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.

Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.

4. Bantuan IPT Pelajar Sarawak 2026 Fasa 1

Anak Sarawak yang melanjutkan pengajian ke IPT adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak Fasa 1 2026.

Antara bantuan yang diberikan adalah seperti:

  • Bantuan Kewangan Khas
    • Bantuan Kewangan Khas Merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar IPT anak Sarawak sebanyak RM1200 dan dibayar dua kali setahun setiap semester.
  • Bantuan Komputer Riba Percuma
    • Bantuan Komputer Riba Percuma ini adalah untuk membantu pelajar IPT anak Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40/M40).
    • Bantuan ini menyasarkan 10,000 pelajar dengan peruntukan RM30 juta, merangkumi komputer riba dan baucar buku, bagi memperkukuh akses pendidikan digital.
  • Bantuan Baucar Buku
    • Bantuan ini diberikan kepada pelajar IPT anak Sarawak untuk membeli buku menerusi baucar bernilai RM500 melalui S Pay Global.
    • Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk pembelian bahan pembelajaran.

Tarikh permohonan dibuka mulai 31 Mac 2026 – 30 April 2026.

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Wajib mempunyai akaun Sarawak Pass (https://sarawakpass.sarawak.gov.my/) dan e-wallet S PAY Global. *Jika belum ada, boleh rujuk di SINI untuk mendaftar.
  2. Layari laman web portal My Yayasan https://myys.yayasansarawak.org.my/ dan daftar masuk melalui Sarawak Pass.
  3. Isi maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. My Yayasan akan verifikasi permohonan serta kelayakan permohonan berdasarkan maklumat yang dikemukakan.
  5. Pilih bantuan yang anda layak dan My Yayasan akan menghantar emel menyatakan anda berjaya memohon.
  6. Pantau status permohonan di My Yayasan bahagian semak status.

5. Permohonan Baharu STR Fasa 3

Sekiranya nama anda tiada dalam pangkalan data STR, anda boleh membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

permohonan str

Permohonan Baharu STR 2026 FASA 3 boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ATAU melalui Borang Permohonan STR (BK-01).

6. BDR Penjawat Awam Mulai 15 April 2026

Kerajaan akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April 2026.

Pelaksanaan BDR ditetapkan mengikut Hari Kelepasan Mingguan (HKM) negeri, di mana negeri yang bercuti pada hari Ahad melaksanakan BDR dari Selasa hingga Khamis, manakala negeri yang bercuti pada hari Jumaat seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu melaksanakannya dari Isnin hingga Rabu, dan tidak dibenarkan pada hari-hari lain yang ditetapkan.

a) Pegawai hendaklah memenuhi dua (2) syarat seperti berikut:

  • pegawai yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor
  • semua ibu negeri.

b) jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi 8 kilometer.

Sektor Dikecualikan dari BDR ialah Keselamatan dan Pertahanan, Kesihatan dan Pendidikan.

Untuk membaca lebih lanjut tentang BDR penjawat awam dan Soalan Lazim (FAQ), sila rujuk artikel berikut: https://ecentral.my/bdr-penjawat-awam/

7. Keputusan STPM Diumumkan 16 April 2026

Khas untuk calon STPM, dimaklumkan bahawa keputusan akan dikeluarkan pada 16 April 2026 ini :

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 1 STPM 2026 (Semua Jenis Calon)

Permohonan Rayuan Semak Semula Semester 1 STPM 2026 (Semua Jenis Calon)

  • Tarikh buka: 16 April 2026 (Khamis, 10.00 pagi)
  • Tarikh tutup: 20 April 2026 (Isnin, 11.30 malam)
  • Cara permohonan: https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
  • Bayaran: RM50.00 bagi satu kertas (secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM – MPMBayar)
  • Pertanyaan: [email protected]

Permohonan Pendaftaran Ulangan Semester 1 STPM 2026 (Semua Jenis Calon)

  • Tarikh buka: 16 April 2026 (Khamis, 10.00 pagi)
  • Tarikh tutup: 30 April 2026 (Khamis, 11.30 malam)
  • Cara pendaftaran: https://mecea.mpm.edu.my/STPMDU/
  • Bayaran: RM50.00 bagi satu kertas (secara dalam talian melalui Sistem Bayaran MPM – MPMBayar)
  • Pertanyaan: [email protected]

Makluman Penting

  • Permohonan rayuan semak semula dan pendaftaran ulangan hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan sahaja
  • Permohonan secara manual tidak akan dipertimbangkan
  • Permohonan menggunakan money order atau bank draf tidak dibenarkan

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut