Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 18 Jun 2026

keputusan stpm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Keputusan Peperiksaan STPM 2025 boleh disemak mulai 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.00 pagi bagi SMS dan 11.30 pagi bagi semakan online. Anda boleh buat semakan online melalui https://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui media rasmi dan infografik rasmi di media sosial rasmi badan tersebut.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengenai STPM

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ialah peperiksaan bagi kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan merupakan laluan utama untuk kemasukan ke universiti awam.

Ia merupakan peperiksaan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Pengajian Tingkatan 6 ini mengambil masa selama 3 semester (1.5 tahun) dan menggunakan sistem pentaksiran berasaskan sekolah serta peperiksaan akhir setiap semester. 

Pengredan STPM

Pengredan peperiksaan ini adalah seperti berikut:

GredNGMP (Nilai Gred)Julat Markah (%)Keterangan
A4.0080 – 100Lulus Penuh
A-3.6770 – 79Lulus Penuh
B+3.3360 – 69Lulus Penuh
B3.0050 – 59Lulus Penuh
B-2.6747 – 49Lulus Penuh
C+2.3344 – 46Lulus Penuh
C2.0040 – 43Lulus Penuh
C-1.6737 – 39Lulus Sebahagian
D+1.3333 – 36Lulus Sebahagian
D1.0030 – 32Lulus Sebahagian
F0.0000 – 29Gagal

Pekeliling Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025

Info Penting Semakan Keputusan STPM 2025

  • Tarikh & Masa Keputusan Diumumkan
    Keputusan STPM 2025 akan diumumkan pada 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.30 pagi, melibatkan semua jenis calon.
  • Cara Semakan Keputusan
    Calon boleh menyemak keputusan melalui dua kaedah utama iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi MPM (https://stpm.mpm.edu.my/stpmK), atau menggunakan khidmat SMS dengan menghantar format yang ditetapkan ke nombor 15888 mulai 11.00 pagi.

Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:

KAEDAH SEMAKAN

i) Semakan melalui Pautan MPM 

Sila layari pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Atau semak melalui portal MPM di https://www.mpm.edu.my [Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Semakan Keputusan STPM]

semakan keputusan stpm 2026

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.

Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.

Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.

ii) Semakan Melalui SMS

STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No.KP dan hantar kepada 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.00 pagi

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected].

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk media sosial rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:

Soalan Lazim Semakan Keputusan STPM

Bilakah tarikh semakan keputusan STPM 2025?

Semakan keputusan boleh dibuat pada 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.30 pagi

Siapakah yang boleh membuat semakan keputusan ini?

Semua jenis calon STPM 2025 dibenarkan membuat semakan keputusan.

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan STPM?

Calon boleh membuat semakan melalui dua kaedah:

Portal MPM: https://stpm.mpm.edu.my/stpmK.
SMS: Taip STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No.KP dan hantar ke 15888

Bagaimana jika saya menghadapi masalah atau ingin membuat aduan?

Sebarang aduan atau pertanyaan boleh dihantar melalui emel ke [email protected].

Siapa yang boleh dihubungi untuk pertanyaan berkaitan peperiksaan ini?

Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke [email protected].

Adakah semakan keputusan secara manual boleh dibuat?

Tidak. Semakan keputusan secara manual tidak akan dipertimbangkan.

Baca juga: Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut