SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BAHARU & KEMASKINI MAKLUMAT STR 2024 KINI DIBUKA SEPANJANG TAHUN
Ramai yang TIDAK LULUS STR disebabkan TIDAK KEMASKINI MAKLUMAT terkini yang diperlukan.
Adakah anda salah seorang yang menerima status sebegini sedangkan sebelum ini anda lulus STR?
TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN LULUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 KINI DIBUKA
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR 2024 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, BTR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 &2 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.
Kaedah pembayaran:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR 2024?
Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Semakan Syarat Kelayakan STR 2024
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Semakan Jumlah Bayaran STR Fasa 1,2,3 dan 4
Berikut dikongsikan bayaran yang akan diterima bagi fasa 1 STR 2024.
Kemaskini STR 2024
Permohonan baru dan proses kemaskini STR 2024 boleh dibuat mengikut kaedah berikut:
PERMOHONAN DALAM TALIAN
Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun 2024.
Kaedah Permohonan :
- Secara dalam talian di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024
Langkah Semakan / Kemaskini Permohonan STR 2024
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:
LANGKAH 1
Sila layari portal rasmi STR 2024 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
Klik butang Log Masuk.
LANGKAH 2
Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.
LANGKAH 3
LANGKAH 4
Semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.
MUAT TURUN PANDUAN KEMASKINI STR 2024 (PDF) :
Cara Semakan Status STR
Semakan statu permohonan anda boleh dibuat secara online melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
LOG MASUK MYSTR
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
Pendaftaran MySTR
- Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Pendaftaran berjaya
Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
Rayuan STR 2024
PERMOHONAN RAYUAN STR 2024
SOALAN: Bilakah permohonan rayuan boleh dilakukan?
JAWAPAN: Permohonan Rayuan boleh dilakukan sepanjang tahun setelah keputusan permohonan dipaparkan.
SOALAN: Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR 2024?
JAWAPAN: Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:
a. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
b. Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
SOALAN: Bagaimanakah Permohonan Rayuan STR 2024 secara dalam talian boleh dilakukan?
JAWAPAN: Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Rayuan. Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR , https://bantuantunai.hasil.gov.my
Lupa Kata Laluan STR
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Rujuk : Lupa Kata Laluan STR, Ini Cara Dapatkan Semula Password
Soalan Lazim STR 2024
Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2024 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :
Muat turun PDF :
Baca juga: