Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TAWARAN SUKARELAWAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025 KINI DIBUKA! Permohonan dibuka sehingga 16 Oktober 2025 secara online melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan iaitu di pautan https://elp.moe.gov.my

Tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan kini dibuka. Inisiatif oleh YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek adalah di antara tindakan untuk “meringankan” beban guru untuk bersama keluarga. Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun yang memenuhi syarat dan berminat menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2025 ini, bolehlah memohon.

Rujuk info sepenuhnya di bawah.

Pengenalan

Selaras dengan tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM dan sebagai usaha mengatasi beban tugas guru, pelantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam diteruskan bagi peperiksaan SIJIL PERLAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025.

Seperti yang dijadualkan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM mulai November 2025.

Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:

  • Prinsip : Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
  • Elaun : Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;
  • Tugas : Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja
  • Lantikan : Lantikan adalah tertakluk kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan

Iklan Tawaran Sukarelawan Sebagai Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur kini membuka tawaran kepada individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan SPM 2025. Inilah peluang anda untuk menimba pengalaman, menyumbang tenaga, dan pada masa yang sama menerima bayaran elaun yang disediakan.

KATEGORI PEMOHON

  1. Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Institut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi / Matrikulasi
  2. Kakitangan bukan Kerajaan / Pesara Kerajaan / Pesara Swasta

Tempoh Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025

Permohonan kini dibuka sehingga 16 Oktober 2025 secara online melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan iaitu di pautan https://elp.moe.gov.my

Tugas Pengawas Peperiksaan SPM

Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :

  1. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
  2. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
  3. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
  4. Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
  5. Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
  6. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.

Syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :

  1. Berumur 18 – 65 tahun
  2. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
  3. Bebas daripada sebarang rekod jenayah atau tindakan mahkamah
  4. Tinggal dalam daerah yang sama (tidak lebih 25KM sehala)
  5. Mempunyai kenderaan sendiri
pengawas peperiksaan spm 2024

Rujuk : NOTA LENGKAP PERSIAPAN TEMUDUGA SPP (2023/24)

Cara Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2025

Permohonan dibuka sehingga tarikh yang akan diberitahu.

Kaedah Memohon :

  1. Permohonan melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/
  2. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Cara Memohon:

  1. Klik pada PAUTAN https://elp.moe.gov.my/auth/login
  2. Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu
  3. Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
  4. Isi Maklumat Diri

Rujuk video berikut:

Semakan Keputusan & Prosedur Penerimaan Pengawas Peperiksaan SPM 2025

Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Tak tahu nak pakai baju apa yang sesuai sebagai Pengawas Peperiksaan? Shopee menawarkan Shopee Fashion Markdown, pakaian serendah RM9.90 bermula jam 12.00pm hingga 2.00pm setiap hari.

Tarikh & Jadual SPM 2025

Tarikh dan jadual SPM 2025 telah diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Sila rujuk di sini untuk lampiran penuh.

“MALAYSIA MADANI”

Shopee sediakan kini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas melalui Jualan Rahmah.

Baca juga :

Maklumat Lanjut Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025

Tarikh & Masa Bertugas Pengawas Peperiksaan SPM 2025?

Pengawas peperiksaan SPM 2025 akan bertugas mulai:
📅 20 November – 23 Disember 2025
(mengikut jadual rasmi peperiksaan)

Cara Memohon Pengawas Peperiksaan SPM 2025?

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi:
https://elp.moe.gov.my
Tarikh tutup permohonan: 16 Oktober 2025.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihantar melalui e-mel: [email protected]

Apa kelebihan jadi sukarelawan pengawas peperiksaan SPM 2025?

Menjadi pengawas peperiksaan SPM 2025 bukan sahaja memberi pengalaman berharga dalam mengurus peperiksaan besar negara, malah ia juga satu bentuk sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Dengan elaun harian dan bayaran perjalanan, ia juga mampu menambah pendapatan sampingan.

Adakah elaun dibayar harian atau bulanan?

Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas, biasanya selepas tamat tempoh peperiksaan.

Adakah pelajar universiti semester 1 layak memohon?

Ya, asalkan berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat lain.

Siapa yang Layak Memohon?

Tawaran ini terbuka kepada:
Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)
Lepasan Asasi/Matrikulasi
Kakitangan Bukan Kerajaan
Pesara Kerajaan/Swasta

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected] atau hubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025, sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut