Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (STR 2026)

str fasa 2
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 2 AKAN DISALURKAN BERMULA 10 MAC 2026 (SELASA).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ialah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Permohonan dan semakan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 boleh dibuat secara online melalui Laman Web Rasmi STR.

Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. 

Pembayaran untuk Fasa 2 akan disaluarkan bermula 10 Mac 2026 (Selasa).

Selain itu, bagi Permohonan Baharu dan Rayuan Fasa 2 STR 2026, semakan status dan pembayaran adalah mulai 30 Mac 2026 secara berperingkat. Terdapat 200,000 penerima baharu yang diluluskan turut akan menerima bayaran ini.

Rujuk info penuh tarikh, kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026, syarat kelayakan, cara memohon dan lain-lain maklumat berkaitan di bawah.

Ringkasan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (Fasa 2)

Pembayaran STR Fasa 2 bagi tahun 2026 telah diawalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

  • Tarikh Mula Bayaran: 10 Mac 2026 (Penerima sedia ada) dan 30 Mac 2026 (Penerima baharu/rayuan).
  • Kadar Bayaran:
    • Isi rumah (RM2500 ke bawah): RM150-RM600
    • Isi rumah (RM2501-RM5000): RM100-RM250
    • Warga emas: RM5000 ke bawah: RM150
  • Kaedah Semakan: Melalui portal rasmi MySTR atau aplikasi mudah alih MySTR

Kenyataan Media Kementerian Kewangan mengenai pembayaran STR FASA 2026:

str fasa 2
str fasa 2
str fasa 2

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah 2026?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. 

Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.

STR 2026 menumpukan kepada isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM2,500, isi rumah dengan pendapatan RM2,501 hingga RM5,000, warga emas bujang, dan individu bujang berpendapatan rendah.

Penerima boleh menyemak status dan maklumat bayaran melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka. Bagi yang belum ada akaun atau belum daftar, jom kami kongsikan caranya.

Cara Daftar MySTR

Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari Portal MySTR .
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Klik butang ‘Daftar Akaun’.
daftar mystr 2026
daftar mystr 2026
Sumber: Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah – Panduan Pengguna

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Klik butang “Log Masuk”
  3. Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
  4. Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
  5. Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
  6. Selesai.
daftar mystr 2026

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah:

Fasa Pembayaran STR 2026

FasaKaedah Pembayaran dan Tarikh Pembayaran 
Fasa 120 JANUARI 2026 (Selasa) – ✅ Selesai
Fasa 210 MAC 2026 (Selasa) – TERKINI
Fasa 3Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa
Fasa 4Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa

Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2026

Siapa yang Layak Menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026?

Ringkasnya, STR 2026 menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan had pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 dan individu bujang berpendapatan bawah RM2,500, serta warga emas tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000.

Berikut adalah kriteria kelayakan individu warganegara untuk STR 2026: 

Kategori IndividuSyarat Kelayakan
PemohonWarganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.

Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS): atau
Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS
AnakHubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan

Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan

Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: 18 tahun dan ke bawah; atau
19 tahun dan ke atas bagi masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Bujang (SARA)Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Tarikh Pembayaran STR 2026 Fasa 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan bermula 10 MAC 2026 (SELASA).

Bagi penerima tiada akaun bank, bayaran boleh dibuat secara tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 10 Mac 2026, termasuk penerima di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Selain itu, seramai 200,000 penerima baharu yang diluluskan turut akan menerima bayaran bermula 30 Mac 2026.

Pelaksanaan fasa kedua ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima di seluruh negara.

Jumlah bayaran yang diterima oleh penerima adalah antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kategori dan kelayakan masing-masing.

STR FASA 2

Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (STR 2026) – FASA 2

Kadar bayaran STR 2026 ditentukan berdasarkan kelayakan penerima bermula dari fasa permohonan yang telah diluluskan.

Jumlah bantuan yang diterima akan dibayar secara berperingkat (berfasa) mengikut kategori kelayakan penerima bagi setiap fasa permohonan.

