MyKasih – Semakan SARA 2026 (Sumbangan Asas Rahmah STR)

TERKINI: SARA BULAN MAC 2026 TELAH DIKREDITKAN MULAI 1 MAC 2026. Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA. Jumlah bantuan ikut kategori kelayakan masing-masing dari RM50 hingga RM200.

MyKasih ialah mekanisme program bantuan tanpa tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membolehkan penerima membeli barang keperluan asas menggunakan MyKad di kedai terpilih seluruh negara. Semakan status kelayakan bantuan SARA 2026 di pautan rasmi MyKasih.

Bantuan ini dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad bagi memudahkan urusan pembelian tanpa tunai.

Mulai 9 Februari juga, Kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merangkumi makanan sejuk beku (frozen food).

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mohon bantuan, semak kelayakan, dan cara guna MyKad untuk pembelian melalui program MyKasih.

BACA JUGA: STR Bujang 2026 Digantikan Dengan SARA RM600

MyKasih
Semakan SARA/MyKasih

Apa itu MyKasih Foundation?

MyKasih Foundation ialah sebuah NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean. Tujuannya adalah untuk membantu keluarga miskin dan pelajar melalui program bantuan makanan dan biasiswa.

Keunikan bantuan ini adalah ia menggunakan MyKad untuk menyalurkan bantuan secara tanpa tunai (cashless), menjadikan proses lebih selamat, telus dan berkesan.

Program ini disokong oleh kerajaan, agensi zakat dan sektor swasta, serta bekerjasama dengan organisasi kesihatan dan sosial untuk memberi saringan kesihatan, latihan, dan pendidikan kepada golongan memerlukan.

Setelah disahkan layak, penerima boleh membeli barangan asas di lebih 250 kedai runcit terpilih seperti Mydin, Giant dan Econsave dengan menggunakan MyKad mereka.

Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2026

Dalam perutusan Tahun Baru 2026, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas mulai 9 Februari 2026.

Untuk tahun 2026, semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100. Manakala penerima e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan; isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak boleh menerima sehingga RM4,600 setahun.

Rujuk jadual kadar SARA 2026 di bawah:

MyKasih  2026
Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2026

RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026 :

  • Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
  • Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
  • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
  • Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)

Jumlah keseluruhan peruntukan SARA dan STR 2026 mencecah RM15 bilion, hasil penjimatan subsidi kerajaan.

Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.

NOTA: Bujang bawah 60 tahun, tidak lagi mendapat STR tunai, sebaliknya menerima SARA RM600 setahun dalam bentuk kredit MyKad.

Jadual Agihan SARA 2026

Jadual rasmi agihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan telah dikeluarkan oleh LHDNM untuk tahun 2026 bagi penerima STR dan eKasih.

Sila rujuk lampiran berikut:

jadual sara 2026

Cara Permohonan MyKasih/SARA 2026

Permohonan tidak perlu dibuat kerana bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang telah lulus permohonan STR atau tersenarai dalam sistem eKasih.

Anda hanya perlu buat permohonan baru STR 2026 (sekiranya belum memohon/gagal memohon tahun sebelumnya) dan membuat kemaskini permohonan STR untuk melayakkan anda menerima SARA 2026.

Cara Semakan Status Kelayakan MyKasih/SARA 2026

1. Semakan Status di Portal MyKasih

Penerima bantuan boleh membuat semakan status kelayakan MyKasih melalui portal rasmi MyKasih dengan langkah berikut: 

  1. Layari portal semakan MyKasih
  2. Klik pada butang SEMAK STATUS di bahagian atas paparan.
  3. Masukkan nombor MyKad (kad pengenalan) tanpa tanda sempang, contohnya 85XXXXXXXXXX.
  4. Isikan captcha yang dipaparkan.
  5. Tekan butang Semak Status untuk melihat keputusan.

Jika anda layak, maklumat status bantuan serta jumlah bantuan yang akan diterima akan dipaparkan. Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

mykasih bayaran sara sumbangan asas rahmah
Pautan Semakan : MyKasih
Contoh Paparan Bagi Penerima yang Layak

2. Semakan Status di Portal STR

Selain portal MyKasih, penerima juga boleh membuat semakan status bantuan melalui portal Bantuan Hasil.

mykasih bayaran sara sumbangan asas rahmah
Semakan Status di Portal STR

Cara Semakan Baki MyKasih

Semakan baki myKasih/bantuan SARA boleh dilakukan melalui:

  1. Aplikasi MyKasih
  2. Portal MyKasih
  3. Resit

Semakan Baki Melalui Aplikasi MyKasih

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play, App Store dan daftar akaun.
  2. Kemudian, log masuk.
  3. Paparan baki MyKasih anda akan dipaparkan di skrin utama “HOME”
mykasih bayaran sara sumbangan asas rahmah
LANGKAH 1 – MUAT TURUN APLIKASI MYKASIH DI SMARTPHONE ANDA
mykasih bayaran sara sumbangan asas rahmah
LANGKAH 2 – PAPARAN BAKI MYKASIH ANDA AKAN DI PAPARKAN DI SKRIN UTAMA “HOME”

Semakan Baki Melalui Portal MyKasih

Semakan baki juga boleh dibuat melalui portal rasmi MyKasih.

  1. Layari https://app.my kasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan no kad pengenalan, klik Semak.
  3. Baki bantuan SARA anda akan dipaparkan seperti gambar berikut:
Semakan Baki Melalui Portal MyKasih
Semakan Baki SARA Melalui Portal MyKasih

Semakan Baki Melalui Resit Pembelian.

Anda juga boleh mengetahui baki bantuan SARA dengan menyemak resit pembelian yang diterima selepas transaksi.

Resit Pembelian MyKasih

Kaedah Penyaluran Bantuan

Penyaluran bantuan SARA 2026 dijalankan secara seragam menggunakan MyKad di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Penerima boleh membuat pembelian di mana-mana kedai terpilih dengan menggunakan mykad sahaja.

Rujuk caranya di bawah.

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Langkah pembelian adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label My Kasih di rak.
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
  3. Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
  4. Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
  5. Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.
Cara Pembelian Barang MyKasih
Cara Pembelian Barang MyKasih Menggunakan MyKad

[VIDEO] Panduan Membeli Barangan Menggunakan MyKad

Senarai Barangan MyKasih 2026

Bagi tahun 2026, penerima SARA boleh membeli barangan berdasarkan 24 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. Kategori baharu iaitu makanan sejuk beku (frozen food) juga telah ditambah dalam senarai barangan yang diluluskan dalam program MyKasih.

Berikut ialah senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA bulanan dan SARA Untuk Semua:

Senarai Kategori & Contoh Barangan MyKasih

  1. Beras
  2. Buku
  3. Perubatan
  4. Penjagaan Mulut
  5. Pembersih Tandas
  6. Telur
  7. Pembersih Lantai
  8. Syampu
  9. Beg Sekolah
  10. Perasa
  11. Mee
  12. Minuman
  13. Makanan Dalam Tin
  14. Biskut
  15. Minyak Masak
  16. Sabun Basuh Pinggan
  17. Makanan Sejuk Beku [TERBARU]
  18. Roti
  19. Pencuci Badan
  20. Pencuci Pakaian
  21. Tepung
  22. Tuala Wanita
  23. Alat Tulis
  24. Seragam
MYSARA
MYSARA
MYSARA

Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan

  • Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.
  • Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)

Barangan ini telah dilabel khas untuk memudahkan penerima mengenal pasti barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan My Kasih.

Kaedah Semakan Senarai Barang Terpilih

  • Anda boleh semak kelayakan atau senarai barang yang diluluskan serta lokasi pasar raya rakan MyKasih melalui aplikasi MyKasih atau laman rasmi SARA.
  • Aplikasi My Kasih membolehkan penerima mengimbas barcode untuk melihat sama ada barangan yang dipilih layak ditebus atau tidak.

Senarai barang rasmi boleh disemak di pasar raya peserta seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus’s, KK Mart dan rakan runcit terdaftar di seluruh negara. Jika ada perubahan untuk 2026, maklumat tersebut akan dikemaskini kelak.

Senarai Kedai Di Setiap Negeri / Daerah

Penerima bantuan boleh membeli barang keperluan di lebih 250 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

Senarai kedai boleh disemak di pautan berikut: Kedai MyKasih

Selain itu, anda juga boleh rujuk senarai kedai setiap negeri di bawah:

Aplikasi MyKasih

Aplikasi rasmi MyKasih Malaysia adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan penerima program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memantau status bantuan mereka dengan mudah.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak baki kredit bantuan, melihat senarai barangan yang layak ditebus, mengesan lokasi kedai berdaftar, dan mengimbas bar kod produk untuk mengetahui sama ada barangan tersebut layak dibeli menggunakan bantuan MyKasih.

Ciri-ciri utama aplikasi :

  • Semak baki dompet kebajikan dan sejarah transaksi.
  • Cari lokasi kedai My Kasih yang berdekatan.
  • Imbas bar kod barangan untuk semakan kelayakan barangan.
  • Papar senarai katalog barangan yang layak dibeli menggunakan bantuan.
  • Menyediakan antara muka dua bahasa: Bahasa Malaysia dan Inggeris.
  • Sokongan perbualan WhatsApp untuk bantuan dan pertanyaan.
  • Reset PIN dan kemas kini data penerima.

Muat Turun Aplikasi My Kasih

MyKasih
Aplikasi MyKasih

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut sila rujuk/layari:

SEMAKAN SARA

Soalan Lazim MyKasih/SARA 2026

MUAT TURUN SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN SARA 2026 DI BAWAH:

Adakah perlu membuat permohonan MyKasih SARA 2026?

Permohonan tidak perlu dibuat secara manual kerana bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang telah lulus permohonan STR atau tersenarai dalam sistem eKasih.

Bagaimana cara menyemak kelayakan SARA?

Semakan boleh dibuat melalui laman semakan rasmi MyKasih iaitu https://app.mykasih.net menggunakan nombor MyKad tanpa tanda sengkang dan captcha.

Bolehkah menggunakan MyKad orang lain untuk tebus bantuan?

Tidak dibenarkan. Bantuan hanya boleh digunakan oleh pemilik MyKad yang sah kerana pengesahan identiti dilakukan di kaunter kedai rakan niaga.

Barangan apa yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA?

Berikut ialah senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA bulanan dan SARA Untuk Semua:
– Beras
– Buku
– Perubatan
– Penjagaan Mulut
– Pembersih Tandas
– Telur
– Pembersih Lantai
– Syampu
– Beg Sekolah
– Perasa
– Mee
– Minuman
– Makanan Dalam Tin
– Biskut
– Minyak Masak
– Sabun Basuh Pinggan
– Makanan Sejuk Beku [TERBARU]
– Roti
– Pencuci Badan
– Pencuci Pakaian
– Tepung
– Tuala Wanita
– Alat Tulis
– Seragam

MYSARA

Bolehkah alamat yang sudah berubah dikemaskini?

Ya, penerima perlu kemas kini alamat dan maklumat peribadi di portal STR atau eKasih untuk memastikan bantuan boleh diakses di lokasi yang betul.

Bilakah SARA akan dikreditkan?

Bantuan SARA 2026 dijangka mengikut fasa STR dengan pengkreditan bulanan atau pembayaran one-off melalui MyKad, sila rujuk jadual di bawah:​jadual sara 2026

Bila SARA One off RM100 diberikan kepada semua?

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang diumumkan akan diberikan secara one-off kepada semua rakyat dewasa Malaysia pada 9 Februari 2026.

Siapakah yang layak menerima SARA 2026?

Kelayakan SARA 2026 adalah terhad kepada:

1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
– Warganegara Malaysia
– Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
– Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.

2. SARA STR 2026
– Warganegara Malaysia
– Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:
i. Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 1)
ii. Data eKasih 30 April 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 2)
iii. Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 3)
iv. Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 4)

Berapakah amaun kelayakan SARA 2026 yang akan diterima penerima yang layak?

Bila pembayaran STR Fasa 1 2026?

Pembayaran STR Fasa 1 2026 akan mula salurkan pada 20 Januari 2026.

 Bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan SARA?

Semakan kelayakan SARA 2026 boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti berikut:

I. Surat pemakluman
– Surat lulus STR 2026 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

II. Sistem pesanan ringkas (SMS Blast)
– Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada Yayasan MyKasih (agensi pelaksana SARA) untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
– Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.

III. Semakan terus melalui portal rasmi

– Portal Rasmi STR
– Portal Rasmi SARA

IV. Hubungi

Semakan kelayakan SARA
– Hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
– Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA
– Hubungi Yayasan MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)