Semakan SPP – Panggilan Temuduga DG9 Sabah/Sarawak

pengambilan spp 2023
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Semakan SPP untuk temuduga di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi urusan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP Gred DG9 Contract of Service (CoS) dalam kalangan Graduan Bukan Pendidikan boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/P

Temuduga akan dilaksanakan pada 4-5 Februari 2026 (Sabah), 5 Februari 2026 (Sarawak) melibatkan calon yang telah mengemukakan / mengemas kini permohonan dalam tempoh iklan pengambilan dari 8 Ogos 2025 – 22 Ogos 2025 yang lalu.

Rujuk maklumat lanjut berkenaan semakan SPP untuk panggilan temuduga DG9 di bawah.

Apa Itu SPP?

SPP atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ialah badan berkanun persekutuan yang menjadi Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk semua anggota Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengambilan guru kontrak DG9 atau DG41 akan diiklankan oleh SPP dan dilaksanakan sepenuhnya di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini.

Bermula sekitar Julai 2020, semua permohonan jawatan SPP (guru/pegawai pendidikan) diwajibkan melalui mySPP.

mySPP pula ialah Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan, iaitu portal online rasmi untuk semua permohonan jawatan di bawah SPP.

Dalam portal mySPP, pemohon perlu daftar akaun, isi maklumat peribadi dan akademik, pilih jawatan yang ingin dipohon dan kemas kini permohonan bila ada hebahan pengambilan baharu.

Permohonan guru KPM DG9 yang akan dibuka pada 2-20 Mac 2026 perlu dilakukan melalui portal mySPP.

Hebahan Panggilan Temu Duga bagi Urusan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Gred DG9 Contract of Service (CoS)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi urusan Pengambilan PPP Gred DG9 Contract Of Service (COS) dari kalangan Graduan Bukan Pendidikan pada 4-5 Februari 2026.

Pengambilan ini melibatkan calon yang telah mengemukakan / mengemas kini permohonan dalam tempoh iklan pengambilan dari 8 Ogos 2025 – 22 Ogos 2025.

Semakan temuduga boleh dilakukan melalui portal mySPP, https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/P sebelum tarikh temuduga dijalankan (4-5 Februari 2026).

Semakan SPP - Panggilan Temuduga DG9 Sabah/Sarawak

Tarikh & Pusat Temuduga

Bagi calon yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berikut ialah butiran tarikh dan pusat temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9:

  • Tarikh: 4-5 Februari 2026
  • Pusat Temuduga: Semua Pusat Temu Duga Di Sabah, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Spp) Urus Setia Cawangan Sabah Dan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (Kpkps), Kota Kinabalu

Bagi calon yang berada di Sarawak pula, berikut ialah butiran tarikh dan pusat temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9:

  • Tarikh: 5 Februari 2026
  • Pusat Temuduga: Pusat Temu Duga SPP USC Sarawak, Kuching

Opsyen Ditawarkan

  1. Bahasa Cina
  2. Bahasa Jerman
  3. Dekorasi Dalaman (PVMA)
  4. Grafik Komunikasi Teknikal
  5. Muzik
  6. Pembuatan Perabot (PVMA)
  7. Pendawaian Elektrik (PVMA)
  8. Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
  9. Reka Bentuk Dan Teknologi
  10. Sjkc Muzik
  11. Teknologi Automotif
  12. Teknologi Pemesinan Industri
  13. Teknologi Reka Bentuk Produk Berasaskan Kayu
  14. Seni Reka Fesyen (Sabah)
  15. Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web (Sabah)
  16. Teknologi Kimpalan (Sabah)
  17. Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara (Sabah)

      Cara Semakan Panggilan Temuduga SPP

      Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga melalui langkah-langkah berikut:

      1. Layari pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/P
      2. Sila isikan nombor kad pengenalan anda dan kod keselamatan dalam ruangan yang disediakan
      3. Tekan butang SEMAK
      4. Tarikh dan Lokasi temuduga / permohonan anda akan dipaparkan
      semakan spp

      Rujuk : FAQ Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

      Pengambilan 20,000 Guru Baharu 2026

      Untuk pengetahuan semua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara pada tahun 2026 ini.

      Permohonan ini dibuka pada 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026. Hebahan rasmi pula akan dilakukan lebih awal iaitu pada 23 Februari 2026.

      Inisiatif pengambilan guru baharu ini adalah merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.

