Semakan Syarikat Pengendali Umrah & Pakej Berdaftar – MOTAC

Pastikan anda buat semakan syarikat pengendali Umrah sebelum membayar mana-mana syarikat untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Sejak kebelakangan ini, kita banyak kali mendengar kes jemaah Umrah yang discam oleh syarikat yang menawarkan pakej Umrah.

Disebabkan itulah anda perlu membuat semakan pengendali Umrah bagi memastikan anda tidak ditipu dan wang anda terjamin.

Kes-kes penipuan ini terjadi kerana penipu bijak mengambil peluang individu yang terburu-buru ingin mengerjakan Umrah tanpa menyemak latarbelakang pengendali Umrah tersebut.

Contoh Kes Penipuan Syarikat Umrah

Pada tahun 2022, seorang individu telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah melibatkan penipuan pakej umrah ke Mekah dan ziarah ke Mesir terhadap 202 individu, antara tahun 2015 hingga 2016.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang ketika melakukan kesalahan itu merupakan pengarah urusan syarikat Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn. Bhd. telah berurusan dengan seorang individu untuk mengadakan rombongan umrah dan perjalanan ke Mesir pada 2015.

Tertuduh telah menghantar itenari tiket kesemua peserta kepada pengadu di mana penerbangan dijadualkan pada 29 dan 30 Januari 2016, namun didapati dokumen yang dibekalkan tertuduh tidak sah dan tidak wujud.

Semakan Syarikat Umrah Berdaftar

Semakan Syarikat Pengendali Umrah

Semakan pengendali Umrah berdaftar dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia) boleh dilakukan terus melalui laman web MOTAC.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk lakukan semakan dan carian pengendali Umrah Berdaftar:

  1. Layari laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/
  2. Klik “Carian Lesen” > “Agensi Pelancongan” pada bahagian menu utama
  3. Pada ruangan carian, masukkan “Nama Syarikat” atau “Nombor Lesen”.
  4. Klik butang Cari.
  5. Hasil carian akan dipaparkan.
  6. Lihat pada kolum “Tempoh” bagi memastikan lesen syarikat pengendali Umrah tersebut masih aktif

Baca lagi: Harga Pakej Umrah Terkini 2023

Semakan Kelulusan Pakej Umrah

Selain semakan pengendali umrah berdaftar, anda juga boleh semak senarai kelulusan iklan Umrah bagi memastikan setiap pakej Umrah yang diiklankan telah didaftarkan dengan pihak MOTAC.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/
  2. Klik “Carian Lesen” > “Kelulusan Iklan Umrah” pada bahagian menu utama
  3. Pada ruangan kotak carian, taip nama syarikat dan klik butang “Cari”.

Tips Elak Penipuan Pakej Umrah

  1. Lakukan semakan syarikat pengendali Umrah – pastikan berdaftar dengan MOTAC
  2. Pastikan syarikat pengenali Umrah mempunyai lesen Umrah yang masih aktif
  3. Pastikan mendapat bukti hitam putih setiap kali membuat pembayaran
  4. Dapatkan rekomendasi rakan-rakan yang pernah menggunakan perkhidmatan sesebuah syarikat pengendali Umrah
  5. Pastikan harga yang ditawarkan logik dengan membuat perbandingan harga dengan syarikat-syarikat lain
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!