Pinjaman KWSP FSA2 : Semakan Status Terkini / Duit Masuk

Semakan Status Pinjaman KWSP FSA2 (MBSB & BSN)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan dibawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan syarat mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.

Berikut dikongsikan cara semakan status bagi anda yang telah membuat permohonan FSA2.

 Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Setelah permohonan diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).

Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.

Syarat & Cara Permohonan

Ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon, serta soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini.

Semakan Status FSA2 KWSP

Kalau nak semak dari KWSP i-Akaun, ini caranya:

  1. Login ke KWSP i-Akaun anda
  2. Klik “Withdrawal”
  3. Klik “Withdrawal History”
  4. Klik “Conditional Withdrawal Age 50/55”
    • Anda akan dapat status “Approved” untuk yang dah lulus dan buat penerimaan FSA2
    • Kalau tak nampak barisan ini, click ke muka surat terakhir <Last> sebab ia ada di barisan yang last sekali
  5. Maka ditunjukkan info dan status “Unpaid” atau “Paid”
    • Rujuk contoh yang di bawah ni status “Unpaid”, Mjourney duit belum masuk.
semakan pinjaman kwsp status duit masuk

KWSP link: https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

Semakan Status Pinjaman KWSP BSN

INSAN-I KWSP BSN semakan pinjaman kwsp

Semak status permohonan pinjaman KWSP anda melalui di pautan https://www.bsncheckin.com.my/BSNmyringgitinsan-portal/login.aspx dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, status permohonan juga boleh diketahui melalui SMS atau Whatsapp.

semakan pinjaman kwsp mbsb bsn

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut : MyRinggit Insan-i : Semakan Status Pinjaman KWSP BSN (FSA2)

Semakan Status Pinjaman KWSP MBSB

Anda akan menerima pengesahan melalui SMS sebaik sahaja permohonan anda diterima.

Sila layari https://www.fsa2mbsbbank.com mulai 15 April 2023 untuk menyemak status permohonan anda.

Sila ikuti panduan berikut selepas menerima SMS berkaitan kelulusan permohonan anda.

pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2
pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2
pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2
pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut : Ihsan-i : Semakan FSA2 KWSP MBSB & Jadual Bayaran Bulanan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!