      Butiran Pengambilan Guru KPM DG9 2026:

      • Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Guru sekolah rendah)
      • Taraf penjawatan: Contract of Service (CoS)
      • Gaji: RM2360/bulan
      Permohonan guru KPM 2026

      Syarat Kelayakan

      Syarat Umum

      • Warganegara Malaysia
      • Sihat tubuh badan
      • Aktif kokurikulum pada peringkat universiti
      • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan dan;
      • Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.

      Syarat Akademik

      • Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
      • Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50
      • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan.

      Calon TIDAK LAYAK memohon:

      • Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
      • Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI)
      • Guru kontrak (Lantikan SPP)
      • Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam
      • Seorang bankrap dan belum dilepaskan

      Cara Mohon Guru KPM DG9 (CoS) 2026

      Untuk memohon, sila layari portal rasmi mySPP di pautan berikut: https://myspp.spp.gov.my/ pada 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026.

      Calon yang terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di IPG KPM bagi memastikan mereka benar-benar bersedia dan berkeupayaan untuk mendidik generasi masa depan selama SETAHUN.

      Berikut ialah proses pengambilan dan tarkh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:

      PerkaraTarikh
      Hebahan Panggilan Guru23 Februari 2026
      Permohonan Dibuka2-20 Mac 2026
      Proses Saringan Temu Duga27 April – 14 Mei 2026

      Anda juga boleh rujuk artikel berikut untuk maklumat penuh pengambilan 20,000 Guru KPM DG9 2026: Pengambilan Guru 2026 – Permohonan, Syarat & Tarikh Penting

      Maklumat Lanjut

      Untuk urusan temuduga SPP di Sabah, sila hubungi: 088 – 488 521 / 522 / 523 (SPP USC SABAH) atau [email protected] sekiranya terdapat persoalan.

      Untuk urusan temuduga SPP di Sarawak pula, sila hubungi: 082 – 537 000 / 011 / 015 / 017 / 018 (SPP USC SARAWAK) atau [email protected] sekiranya terdapat persoalan.

      Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan guru KPM, semakan SPP temuduga, sila rujuk kenyataan penuh SPP dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan melalui pautan berikut:

      Atau hubungi talian di bawah pada waktu dan masa yang ditetapkan untuk urusan pengambilan SPP:

      • Ibu Pejabat : 03-8893 4019 / 4020
      • Sabah : 088-088-488 521 / 522 / 523
      • Sarawak : 082-537 011 / 015 / 017 / 018

      Isnin – Khamis

      • 9.00 pagi – 1.00 petang
      • 2.00 petang – 4.00 petang

      Jumaat

      • 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
      • 2.45 petang – 4.30 petang

      Soalan Lazim Semakan SPP & Temuduga Guru DG9

      Siapakah yang terlibat dalam temuduga SPP pada 4-5 Februari 2026 ini?

      Calon yang telah memohon/mengemas kini permohonan dalam tempoh iklan 8 Ogos hingga 22 Ogos 2025 bagi jawatan PPP Gred DG9 Contract of Service (CoS) dalam kalangan Graduan Bukan Pendidikan untuk temuduga di Sabah & Sarawak.

      Di manakah lokasi pusat temuduga bagi calon guru DG9 (CoS) di Sabah dan Sarawak?

      Sabah & Labuan: Pusat Temu Duga SPP Urus Setia Cawangan Sabah dan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), Kota Kinabalu.
      Sarawak: Pusat Temu Duga SPP USC Sarawak, Kuching.

      Bagaimana cara untuk membuat semakan SPP temuduga guru DG9?

      Anda boleh menyemak melalui pautan https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/P dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kod keselamatan.

      Bilakah permohonan baharu untuk 20,000 guru DG9 akan dibuka?

      Permohonan akan dibuka pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026 melalui portal mySPP. Hebahan rasmi akan dibuat pada 23 Februari 2026.

      Berapakah gaji dan apakah taraf jawatan yang ditawarkan untuk permohonan guru KPM DG9 2026?

      Taraf: Contract of Service (CoS).
      Gaji: RM2,360 sebulan.

      Adakah saya perlu menjalani latihan selepas berjaya ditemuduga untuk jawatan guru DG9 bagi tahun 2026?

      Ya. Calon yang terpilih wajib menjalani latihan ikhtisas di IPG KPM selama satu tahun sebelum benar-benar bersedia untuk mendidik.

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut