Seadanya Kita (Drama), sebuah kisah penuh emosi tentang cinta, keluarga dan peluang kedua dalam hidup. Anda boleh saksikan Drama Seadanya Kita di platform penstriman VIU bermula 7 Ogos 2025.
Drama ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterajui oleh barisan pelakon yang hebat. Secara keseluruhannya, Drama Seadanya Kita mempunyai 15 episod dan ditayangkan secara eksklusif di Viu Malaysia.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai drama melayu yang terbaru ini.
BACA JUGA: Dia Bukan Syurga – Sinopsis Drama, Senarai Pelakon & Episod
Sinopsis
Drama Seadanya Kita (2025) mengisahkan perjalanan penuh emosi seorang ibu tunggal, Alani (Emma Maembong), yang berusaha membina hidup baru bersama anaknya, Iqi (Mikael Noah) selepas ditinggalkan bekas suami, Farouq (Shahz Jaszle).
Setelah lima tahun, Farouq tiba-tiba muncul menuntut hak sebagai ayah, sekali lagi mengetuk luka lama dan mengganggu ketenangan yang telah dibina Alani.

Dalam kegusaran itu, Alani bertemu dengan Kerol (Mierul Aiman), penyanyi rock muda yang masih bergelut dengan masa silamnya.
Hubungan mereka bermula secara profesional, namun lama-kelamaan mula berkembang menjadi lebih peribadi dan mendalam. Kerol tanpa disedari mengambil tempat istimewa dalam hidup Alani dan Iqi, membawa kehangatan serta harapan baharu kepada keluarga kecil itu.
Alani kini terperangkap di antara masa lalu; iaitu memberi peluang kedua kepada Farouq, melindungi anaknya, dan menerima ikatan tidak diduga bersama Kerol.

Dilema ini memaksa Alani berdepan dengan luka lama dan mencabar tanggapan masyarakat tentang cinta berbeza umur serta hak wanita untuk hidup bahagia selepas dikecewakan.
Drama ini bukan sahaja mengetengahkan tema percintaan tidak dirancang dan perbezaan usia, tetapi sarat dengan nilai keluarga, harapan, dan kekuatan wanita untuk bangkit.
- Pengarah: Feroz Kader
- Produksi: Global Film Station Sdn Bhd
BACA JUGA: Baby Papa – Sinopsis Drama, Pelakon dan Sedutan Episod
Pelakon & Watak
Berikut ialah senarai nama pelakon dan watak yang membintangi drama ini:
| Nama Pelakon | Watak |
|---|---|
| Emma Maembong | Alani (ibu tunggal) |
| Mierul Aiman | Kerol (penyanyi rock muda) |
| Shahz Jaszle | Farouq (bekas suami) |
| Mikael Noah | Iqi (anak Alani) |
| Nelissa Nizam | Neesa |
| Ara Johari | Maria |
| Yasmin Hani | Dato Sarah |
| Anas Ridzuan | Zam |
| Yasmin Hani | Sarah |
| Shah Farid Zain | Ayah Kerol |

Tarikh & Waktu Tayangan
Drama Seadanya Kita mula ditayangkan secara rasmi bermula 7 Ogos 2025.
Anda boleh menonton setiap episod baru setiap Khamis dan Jumaat, jam 12PM secara eksklusif di platform Viu Malaysia.
Untuk menonton, layari laman web Viu di https://www.viu.com/ott/viuscene/seadanya-kita-love-family-second-chances/ atau gunakan aplikasi Viu di telefon pintar, tablet, atau Smart TV anda.
- Episod: 15
- Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2025
- Hari Siaran: Khamis & Jumaat
- Platform Penstriman: Viu
Nikmati kisah penuh emosi ini dengan hanya beberapa klik dari rumah anda!
>> Muat turun aplikasi VIU di Play Store atau Apps Store.
Lagu Tema (OST)
- Tajuk: Berakhir Kita
- Penyanyi: Syamel
- Komposer & Lirik: Omar K & Shazriq Azeman
Sedutan Episod Drama Seadanya Kita – Teaser
Jika anda peminat drama Malaysia yang penuh jiwa, kisah keluarga dan percintaan, Drama Seadanya Kita wajib masuk dalam senarai tontonan anda tahun ini!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan lakonan mantap Emma Maembong & Mierul Aiman dan nikmati kisah yang meruntun hati serta sarat mesej kekuatan wanita.
Strim Seadanya Kita sekarang di Viu dan ikut perkembangan cerita serta behind-the-scenes di media sosial rasmi Viu Malaysia.
Soalan Lazim – Drama Seadanya Kita
15 episod dan kira-kira 45 minit untuk satu episod.
Drama inimula ditayangkan pada 7 Ogos 2025 di platform VIU Malaysia.
Episod baru akan keluar setiap hari Khamsi dan Jumaat.
Drama ini ditayangkan secara eksklusif di Viu.com dan aplikasi Viu.
Lagu tema drama ini ialah Berakhir Kita yang dinyanyikan oleh penyanyi, Syamel.




