Advertisements

Semakan Baki Bayaran Courts Mammoth

Advertisements

Adakah anda membeli sebarang produk dari Courts Mammoth dengan pelan ansuran dan mahu semak baki Courts Mammoth anda? Mudah sahaja.

Courts Mammoth adalah sebuah jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia dan terkenal dengan skim pembayaran secara ansuran untuk produk-produknya seperti perabot, perkakasan elektrik dan banyak lagi.

Secara umumnya terdapat 3 cara untuk membuat semakan baki pembayaran ansuran Courts Mammoth:

  • WhatsApp
  • Emel
  • Laman web Courts Mammoth

Skim FlexiCredit Courts Mammoth

Skim pembayaran secara ansuran yang diperkenalkan oleh Courts Mammoth ini dikenali sebagai skim FlexiCredit.

Dibawah skim ansuran ini, terdapat pelbagai pilihan pelan antaranya FlexiBasic, FlexiCashback, FlexiBonus, FlexiLite, FlexiValue dan FlexiWaiver.

Pembelian secara ansuran dengan skim FlexiCredit ini cukup mudah dengan kelulusan dalam tempoh 24 jam, RM0 deposit dan pembeli tidak perlu membayar apa-apa untuk tempoh 30 hari pertama.

Untuk info lanjut mengenai skim ansuran FlexiCredit ini serta mengetahui secara mendalam pelbagai pelan FlexiCredit Courts Mammoth ini, sila layari halaman FlexiCredit.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Semak baki Courts Mammoth melalui WhatsApp

Cara yang paling mudah adalah menghantar mesej kepada pihak Courts Mammoth melalui aplikasi WhatsApp dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari halaman Contact Us di laman web Courtsh Mammoth. Anda juga boleh klik pautan ini https://www.courts.com.my/contact/
  2. Kemudian, pada bahagian WhatsApp Enquiry klik pada pautan “Click Here”
  3. Ikuti langkah-langkah yang diberikan melalui WhatsApp. Pastikan anda mempunyai maklumat berikut:
    • No akaun – Sekiranya tidak ingat, boleh semak dengan ejen Courts Mammoth dengan memberikan nombor kad pengenalan anda
    • No kad pengenalan

Semak baki Courts Mammoth melalui laman web Courts Mammoth

Anda juga boleh menyemak baki bayaran ansuran Courts Mammoth anda melalui akaun di laman web Courts Mammoth sendiri dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Courts Mammoth di talian https://www.courts.com.my/
  2. Klik pada ikon “Sign In
  3. Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baru, sila daftar dengan klik pada tab “New to Courts”. Anda juga mempunyai pilihan untuk mendaftar dengan akaun Facebook anda.
  4. Isikan butiran-butiran maklumat peribadi seperti nama, emel, kad pengenalan, no telefon bimbit, kata laluan dan pengesahan kata laluan
  5. Kemudian, masukkan tulisan imej Captcha untuk pengesahan
  6. Setelah log masuk, sila ke bahagian My Order untuk semak baki bayaran Courts Mammoth

Semak baki Courts Mammoth melalui emel

Semakan baki akaun Courts Mammoth juga boleh dilakukan dengan menghantar emel kepada pihak Courts Mammoth.

  1. Bukan aplikasi emel anda (GMail, Hotmail, Yahoo! Mail dsbnya)
  2. Masukkan emel [email protected]
  3. Pada bahagian subjek, nyatakan tujuan emel dihantar. Contohnya “Pertanyaan Baki Bayaran Courts Mammoth”
  4. Dalam emel tersebut, pastikan anda turut menyertakan maklumat -maklumat penting seperti nombor kad pengenalan dan nombor akaun anda
  5. Hantar emel tersebut
  6. Pihak Courts dijangka akan membalas emel anda dalam 1 hingga 2 hari tempoh bekerja

Leave a Comment