Cara Check No PERKESO (Semakan Nombor SOCSO)

CARA BUAT SEMAKAN NOMBOR SOCSO (CHECK NO PERKESO)

Tahukah anda, PERKESO / SOCSO memberikan pelbagai kemudahan kepada pekerja, terutamanya bantuan seperti kehilangan pekerjaan, perlindungan / pampasan akibat COVID-19 akibat jangkitan tempat kerja dan juga kecederaan.

Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, anda mungkin boleh mendapat pelbagai faedah dan membuat tuntutan daripada PERKESO.

Maka penting untuk pekerja mengetahui nombor SOCSO atau no PERKESO masing-masing.

Jika anda terlupa bagaimanakah cara check nombor PERKESO / SOCSO, di sini dikongsikan cara mudah untuk buat semakan nombor ahli bagi memudahkan anda menguruskan hal pekerjaan.

Baca juga : Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu

1. Semakan No SOCSO / PERKESO Melalui No IC

Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Jika anda yakin bahawa anda pernah berdaftar dahulu, maka anda boleh membuat semakan ahli dengan menggunakan nombor IC sahaja.

Perkara ini juga dimaklumkan melalui laman web PERKESO pada pautan di baawah:

https://www.perkeso.gov.my/soalan-lazim.html#24-s-apakah-nombor-ahli-perkeso-saya

2. Cara Semakan No SOCSO Melalui Slip Gaji

Satu lagi cara adalah dengan membuat semakan pada slip gaji. Sesetengah slip gaji akan memaparkan no PERKESO untuk rujukan pekerja dan majikan.

Namun jika tidak dinyatakan, anda mungkin boleh bertanya dengan HR di syarikat anda bekerja.

semakan no socso

3. Semakan No PERKESO Melalui Talian Hotline

Cara ketiga untuk mengetahui dan membuat semakan nombor PERKESO / SOCSO adalah dengan terus menghubungi pihak PERKESO di talian hotline 1-300-22-8000.

Anda juga boleh bertanyakan soalan melalui media sosial rasmi PERKESO di Facebook atau Twitter seperti di pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan semakan nombor PERKESO, sila rujuk laman web PERKESO di pautan berikut: http://www.perkeso.gov.my/

Antara faedah yang boleh dituntut dan skim yang disediakan oleh PERKESO adalah seperti berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!