Rujuk jadual di bawah:

A. KATEGORI ISI RUMAH RM,2500

Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)

  • 0 anak: RM150
  • 1 – 2 anak: RM300
  • 3 – 4 anak: RM450
  • ≥ 5 anak: RM600

*Bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

B. KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)

  • 0 anak: RM100
  • 1 – 2 anak: RM100
  • 3 – 4 anak: RM200
  • ≥ 5 anak: RM250

*Bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

C. KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN

Pendapatan ≤ RM5,000: RM150

    Pendapatan Bujang ≤ RM2,500
    (Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)

    • Kaedah pembayaran adalah melalui SARA.

    *Bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    Jumlah keseluruhan bayaran STR & SARA 2026 yang akan diterima oleh setiap kategori:

    PendapatanKadar STR 2026
    Isi Rumah Tiada Had UmurAnak ≥ 5Anak 3 – 4Anak 1 – 2Anak 0
    ≤ RM2,500RM2,200RM1,700RM1,200RM700
    RM2,501 – RM5,000RM950RM700RM450RM200
    Warga Emas Tiada Pasangan ≥ 60 tahun
    ≤ RM5,000RM600
    Bujang 21 – 59 tahun / OKU Bujang 19 – 59 tahun
    ≤ RM2,500Dibayar melalui SARA

    Cara Memohon STR 2026

    Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.

    Permohonan baharu STR 2026 boleh dikemukakan melalui Laman Web Rasmi STR. Sila rujuk panduan lengkap dalam lampiran di bawah atau rujuk artikel Permohonan STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah)

    Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:

    • Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
    • Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
      • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
      • Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
        • Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

    Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

    IndividuJenis Dokumen
    Pemohon Salinan Sijil Perkahwinan yang di keluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    Salinan Sijil Kematian pasangan yang di keluarkan oleh JPN; atau
    Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang
    dikeluarkan oleh Mahkamah.
    Pasangan Salinan Pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / Kad Pengenalan lama.
    Anak Anak Kandung:
    i. Salinan Sijil Lahir; dan
    ii. Salinan MyKad / MyKid

    Anak Angkat:
    i. Salinan MyKad / MyKid; dan
    ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

    Tarikh Permohonan STR Dibuka

    Permohonan STR 2026 akan dibuka sepanjang tahun.

    Namun bagi memastikan anda layak untuk menerima STR 2026 dalam Fasa 1, sila buat permohonan dan kemaskini sebelum 28 November 2025.

    Kemas Kini STR 2026

    Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

    • Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
    • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
    • Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
    • Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
    • Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.

    Cara Kemaskini STR

    1. Lawati Portal Rasmi STR LHDNM dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.

    2. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris. (*Sila rujuk panduan bergambar di bawah)

    3. Sekiranya belum ada akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.

    kemaskini str 2026

    Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci:

    PANDUAN KEMASKINI STR 2026 (PDF)

    Selain dilakukan secara online, kemas kini STR 2026 boleh dikemukakan melalui:

    Maklumat Perlu Dikemaskini

    • No. Telefon Rumah
    • No. Telefon Bimbit
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat 
    • Alamat e-Mel 
    • Maklumat No Telefon Pasangan 
    • Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan 
    • Maklumat Waris

    Dokumen Sokongan Permohonan STR 2026

    Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut: 

    IndividuJenis Dokumen
    Pemohon Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atauSalinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2025
    Pasangan Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
    Anak 
    Anak Kandung:
    i. Salinan Sijil Lahir; dan
    ii. Salinan MyKad / MyKid ii. Anak Angkat:
    i. Salinan MyKad / MyKid; dan
    ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

    Proses Semakan Status Permohonan

    Cara Semak Status Permohonan STR 2026

    1. Layari Portal Rasmi Semakan Status STR:
      • Pergi ke laman semakan rasmi di Portal STR.
        (Portal rasmi ini dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – LHDN)
    1. Log Masuk ke Akaun MySTR:
      • Klik pilihan “Log Masuk MySTR” pada halaman utama portal tersebut.
      • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
      • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
      • Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
    1. Semak Status Permohonan:
      • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
      • Status yang akan dipaparkan termasuk:
        • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
        • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
        • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
    1. Cetak atau Simpan Bukti:
      • Anda boleh mencetak halaman status atau menyimpan dalam bentuk PDF untuk rekod peribadi, khususnya bagi tujuan rayuan atau rujukan masa depan.

    Selain Portal Rasmi STR, penerima juga boleh membuat semakan menggunakan aplikasi MyKasih yang dihubungkan dengan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kemudahan melihat baki bantuan dan maklumat pembayaran.

    Cara Login Aplikasi MyKasih:

    • Gunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Aplikasi ini juga membolehkan penerima melihat senarai premis penebusan dan baki bantuan secara cashless melalui MyKad.

    Kaedah pembayaran STR 2026 

    Kaedah pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:   

    • Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan. 
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)  

    Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya: 

    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit 

    Maklumat Lanjut

    Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini,
    membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

    1. Portal Rasmi STR; atau
    2. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
    3. petang); atau
    4. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
    5. petang); atau
    6. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
    7. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

    Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2026

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di bawah:

    STR FASA 2
    STR FASA 2
    STR FASA 2
    STR FASA 2
    STR FASA 2
    STR FASA 2
    STR FASA 2
    1. Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026?

    Sumbangan Tunai Rahmah 2026 adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah (B40 dan sebahagian M40) bagi meringankan kos sara hidup. Bantuan ini diagihkan mengikut beberapa fasa sepanjang tahun.

    2. Bagaimana cara buat Semakan STR 2026?

    Semakan STR boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR. Anda hanya perlu log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan untuk melihat status kelayakan serta jumlah bayaran.

    3. Apakah Syarat Sumbangan Tunai Rahmah 2025?

    Berikut adalah senarai kelayakan individu warganegara untuk STR 2026: 

    Pemohon
    Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

    Pasangan
    Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS): atauBukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS

    Anak
    Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
    Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
    Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: (18 tahun dan ke bawah; atau 19 tahun dan ke atas bagi masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)

    Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)

    Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
    Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

    Bujang (SARA)
    Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
    Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
    Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

    4. Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026?

    Sumbangan Asas Rahmah 2026 adalah bantuan tambahan berbentuk kredit bulanan cashless yang disalurkan ke dalam MyKad untuk penerima STR terpilih. Ia bertujuan membantu pembelian barangan keperluan harian.

    5. Bagaimana cara buat permohonan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

    TIDAK PERLU PERMOHONAN. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.

    6. Bila tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026?

    Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 Fasa 2 adalah mulai 10 Mac 2026 secara berperingkat.

    Seramai 200,000 penerima baharu yang diluluskan turut akan menerima bayaran bermula 30 Mac 2026.

    STR FASA 2

    7. Berapakah amaun bayaran STR 2026 yang akan diterima oleh penerima?

    Kadar bayaran STR 2026 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran mulai fasa permohonan diluluskan. Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Amaun kelayakan mengikut Fasa permohonan STR adalah seperti berikut:
    STR FASA 2STR FASA 2STR FASA 2

    8. Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2026 pada Oktober 2025 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

    Bagi permohonan STR 2026 yang diluluskan dengan kategori Bujang, anda akan menerima RM600 setahun atau RM50 sebulan yang akan dibayar melalui SARA

    9. Permohonan STR 2026 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2026. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

    Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja.

    10. Saya telah lulus permohonan STR 2026 pada bulan Mei 2026 dan telah menerima
    bayaran bagi Fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2.

    Tidak. Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2026 iaitu setelah pembayaran Fasa 2 berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja.

    11. Adakah saya layak bayaran STR 2026 bermula daripada Fasa 1 sekiranya saya membuat permohonan baharu pada bulan Disember 2025?

    Bulan Disember 2025 merupakan tempoh permohonan bagi semakan kelayakan Fasa 2 STR 2026. Jika permohonan yang dibuat pada bulan Disember 2025 berstatus Lulus, anda akan layak STR 2026 mulai Fasa 2

    12. Bagaimana nak tahu lebih lanjut tentang STR & SARA 2026?

    Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: FAQ STR 2026

    13. Bila tarikh akhir permohonan STR 2026?

    Permohonan STR 2026 dibuka sepanjang tahun.
    Tapi kalau nak pastikan anda layak untuk terima Fasa 1, sila buat permohonan dan kemaskini maklumat sebelum 28 November 2025.

    Anda juga boleh baca FAQ 2026 lain di pautan ini:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut