Bantuan PAJ merupakan bantuan “one-off” kepada pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar dan aktif di Johor. Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM200, dengan pengagihan dibuat mengikut kawasan DUN. Semakan kelayakan Bantuan Kasih Johor (BKJ) pemandu E-Hailing, P-Hailing dan teksi di Negeri Johor boleh dibuat menerusi pautan https://semakan.paj.com.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Apakah Bantuan Kasih Johor (PAJ)?
Bantuan PAJ di bawah Program Kasih Johor merupakan bantuan khusus yang diberikan Kerajaan Negeri Johor kepada semua pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan aktif di Negeri Johor.
Inisiatif Kerajaan Negeri Johor ini merupakan bantuan “one-off” kepada pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar dan aktif di Johor. Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM200, dengan pengagihan dibuat mengikut kawasan DUN.
Semakan Kelayakan Bantuan PAJ
Untuk pemandu E-Hailing, P-Hailing dan teksi, semakan kelayakan boleh dibuat dengan melayari laman portal rasmi bkj.paj.com.my atau hubungi talian pusat khidmat bantuan kasih Johor di talian 07-5225400 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Pengesahan kelayakan di buat mengikut data yang diperoleh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Jumlah Bantuan Tunai
Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM200 yang mana pengagihan dibuat mengikut kawasan DUN.
- NOTA PENTING:
- PAJ tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menguruskan semakan atau pengesahan kelayakan. Segala semakan hanya melalui portal rasmi PAJ sahaja.
- Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan pemandu yang berkelayakan.
Cara Membuat Permohonan
Mana–mana individu di kategori E-Hailing, P-Hailing, Kereta Sewa dan Teksi yang berdaftar di bawah APAD layak menerima bantuan ini.
Untuk makluman, tiada permohonan baharu dibuka dan hanya pemohon yang layak (berdasarkan semakan dan pengesahan data) akan menerima SMS / WhatsApp rasmi daripada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
Oleh kerana itu, penerima mestilah memastikan nombor telefon yang didaftarkan aktif dan sentiasa memantau mesej daripada PAJ.
Soalan Lazim
Bantuan Kasih Johor ialah Program bantuan am yang diberikan diberikan Kerajaan Negeri Johor kepada pelbagai golongan di negeri tersebut dengan konsep ‘hasil negeri dipulangkan kepada rakyat’ di bawah agenda Maju Johor. Manakala PAJ merupakan salah satu bantuan khusus untuk e-hailing, p-hailing dan pemandu teksi.
Jumlah bantuan yang bakal diterima adalah sebanyak RM200 secara one-off.
Tidak. Pemohon yang layak (berdasarkan semakan dan pengesahan data) akan menerima pemakluman menerusi SMS / WhatsApp rasmi daripada PAJ. Pengesahan kelayakan di buat mengikut data yang diperoleh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Mana–mana individu di kategori E-Hailing, P-Hailing, Kereta Sewa dan Teksi yang berdaftar di bawah APAD layak menerima bantuan ini.
Semakan penerima bantuan ini boleh dibuat menerusi https://semakan.paj.com.my
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai BKJ pemandu E-Hailing, P-Hailing dan teksi, sila layari laman web https://paj.com.my/.




